Pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin meluahkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ternantikan bulan Ramadhan, pemilik nama Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin ini juga tidak sabar untuk mengulangi bacaannya lagi bersempena dengan bulan puasa yang menjelang pada esok hari.
Melaksanakan kerja dari rumah, pelakon yang pernah popular dengan drama Teman Lelaki Upahan ini juga berharap bulan Ramadhan ini akan membawa sinar dan rahmat baru kepada kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap individu mahukan hidup yang senang dan seboleh-bolehnya tiada siapa yang mahu hidup susah. Namun, jika anda mengalami hidup yang agak sukar berbanding orang lain, anggap sahajalah ia sekadar ujian daripada Allah Taala.
Mungkin Allah sedang menguji anda untuk menjadi seorang yang lebih bersabar dan berubah ke arah kebaikan. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan beberapa ayat Al-Quran untuk menjemput rezeki.
Seperti yang dikongsi oleh individu yang mahu dikenali dengan nama Bunga Pastel di laman IIUM Confessions tentang rezeki yang datang mencurah selepas mengamalkan surah Al-Waqiah setiap hari. Jika sebelum ini hidupnya agak susah, semuanya berubah selepas dia menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalannya.
Ikuti perkongsiannya…
Salam semua.
Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Saya tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So saya job hunt lagi, berbulan lamanya.
Saya terbaca confession kat page ni, pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh, saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.
Sayu hati masa baca, teringat banyak dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti, mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company yang saya pernah apply.
Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat atau tak, tu Allah je boleh tolong.
Selang beberapa hari, saya dapat mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time. Alhamdulillah.
Nampak tak the power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang lagi susah kalau nak dapat kerja.
Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita. Perancangan Allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.
Sumber: IIUM Confessions via Kuali Panas
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering kali kita berkongsi aktiviti seharian kita di media sosial buat tatapan pengikut, tak salah sesekali kita berkongsi pula kisah tauladan dan juga kisah-kisah nabi dan para rasul.
Baru-baru ini, pelakon yang sentiasa kita saksikan lakonannya di kaca televisyen iaitu Kuza telah berkongsikan dengan para pengikutnya mengenai kisah Qorun. Siapakah Qorun? Seperti pernah dengarkan tapi di mana ya?
Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.
Korg tau x matahari pernah berhenti? Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as Ketika menjelang mghrib.
Korg tau x sape Qorun? Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan Dia jgk sepupu Nabi Musa
Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling? Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.
Korg tau x Qorun? Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina. Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.
Korg tau x sape Firaun? Firaun ni bapak angkat Nabi Musa Suami wanita teragung dunia Asiah.
Korg tau x asal nama Nabi Musa? Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.
Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa? Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6
Korg tau x Firaun? Firaun pernah membina menara yang amat tinggi. Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa. Di sini lah dia mengaku dia Tuhan. Surah An-nazi’at ayat 24.
Korg tau x Firaun ni? Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap. Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.
Korg tau x firaun pernah bertaubat? Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima. Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.
Korg tau x piramid di mesir? Piramid tu kubur org2 kanan firaun. Tu kubur. Agak2 rumah besar mne? Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.
Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan. Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.
Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan? Surah al-a’rf ayat 12 Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.
Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya? Al hijr ayat 36 Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)
Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat? Allah swt terus memperkenankan doa.
Bertambah satu ilmu kita pada hari ini. Bukan hanya sekadar hiburan, media sosial boleh jadi tempat kita menyebarkan ilmu dan mengumpul pahala sekiranya kita menggunakannya dengan betul. Daripada kita terus membawang, marilah kita bermuhasabah diri pula kan?
Minggu lalu viral apabila bekas pemain bola sepak sensasi, David Beckham berknjung ke Pavillion Kuala Lumpur. Rata-rata ramai peminat bekas Kapten England ini tidak melepaskan peluang untuk bertentang mata dengan bapa kepada empat cahaya mata ini.
Biarpun usianya sudah menjangkau 42 tahun, namun kelibatnya di pusat beli belah terkemuka itu tetap menjadi buruan paparazi dan jeritan histeria daripada peminat yang cukup fanatik, terutma gadis yang menyambut kehadiranya. Maklumlah suami kepada Victoria Beckham ini masih lagi kacak, tampan dan bergaya.
Malah selebriti lain juga turut hadir ke majlis berkenaan. Antara Fazley Yaakob juga turut menyifatkan Beckham ini begitu merendah diri dan mesra dengan semua orang di sekelilingnya. Beliau dikatakan sentiasa melemparkan senyuman dan bersalam dengan semua yang ada di situ termasuk bodyguard, emcee dan juga organizer.
Dalam keghairahan untuk bertemu beliau, terdapat satu video pendek berdurasi 20 saat ini menjadi tular. Ini disebabkan penolakan seorang gadis Muslimah bertudung hijau yang memakai baju lengan panjang untuk bersalam dengan Beckham.
Gadis ini hanya menunduk hormat tika David Beckham menghulurkan tangan untuk bersalam. Nyata gadis ini cukup tegas dengan pendiriannya dan begitu menjaga auratnya dengan lelaki bukan muhrim. Walaupun di hadapannya adalah seorang lagenda bola sepak terkenal, namun dia tegas dengan pendiriannya.
Bekas bintang kelab Manchester United itu juga turut bersikap profesional dengan hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti dan menghormati keputusan gadis itu. Biarpun hanya beberapa minit, tetapi video ini mendapat reaksi positif daripada netizen.
Ramai memuji tindakan gadis ini yang walaupun teruja bertentang mata dan satu pentas dengan Beckham, tetapi tetap menjaga pergaulannya sebagai gadis Muslimah beragama Islam. Rasanya kalau orang lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan selebriti dari luar negara ini.
Seorang netizen berkata, “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”
“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.
“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,”kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.