Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.
Fatin Afeefa Bersemangat Tuntut Hak Jagaan Anak!
“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.
Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.
Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.
Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️
“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”
Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Ads
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.
Menerusi video yang tular, ruangan komen di hantaran tersebut dihujani dengan komen-komen daripada peminat Siti Nurhaliza yang terpukau melihat kecantikan Aafiyah.
Rata-rata mengatakan kerinduan mereka terubat untuk melihat Siti Nurhaliza pada usia muda seperti awal pembabitan dalam dunia seni dulu.
“Copy ibunya❤️🌹❤.
“Cantik nya senyuman aafiyah..murah senyuman😍😍😍
“Cantiknya aafiyah 😍 kalau selalu digayakan dengan baju klasik and rambut wave macam tu nampak gaya kecantikan tokti masa muda nyanyi lagu-lagu klasik ✨ LOVEEEE SANGAT 💖
“Alahaiii.. cantiknya Aafiyah🥰,” antara komen di laman Instagram.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Membeli atas talian adalah aktiviti paling mudah dan tidak perlu memngeluarkan tenaga. Semuanya ada di hujung jari yang penting anda rajin untuk meneliti barangan yang ingin dibeli melalui pandangan pengguna.
Jadilah pengguna bijak membeli barangan yang berbaloi dan tidak mudah ditipu. Nah pelbagai hub perniagaan yang menjadi kunjungan hijabi yang telah menyediakan pelbagai tawaran dan tarikan untuk anda melakukan pembelian. Sering masukkan senarai barangan ke dalam bakul (add to chart) yang diiginkan tapi, pernah tak anda terfikir berapa perbelanjaan sebenar yang anda telah lakukan selama ini. Shoppe, ya hub perniagaan atas talian paling popular dikalangan hijabi. Pelbagai barangan ada dijual, tanpa ada sedar mungkin anda telah berbelanja lebih dari sepatutnya.
Cara mudah semak perbelanjaan
Perkongsiaan ini untuk menjadi rujukan perbelanjaan anda atas talian sesawang shopee, yang menariknya, caranya memang sangat mudah dan tidak pening kepala. Agak-agaknya ada tak boleh beli seutas tas tangan DIOR. Siapa tahu? Jom lihat perkongsian ini untuk mengira perbelanjaan anda di sesawang shopee.
1. Login akaun Shopee anda melalui pelayan komputer. Boleh guna pelayar seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
2. Salin kesemua kod di bawah ini:
var total = 0; var order = 0; function calculate(next){var opts = {method: ‘GET’, headers: {} };
4. Kemudian klik di bahagian Console Tab. Tampal kod yang disalin itu kawasan yang disediakan dan tekan Enter.
5. Jumlah perbelanjaan anda akan tentera. Ajaib bukan?
Tarikan ramai
Ciapan lelaki ini menjadi tarikan ramai, apabila tool yang telah dijumpai mendedahkan sejumlah perbelanjaan yang tak kurang hebat di habiskan di atas talian. Boleh beli sebiji motor!
Aku terjumpa 1 tools yang molek untuk tahu berapa RM kita dah spend kat Shopee.
Jumlah aku dah belanja sebanyak RM35902.78. Banyak gila!
Siapa nak kira belanja Shopee dia, mari aku ajar dalam thread.
Menariknya bukan sahaja di shopee, lelaki ini juga kongsi jumlah perbelanjaan di dalam laman sesawang Lazada. Hebat bukan? 2022, tahun merancang perbelanjaan dengan baik jom kita bersama memanfaatkan perkongsian ini.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kaum wanita ini biasanya dikaitkan dengan soal kecantikan dan kesihatan diri. Tapi jarang yang mempunyai minat luar biasa atau sesuatu yang lasak dan sering dilakukan oleh lelaki. Bagi gadis ini dia lari dari kebiasaan apabila memilih hobi lelaki iaitu mengubahsuai kereta hingga sanggup habis beribu ringgit.
Gadis yang menamakan dirinya sebagai Auni di laman sosial facebook ini meminat hobi mengalahkan kaum lelaki.
Dalam perkongsiannya itu dia memang gemar sekali melakukan pengubahsuian terhadap kereta miliknya dan tidak sayang membelanjakan wang ringgit yang banyak demi kepuasan dirinya sendiri.
Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit. Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.
Dia yang meminati kereta jenis sport kerana tergoda dengan bentukbodynya. Dia memang cukup suka menyolek keretanya untuk mendapatkan hasi lebih ‘power’. Bagi Auni ia nampak unik setelah ubahsuai dilakukan.
Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.
Kebanyakan kereta aan diubah suai bagi lebih menarik terutama untuk buyi ekzos, cat dan sebagainya. Malah kereta yang telah diubahsuai ini kemudiannya akan diijual dan membeli kereta lain dan juga akan dibuat perkara sama.
Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.
Lebih membanggakan dia akan membeli kereta-keretanya secara tunai dan tidak suka berhutang kerana kaedah seumpamanya mempunyai faedah. Kos yang dibuat untuk ubahsuai ini ada kalanya mencecah RM15 ribu terutama untuk kereta Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z miliknya.
Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.
Bukan dua jenama itu, Auni juga pernah membeli kereta Honda Civic FD 2.0, BMW350i, Chevrolet Cruze 1.8 dan Honda City 1.5 Full Spec.
Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya.
4 Ni keta Terkini Auni Nissan 3.5 NISMO Fairlady Z, sebab apa minat keta ni?? sebab nama dia sesuai ngn perempuan, mcm Auni hehehe Fairlady, Keta ni beli standrt juga ,so Auni ubah mcm dlm gmbq ni.. Keta ni Paling bnyk habis Duit makeup.. Dari tayar smpai ke cat smpai ke rim smpai ke exzos smpai kluaq lebih 15 k untuk Makeup sahaja.. Tak juai lg sebab syg sngt2 Tapi klw Nak Juai nk Upgrade ke GTR.. Doa2 kan la kot merasa join Group GTRHaii miss blue.. boring yellow i tukq warna.. kes tgk subaru pnya kaler berkenN tu buat kaler sebiji heheheBMW 350i keta kedua..selepas juai Honda FD ni, sama juga Auni buat cat wrna GreyMetal, Tukaq Full Bodykit M3, Rim sma 18 ? pakai x lama ada org nak beli jual la, beli keta num 3 lakHonda Civic FD 2.0 keta Pertama setelah 3 bulan buat Bisness beli TUNAI..keta ni asal standrt Hitam Rim x da.. Ni Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat FireRed luaq dlm, Tukaq Rim 18 ??? syok x kira masa ni, dah x da mnda nk makeup Auni juai & beli keta baru..Ni keta Num 5, Honda City 1.5 Full Spec keta ni Beli & Hadiahkan untuk abah Tersayang.. Tak Lupa Jasa Ibu & abah Tercinta.. Tips murah Rezeki jangan kedekut ngn ibu bapa, doa dan restu mereka sngt penting.. Ni Lah keta2 Auni dan Ni lah hobi Auni..Keta Chevrolet Cruze 1.8 , keta ni asal standart , warna hitam.. Auni beli bodykit, beli Rim 18 juga Cat Tukaq buh Kuning sbb minat sbb Transfomer Cantik x.. Keta ni sedap bawak syok naik..pakai 6 bulan Boring la Tukaq Warna Biru sbb suka pulk kaler mcm Subaru Empreza.. Keta ni x juai lg Hmm rsa nk juai juga sbb dh beli keta yg bawah ni..
Auni juga sebenarnya meminati hobi lain seperti juga wanita lain iaitu mengumpul alat solek dan bermekap serta melancong. Jadi tidak hairanlah kalau dia juga menggunakan kaedah sama tika ‘menyolek’ keretanya.
Walaupun hobi ini nampak mahal, tetapi Auni cukup puas hati dengan setiap hasil yang dilakukan setiap kali ubac suai dilakukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...