Empat Beradik Dapat Tunai Haji Bersama, Berkat Ibu Bapa Daftar Awal Dengan Lembaga Tabung Haji

Share

Menjejak kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji menjadi impian setiap Muslim, apatah lagi bukan semua orang berpeluang meraih gelaran ‘dhuyufurrahman’ walaupun mempunyai kecukupan daripada segala segi.

Bagi jemaah yang menerima ‘seruan’ Allah SWT menunaikan rukun Islam kelima itu, pastinya mengimpikan haji mabrur. Namun peluang untuk menunaikan haji dalam usia yang masih muda merupakan impian ramai umat Islam.

Seorang hijabi yang dikenali sebagai Siti Aisya Jabaruddin, telah berkongsikan satu berita gembira di akaun Twitternya. Asya telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji untuk musim haji kali ini.

Lebih mengujakan, bukan Aisya sahaja yang menerima surat tawaran ini, malah adik beradiknya yang lain turut dipelawa untuk menunaikan ibadah haji pada masa yang sama.

Kongsi Aisya, ini semua ialah berkat dari kesungguhan ibu bapanya yang memohon, ketika mereka semua masih lagi berada di bangku sekolah.

Kejayaan Aisya dan adik beradiknya berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia yang muda sangat dikagumi oleh pengguna Twitter yang lain. Ramai yang berharap mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang muda.

Para ibu bapa bolehlah mendaftar anak-anak dengan Tabung Hji supaya mereka juga berpeluang untuk menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda. .

Sumber kredit: Twitter

IKLAN