Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
3 MINGGU KENA TAHAN WAD
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
NAFAS TERSEKAT-SEKAT
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita perlu kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu. Pada lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah.
Keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar.
Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita. Ia tidak semestinya begitu!
Berikut adalah tip bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu:
1.Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton.
2.Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja dan di dalam mana-mana bangunan.
3.Mop lantai dan kemas rumah anda.
4.Menari di dalam rumah.
5.Berjalan sambil membeli belah di pusat membeli-belah atau sekadar ‘window shopping’.
Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu 2 liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal diluar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit, mereka disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50.
Berikut dikongsikan juga beberapa tip penting ketika musim jerebu.
1.Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi.
2.Minum jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
3.Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
4.Digalakkan masak dan makan di rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masalah utama kaum wanita yang boleh turunkan tahap konfiden adalah kenaikan berat badan yang mendadak. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Tetapi usah risau kerana tetap ada jalan penyelesaiannya. Seperti perkongsian kakak kepada justawan kosmetik, Yatie Sendayu Tingggi yang pernah mengalamai pertambahan berat badan selepas melahirkan anak. Beratnya ketika itu 80 kilogram tetapi dalam masa empat bulan berjaya turunkan hingga 45 kilogram.
Namun berkat kesungguhhannya, Yatie berjaya mendapat berat badan ideal. Menurutnya tidak perlu berlapar, cuma perlu pandai kontrol makan dan yang paling penting disiplin.
Ayuh ikuti perkongsiannya dalam posting di laman sosial instagram.
Sejak anak dara memang badan jenis berisi. Sekitar 58-60 kg.
Yang masih tak berjaya turunkan berat badan jangan kecewa !
Kak Yatie mmg dari anak dara jenis berisi. Berat dlm 58-60kg since bujang lagi. Lepas kawen agaknya, berat mendadak naik sbb happy
Lepas kahwin biasanya badan akan naik berkilo-kilo.
Org cakap biasanya perempuan lps kahwin mmg akan naik berat badan. Jadi Kak Yatie buat kira2 kalau biar je setahun naik 2kg, kalau 5 tahun dah 10kg. Kalau beranak, mau tmbh 5kg minima. @ady_sendayu.tinggi pulak jenis susah naik berat badan since bujang. Pastu suka menyakat picit2 lemak blkg leher cakap byk daging. Terasa tau bila badan nak naik start diet. Malam tak hamah makanan berat.
Berkobar-kobar untuk kurus.
Itu lah reason utama nak kurus & sihat. Sbb lps bersalin berat 79kg. Berkobar2 nak kurus. Malam tak jamah makanan berat dah even dlm pantang. Last makan jam 6.30ptg. Kalau kebulur ambil Easyfull je 2 scoop
Tapi jenis kuat makan. Masa kecik-kecik keluarga hidup susah jadi susah nak kontrol bab makan.
Kak Yatie jenis kuat makan sbb dulu masa kecik2 mak abah susah, jadi bila bab makan ni pantang nampak .. jadi nak kontrol makan mmg payah. Mcm memanggil2 tau. Sbb tu mesti ambil Easyfull segelas dlm 15 minit sblm mkn berat. Mesti nasi x abis. If uols jenis pandai kawal sendiri tak perlu la ambil pun. Plus Easyfull ni kontrol craving pd makanan manis, berminyak & crunchy
Buat detoks sebagai amalan harian.
DTox tu Kak Yatie mmg consume harian sbb jenis susah ke tandas walau dah balun pisang, betik, minum air bagai. Skin mmg nampak beza lps amalkan ni. Blh tgk dlm video tu masa lps pregnant ke 2. Masa pregnant 1st DTox xde lagi .
Amalkan makanan seimbang, lebihkan sayuran, ikan bakar, nasi tak lebih secawan & workout yang simple.
Kak Yatie juga mengamalkan makanan seimbang, lebihkan sayuran, ikan, bakar2, nasi tak lebih secawan & mesti makan 3 kali sehari. Kudapan buah2an dlm 2 kali sehari. Workouts yg simple je mcm crunch, treadmill, weight lift utk bagi toning dlm 30 minit sehari. Tp crunch tu dlm 200 kali sehari shb perut flabby sgt lps bersalin. Body Contour Kak Yatie pakai 1 tiub utk 3 hr
Pjg sgt dah ni taip. Nak detail blh tgk kat Youtube channel Kak Yatie ya penjagaan dlm pantang etc. Tq sudi baca sampai abis .
Selain Rozita Che Wan, adiknya Ayu Raudhah juga sering jadi perhatian netizen kerana keayuan dan kecantikan wajahnya. Sejak melahirkan anak ketiganya, cerita mengenai dirinya jarang terpapar di media sosial. Hinggakan ramai tidak tahu rupa-rupanya awal tahun ini Ayu hampir maut kerana mengalami apendiks yang memaksa dia melakukan pembedahan segera kerana sudah pecah. Bukan itu sahaja, dia juga terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Ayu yang baru sahaja sembuh sepenuhnya bersyukur kerana diberi peluang kedua oleh Allah untuk menghirup udara yang segar ini.
Ketika bertemu di majlis perlantikan kakaknya, Rozita Che Wan sebagai duta bagi produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu kota, Ayu memberitahu pada mulanya dia hanya diserang sakit perut dan berasa mual-mual. Dia yang pada menyangka dirinya mengandung kerana mengalami muntah teruk sehingga keluar muntah hijau.
Dan apabila pergi mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikannya ubat angin. Namun sakit itu tidak hilang malah semakin teruk hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.
Keadannya ketika itu cukup serius sehingga perlu dimasukkan ke wad emergency. Setelah dibuat pemeriksaan teliti, doktor mengesan dia mengalami apendiks dan perlu jalani pembedahan segera kerana apendiks berkenaan telah pecah.
Lepas Pembedahan, Diserang Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru
Setelah pembedahan selesai, Ayu sekali lagi diduga apabila dia diserang demam. Apabila membuat pemeriksaan darah dan x-ray, doktor membritahu ada jangkitan kuman pada paru-paru. Malah bacaan CRP juga tidak normal dan dia terus di tahan di wad HDU kerana sukar untuk bernafas dan dada terasa begitu ketat.
Pada masa itu, Ayu merasakan nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kesukaran untuk bernafas dan badan yang semakin lemah menyebabkan dia betul-betul rasa tidak sihat.
Ayu kemudiannya terpaksa masuk semula ke hospital selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada paru-paru. Setelah sihat dia kemudiannya dibenarkan untuk balik ke rumah. Tetapi sekali lagi dia merasakan sakit semula.
Ketika itu Ayu tidak mampu untuk berdiri, tak boleh berjalan dan apabila pergi semula ke hospital dan membuat rawatan CT scan, tiada apa-apa yang berlaku. Cumanya jangkitan kuman baru mahu hilang dari badannya. Justeru untuk memastikan kesihatan benar-benar pulih, Ayu sekali lagi perlu ditahan untuk tempoh seminggu dan meneruskan rawatan antibiotik.
Apabila rawatan antibiotik ini berterusan menyebabkan bayinya yang baru berusia 7 bulan tidak dapat menyusu badan kerana susu sudah menjadi racun. Susu yang dipam bertukar menjadi warna hijau kebiru-biruan kerana pelbagai ubat yang masuk dalam badannya sepanjang berada di wad.
Memaang Ayu bersedih sebab perlu menggantikan dengan susu formula tetapi dia bersyukur kerana bayinya tidak ada masalah untuk minum susu formula sebagai gantian. Sehingga sekarang selepas keluar dari wad Ayu tidak berani untuk memberikan susu badan memandang masih lagi perlu menghabiskan makan antibiotik.
Sepanjang sakit itu memang Ayu tidak berkongs kesakitan yang dihadapi awal tahun ini dengan mengikutnya di laman sosial. Cuma setelah sembuh barulah Ayu berkongsi kos rawatan yang perlu ditanggung olehnya dan mengingatkan followernya agar mengambil insuran peribadi memandangkan kos di hospital amatlah tinggi.
Ketika sakit itu Ayu terfikir kalau Allah nak ambik diri kita, bila-bila masa sahaja pun boleh. Bayangkan selama ini tidak ada tanda-tanda sakit dan apabila terus diserang sakit yang teruk boleh dikatakan seperti berada di ambang maut.
Menurutnya, kesihatan atau apa sahaja yang ada bukan milik abadi dan ia hanya pinjaman. Allah berhak untuk ambil apa yang Dia mahu. Situasi ini menyebabkan dirinya terasa begitu kerdil di sisi Allah dan lahir perasaan insaf.
Dalam masa sama sama ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha turut beruntungg kerana dikurniakan suami yang cukup memahami kesihatan diri yang tidak sihat ketika itu. Begitu juga dengan sokongan dan pertolongan dari ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anaknya sepanjang dia menerima rawatan di hospital.
Walaupun kini sudah sembuh dari dugaan yang menakutkan itu, tetapi bagi Ayu dia akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri terutama soal pemakanan dan kesihatan diri supaya penyakit sama tidak berulang.
KREDIT FOTO: TUAN AZMAN (TOP IMAGE) & INSTAGRAM AYU RAUDHAH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...