Ella Mahu Terus Warnai Industri Seni Tanah Air! Akui Belum ‘Puas’ Hiburkan Peminat

Share

Sejak pandemik Covid-19 yang menular dalam negara dan dunia sejak lebih dua tahun lalu, pastinya para penggiat seni rindu untuk beraksi di pentas, mengalun melodi indah karya malar segar ciptaan masing-masing.

Begitu juga perasaan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra disapa sebagai Ella. Malah, kemunculan dipentas seni sentiasa menjadi dambaan dan dirindui para peminat.

Ella Akui Belum Puas ‘Hiburkan’ Peminat

Tambah Ella lagi, meskipun sudah lama bergelumang dalam arena rock tanah air sebagai penghibur, Ella akui dirinya belum puas menghiburkan peminat dengan lontaran suaranya, namun semuanya berbalik kepada kehendak dan permintaan peminat.

“Saya mahu terus mewarnai industri muzik tanah air. Selain itu, saya masih terikat dengan kontrak untuk meneruskan persembahan nyanyian. Selagi peminat masih mahu, saya akan teruskan.

“Namun, kalau saya fikir mahukan masa yang lebih untuk diri sendiri dan keluarga, sudah tentu saya akan memperlahankan sedikit perjalanan karier saya,” ujar Ella.

Ella Hasrat Adakan Konsert Solo Jelajah Malaysia Tahun Ini!

Justeru, demi memenuhi hasrat sekaligus mengubati rasa rindu para peminat, pada tahun 2023 ini, Ella bercadang melaksanakan satu konsert jelajah ‘pusing Malaysia’ secara solo.

“Insya-Allah, tahun ini saya akan menganjurkan konsert solo. Saya akan buat konsert jelajah satu Malaysia.

“Sudah tentunya, Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan. Saya rancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi akhir siri jelajah,” katanya lapor media tempatan.

Menurut Ella lagi, perkara yang paling dititikberatkan serta mendatangkan kebimbangan penganjur setiap kali mengadakan konsert adalah aspek penjualan tiket.

Namun, bagi Ella yang sudah merakamkan 10 album studio terdahulu katanya beliau yakin dengan kehendak peminat muzik genre rock tanahair.

Artikel berkaitan: Ginella Massa, Wanita Berhijab Pertama Kendali Rancangan Arus Perdana Di Kanada

“Dari segi jualan tiket, bagi saya, lebih senang ketika ini sebab beberapa tahun sebelum ini, kita terpaksa menghentikan apa sahaja aktiviti hiburan termasuk konsert akibat COVID-19.

“Ella rasa kemahuan peminat untuk menyaksikan konsert secara langsung semakin meningkat. Lihatlah bagaimana sambutan setiap konsert yang diadakan, baru-baru ini. Kehadiran peminat begitu meriah. Saya fikir tiada masalah dalam urusan jualan tiket.

“Namun, Ella berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Justeru, demi merealisasikan projek itu, Ella dan pasukannya kini sedang giat merancang dan mengatur gerak kerja khusus agar konsert dicadangkan menjadi realiti dan dapat berjalan dengan lancar.

Sumber: Berita Harian & Instagram Ella Aminuddin

Artikel berkaitan: Lantang Membela Nasib Palestin, Bella Hadid Dakwa Postingnya Ditapis Instagram

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN