Kecantikan

Elak Gigi Berbau Dan Gigi Berlubang, Kena Selalu Gosok Gigi Sebelum Tidur!

Share

Mulut berbau , sakit pada gigi, ngilu dan gigi bernanah, ini antara petunjuk bahawa anda sedang mengalami masalah gigi belubang. Oleh itu, antara rawatan cepat untuk mengelakkan masalah ini berlaku ialah dengan mengamalkan menggosok gigi sebelum tidur.

Kebiasaannya, sisa-sisa makanan akan terkumpul dan menyebabkan gigi menjadi busuk dan berlubang. Kita disarankan untuk menggosok gigi sebelum tidur untuk memastikan sisa-sisa makanan yang terkumpul tadi akan hilang dan dapat mengelakkan daripada masalah gigi.

Masalah gigi berlubang ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan dari segi fizikal dan emosi. Malah pesakit juga akan mengalami pening kepala, seterusnya hilang fokus untuk menjalankan tugasan harian. 

Sumber gambar: Boston Dental

Tentang masalah gigi berlubang.

Masalah gigi berlubang berlaku apabila sisa makanan yag melekat pada gigi bertukar menjadi plak dan kalkulus sehingga bakteria berkoloni. 

Bakteria yang berkoloni di permukaan plak dan kalkulus pada gigi ini akan bertindakbalas dengan makanan bergula dan akan menghasilkan asid yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang. 

Anatomi gigi secara ringkasnya terbahagi kepada tiga lapisan iaitu enamel yang merupakan lapisan luar gigi berstruktur paling keras dan berwarna putih. Lapisan kedua selepas enamel adalah dentin yang bersifat lembut dan berwarna kekuningan seterusnya pulpa iaitu lapisan dalam gigi yang mengandungi saraf gigi. 

Sumber gambar: Attachment Research

RAWATAN GIGI BERLUBANG 

Rawatan gigi berlubang dibahagikan mengikut kedalaman lubang pada gigi dan kadar struktur gigi yang dipengaruhi oleh bakteria. Kebiasaannya, sekiranya kedalaman lubang pada gigi adalah kecil dan hanya meliputi lapisan enamel dan dentin sahaja, rawatan tampalan pada gigi mungkin menjadi pilihan doktor. Namun, sekiranya lubang pada gigi terlalu dalam atau meliputi sebahagian besar struktur gigi, rawatan mati saraf akar gigi (Root Canal Treatment) atau cabutan mungkin menjadi pilihan utama. 

‘PAIN KILLER’ RAWATAN SEMENTARA 

Sekiranya seseorang mengambil pain killer untuk membantu mengurangkan rasa sakit gigi dan rasa ngilu ia sebenarnya cuma bertahan untuk sementara waktu, namun sakit dan ngilu akan berulang kembali sehingga gigi tersebut mendapat rawatan yang sepatutnya daripada doktor pergigian. 

Oleh kerana itu, sentiasalah mengamalkan amalan menggosok gigi kerana kesihatan gigi juga harus dijaga untuk mengelakkan sebarang masalah kronik berlaku. Jangan malas gosok gigi sebelum tidur ya!

IKLAN