Minggu lepas, pelakon dan juga model, Dynaz Mokhtar telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pilihan hatinya, Shazrik Din di kediaman Dynas di Shah Alam. Dynas yang sebelum ini telah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal dan mempunyai sepasang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sungguh ayu melihat penampilan Dynas yang cantik dan seperti wanita Melayu terakhir menggayakan kebaya warna biru lembut. Ditambah solekan bersesuaian menyerlahkan sisi jelita wajah pelakon serba boleh ini.
Penampilan ‘simple’.
Biarpun ramai yang memilih untuk menggayakan kurung moden atau dress, tetapi Dynas selesa menggayakan busana tradisional rekaan kebaya dari fabrik songket untuk majlis pertunangannya ini. Baju yang indah ini adalah dari rekaan pereka Syaiful Baharim yang dibuat cukup teliti dan begitu kemas sekali. Kebaya labuh ini turut diperindahkan dengan tampalan manik keemasan.
Selitan bunga di tepi rambut.
Penampilan Dynas lebih terserlah dengan gaya solekan serta selitan bunga di tepi rambut yang disanggul rapid an menampakkan sisi sebenar wanita Melayu klasik. Apatah lagi dengan kehadiran tepak sireh sebagai simbol dan budaya dalam kaum Melayu untuk sesebuah majlis pertunangan atau pernikahan. Gayanya yang simple ini turut mengundang ucapan tahniah dari followernya dan memuji kecantikan Dynas di majlia pertunangannya itu.
Pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan. Keduanya telah berkenalan selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan kemudiannya perkahwinan. Baik Dynas dan tunangnya gembira hubungan ini direstui keluarga terutama kedua anak Dynas yang terbuka menerima kehadiran Shazrik.
Untuk majlis perkahwinan nanti, pasangan ini akan mengadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja. Hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat keduanya nanti. Admin doakan semoga perkahwinan kedua ini nanti akan kekal dan berbahagia hingga ke jannah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kisah blogger/model berhijab dari British ini begitu hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Ini kerana beliau yangmerupakan model hijab pertama dipilih untuk kempen produk kecantikan L’Oreal telah ambil keputusan menarik diri. Dia menyiarkan posting di laman instagramnya tentang pengunduran disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Ini kerana tweet yang ditulis pada 2014 ini dilabel sebagaia anti Israel dengan menyifatkan Israel sebagai haram dan negara jahat. Siapa sebenarnya blogger ini yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya sebelum itu.
1. Nama Amena Khan mula dikenali di kalangan hijabi setelah dirinya rajin membuat video di laman youtube sekitar tahun 2009 lagi. Dia rajin muat turun video tutorial hijab, mekap juga cara hidup sihat yang diamalkannya.
2. Dia bukan sahaja seorang blogger, juga ibu, model dan youtuber. Semua status itu menjadikan Amena sebagai wakil wanita Muslimah dalam industri kecantikan. Mempunyai pengikut setia di laman youtube sebanyak 230 ribu yang rajin menonton setiap video di muat turun.
3. Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Amena khan juga memberitahu dirinya sangat terinspirasi dengan para hijabi di Indonesia ketika membuat satu lawatan di sana.
4. Mempunyai bisnes hijab tersendiri dengan label Pearl Daisy. Menjual barangan seperti hijab, aksesori dan busana Msulimah. Produknya diterima baik oleh golongan Muslimah termasuk negara di Asia dan Amerika. Turut menjadi salah seorang pemilik Ardere Cosmetics.
6. Wanita yang boleh berbahasa Urdu ini biasanya akan merakamkan video sebelum tibanya bulan puasa kerana waktu itu dia hanya memfokus soal ibadah bersama suami dan anaknya.
7. Amena Khan , melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya wanita berhijab sebagai ‘brand ambassador’ oleh L’Oreal Paris untuk kempen ‘hair product’.
8. Tweet itu sudah ditulis lama tetapi kembali dipaparkan. Dia kemudiannnya meminta maaaf dengan menyifatkan ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan. Menurutnya dia tidak mendiskriminasi sesiapa dan memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang dipegangnya.
9. Amena kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dari kerjasama itu kerana bimbang akan memberi mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen itu. Pihak L’Oreal menerima keputusan Amena untuk menarik diri dan menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan tweetnya dan kebimbangan terhadap reaksi yang mungkin timbul.
10. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosi kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat oleh modelnya di media sosial. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran secara umum dengan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam satu posting terbarunya juga yang dimuat turun 1 hari lalu, Amena turut menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat pengundurannya itu. Dia cukup positif menerima pelbagai pandangan yang dilemparkan. Amena turut memberitahu tugasnya menyampaikan aura positif kepada semua pengikutnya.
Melihat tren kecantikan zaman sekarang ini ekstrem sehinggakan ada yang sanggup mengharungi keperitan untuk beberapa bulan demi satu ‘standard kecantikan’ yang digilai ramai!
Ada ingin miliki bentuk mata ‘fox eyes’ ala model terkenal, Bella Hadid. Tetapi ramai yang menghadapi keperitan dan menyesal setelah membuatnya!
Ramai yang telah melakukan prosedur ‘fox eyes‘ ini demi mendapatkan bentuk mata yang tajam seperti yang diidamkan. Namun, terdapat segelintir yang menyesal melakukan pembedahan ini.
Seorang TikToker,@_jessiecarr, antara orang yang menyesal melakukan prosedur ini. Menurutnya, selepas melakukan ‘fox eyes‘ ini, keningnya tidak simetri dan membuatkannya bengkak sehingga terkeluar benjelon saluran darah.
“Lakukan ‘fox eyes’ ini adalah satu penyesalan yang cukup besar buat saya!” tulisnya.
Terdapat lagi seorang TikToker, @cocodayy, berkongsi kisahnya apabila menghadapi masalah seperti pelipis berlekuk dan tiada sebarang perubahan berlaku selepas membuat Dissolvable Polydioxanone (PDO) ataupun ‘fox eyes’.
“Ia merupakan satu benda yang cukup menyakitkan yang pernah saya lalui sepanjang hidup ini walaupun pernah buat beberapa prosedur yang lain,
“Boleh nampak benang pembedahan di muka saya untuk sebulan!” katanya di dalam video yang dimuatnaik di TikTok.
Sesetengah orang mengalami rasa yang perit, muncul parut, malah wajah menjadi tidak simetri selepas menjalani pembedahan untuk mendapatkan ‘fox eyes‘ seperti selebriti terkenal, Bella Hadid.
Menurut Insider, pembedahan ‘fox eyes‘ bukanlah satu prosedur ‘lifting‘ muka, malah, ia melibatkan pemotongan pada bahagian kulit muka, rahang, dan juga leher yang lebih ke garisan rambut.
Prosuder ini juga menggunakan benang jahitan yang berfungsi menarik kulit ke atas arah sudut mata untuk mengekalkan bentuk yang ‘tajam’.
Difahamkan lagi, benang itu akan mengubah bentuk mata tetapi kening pesakit akan mengalami kesakitan lebih kurang enam bulan sebelum benang itu melarut ke dalam.
Ramai gadis menginginkan kulit yang cerah dan sempurna, dan tidak ada kekurangan krim dan losen pencerah kulit di pasaran. Memandangkan penggunaan kosmetik berasaskan bahan kimia untuk tempoh yang lama boleh membahayakan kulit, anda perlu mengetahui petua ini rahsia selebriti untuk cerahkan kulit dalam satu malam.
Tetapi, anda harus sedar bahawa anda tidak boleh berubah daripada berkulit gelap kepada kelihatan cerah, seperti yang digambarkan dalam beberapa iklan untuk krim keadilan. Anda boleh kembali kepada warna kulit semula jadi anda, yang cenderung menjadi gelap dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor seperti habuk, pencemaran dan sebagainya.
Trend kecantikan terkini yang terkenal di kalangan selebriti adalah ‘skin flash’ yang hanya perlu lakukan seminggu sekali. Menurut perkongsian Dr. Lim atau lebih dikenali di media sosial Dr_ingky, teknik berkesan hanya satu malam dan apa yang anda perlukan ialah proses pengelupasan. Jom ikuti langkah ini:
Fungsi Vaseline atau face oil untuk mengunci kelembapan dalam kulit anda, tanpa cairkan vitamin C anda. Jika kulit wajah merengsa tidak tahan dengan keaktifan vitamin C, anda boleh menggantikan tranxenamic serum arbutin serum.
Walaubagaimanapun untuk hijabi yang mempunyai masalah kulit wajah seperti berminyak dan berjerawat, anda disarankan untuk tidak mencuba dahulu teknik mencerahkan kulit ini. Ada lebih baik selesaikan dahulu masalah kulit yang anda hadapi. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: DR_ingky
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di