Categories: Stail

Dulu Pelarian, Kini Ugbad Abdi Model Berhijab Jenama Antarabangsa Setanding Gigi Hadid

Industri fesyen dunia nampaknya semakin menerima kehadiran model bertudung sebagai wajah bagi memperagakan jenama mereka.

Ugbad Abdi, nama yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen antarabangsa mula mencuri tumpuan semua disaat dia mula berjalan di minggu fesyen couture Paris.

Berasal dari Iowa, Ugbad sememangnya sudah bersedia untuk berjalan di pentas peragaan Pierpaolo Piccioli’s Valentina Spring 2019 dan tidak menyangka dapat bertemu, bertentang mata dengan idolanya iaitu Naomi Campbell.

“Saya hampir pengsan kerana tak menyangka Naomi ada sekali dalam acara yang sama, betul-betul di belakang saya!”

Jelasnya, dia terlihat Naomi sewaktu dalam barisan ketika sesi latihan. Ini adalah kejutan terbesar buat dirinya kerana dia tidak pernah terfikir akan dapat peluang untuk menyertai acara sebegini sebaris dengan mereka yang terkemuka.

Walaupun sangat teruja, Ugbad yang dilahirkan di Somalia ini tetap mengekalkan sikap professionalnya di atas pentas peragaan dengan memberikan aksi yang hebat seperti seorang supermodel yang handal. Tidak try hard, faktor inilah yang menyebabkan dirinya diintai oleh jenama fesyen antarabangsa di seluruh dunia.

Tidak lama selepas itu, rezeki menyebelahinya apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam jenama pertunjukkan fesyen yang gah seperti Burberry, Fendi, Lanvin dan juga Simone Rocha. Penglibatannya ini menjadikan suatu permulaan yang kukuh buat kariernya yang baru bertapak dan semakin meningkat naik ini.

Dicungkil bakatnya daripada Instagram, ini adalah 5 fakta menarik mengenai Ugbad Abdi!

  1. Hijabi pertama yang ‘berjalan’ untuk jenama Fendi. Ugbad menjadi model bersama Hadid Sisters untuk peragaan yang lalu di Milan dan mencipta sejarah apabila mengenakan hijab sewaktu acara tersebut.

2. Dia dan keluarga melarikan diri dari Perang Sivil Somalia ke Kenya sewaktu usianya 9 tahun. Mereka menetap di kem pelarian selama 9 tahun sebelum ditempatkan di Iowa.

3.Sudah terlibat dalam 14 acara fesyen sejak Ogos 2018 dan menjadi pembuka acara bagi jenama Marc Jacobs sewaktu Minggu Fesyen New York.

4. Baru sahaja berusia 18 tahun… Selepas tamat sahaja zaman persekolahan, dia terus terbang ke Paris selepas mendapat tawaran daripada Next Models Worldwide.

5.Sangat down to earth! Walaupun sudah berdiri sepentas dengan Naomi dan juga Hadid Sisters, Ugbad tetap mesra seperti biasa dan tidak pernah jemu melayan peminatnya!

kredit: harpers bazaar arabia vogue instagram @iamugbad

Tinggalkan Komen

Qistina

Share
Published by
Qistina
Tags: gigi hadid model naomi campbell PARIS pelarian popular SUPERMODEL ugbad abdi

Recent Posts

  • Trending

Amalkan Ini Untuk Hilangkan Sengsara Resdung, Hidung Pasti Berhenti Berair!

Kebanyakan daripada kita pasti menghidap resdung kan ? Sungguh tak selesa rasanya lebih-lebih lagi bila hidung mula berair dan...

2 hours ago
  • Featured
  • Kecantikan

Raih Lebih 14K Retweet, Lelaki Ini Dedah Rahsia Miliki Kulit Sihat & ‘Glowing’ Setelah Cuba 50 Produk Farmasi

Pada masa kini, bukan hanya wanita yang mengalami masalah kulit seperti ‘breakout’, tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Seperti perkongsian lelaki…

2 hours ago
  • Kecantikan

Tolak Fast Food & Setia Ikut Plan Diet, Rahsia Gadis Ini Berjaya Capai Body Goals Dari 67kg ke 46kg

Setiap orang ada goals tersendiri yang ingin dicapai dalam hidup. Tidak kiralah kecil atau besar, pastinya akan terasa puasnya...

2 hours ago
  • Featured
  • Kecantikan

Elak Ambik Makanan Berminyak & Rajin Workout, Cara Sherry Ibrahim Kekal Sihat & Jelita

Penampilan pelakon dan penyanyi juga pengacara ini memang sentiasa cantik dalam apa juga majlis yang dihadiri. Lebih-lebih lagi setelah dirinya…

4 hours ago
  • Featured
  • No Turning Back

“Nak Tutup Sekarang Ke Atau Bila Dah Mati Nanti” – Nonny Nadhirah Bagi Pesanan Bab Tutup Aurat

Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya…

20 hours ago
  • Kecantikan

Dapan Ribuan Share, Wanita Ini Kongsi Tip & Menu Diet Berjaya ‘Lenyapkan’ 40 Kg Hanya Dalam Masa 8 Bulan Je

Kebanyakan daripada kita pasti mahukan tubuh yang cantik. Banyak cara sebenarnya yang kita boleh usahakan bagi...

1 day ago