Kulit breakout kebiasaannya hadir tanpa diduga. Pasti sedih rasanya bila jadi begitu dan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jangan risau sis! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Penulis juga pernah mengalami perkara yang sama dan pastinya kebanyakan daripada kita juga tak terlepas dengan masalah sebegini bukan?
Bagi membaik pulih wajah, mungkin hijabi boleh jadikan thread yang disediakan oleh @sophiazakaria_ ini di twitter sebagai panduan. Ini kerana dia telah berjaya mengatasi masalah kulit breakout yang dialaminya setelah 7 tahun berusaha.
ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Serum Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat Dari Murah Hingga Mahal. Berbaloi!
Tak sia-sia usahanya selama ni selepas melihat perubahan positifnya!
Licin dan glowing sangat!
Bukan sekejap masa yang diambil untuk memulihkan kulitnya. Pelbagai cara telah dicuba namun tidak memberikan kesan yang memberangsangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Rutin Ini Pantang Buat Hijabi Kulit Berminyak, Kalau Nak Wajah ‘Maintain’ Halus & Berseri
Akhirnya jumpa produk yang sesuai untuk kulitnya.
Krim pelindung cahaya matahari jangan dilupakan!
Nak cantik kena ada usaha!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: twitter @sohiazakaria_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Di Usia 55 Tahun, Ziana Zain Kekal Jelita, Peminat Samakan Dengan JLO Versi Hijabi! Rupanya Ini Amalan ‘Awet Muda’
“Bukan sekali kau suarakan kebimbangan pada cintaku.. Kau tak mampu bersendirian tanpaku.. Itu semua lembut lidah manis madah.. Penuh helah yang pastinya.. Aku adalah sandaran..”
Dengar sahaja bait-bait lirik dari lagu Madah Berhelah ini, pastinya anda sudah tahu siapakah vokal yang melantunkan lagu legend ini, sudah pastinya penyayi tersohor Ziana Zain yang berjaya membuatkan lagu ini berada di puncak sehingga menjadi malar hijau hingga ke hari ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian selain lagu dendanganya itu, kakak kandung kepada penyanyi Anuar Zain ini juga semakin menjadi bualan sejak kebelakangan ini kerana meskipun sudah mencecah usia 55, pada tahun ini beliau masih terlihat awet muda dan seakan tidak dimamah usia. Hingga ada antara peminat yang melabel Ziana sebagai ‘JLO Malaysia’.
Hijabista sempat menemubual Ziana Zain baru-baru ini, ketika berkesempatan menemui beliau dalam sebuah majlis di Ibu Kota. Di sana Ziana mendedahkan ‘Rahsia’ yang diamalkanya agar kekal Awet Muda serta rutin penjagaan kulit yang sering dilakukan.
Hanya Gunakan Satu Bahan Alami Ini Sebagai Pencuci Muka Utama!
Menurut Ziana, sejak anak dara lagi dia sememangnya mengamalkan untuk mencuci muka mengguna minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil) yang asli. Meski pun baunya kurang menyenangkan. Namun, kandungan yang terkandung dalam VCO sememangnya baik untuk membersihkan kulit wajah hingga ke dasarnya!
“Kak Ziana amalkan cuci muka dengan Virgin Coconut Oil, yang ada bau punya tau, bukan yang tak ada bau. Yang betul-betul original. Memang bagus untuk kulit.
“Mula-mula remove make-up dengan Virgin Coconur Oil. Buang-buang sampai tiada lagi kesan solekan. Kemudian baru akak pakai Cleansing Milk atau cleansing foam. Lepastu baru akak pakai toner dan kemudian pakai serum atau moisturizer,” katanya ketika ditemui Hijabista.
Artikel berkaitan: Masker Beras Dan Minyak Kelapa, Abah Yang Buat. Rahsia Ziana Zain Kekal Menawan Di Usia 54 Tahun
Jelasnya lagi, untuk mendapatkan kulit yang remaja dan awet muda, pemilihan penjagaan kulit (skin care) perlulah tepat dan bersesuaian dengan kulit wajah seseorang individu itu. Barulah skincare dapat merawat kulit dengan lebih berkesan dan ampuh.
Menurut Ziana lagi, meskipun dirinya terdiri dalam kalangan artis, tidak semestinya perlu memiliki atau menggunakan skincare yang mahal atau high-end. Kerana produk yang mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit.
“Tip pemilihan skincare mudah je, pilih yang betul-betul sesuai untuk kulit anda!
“Tak smeestinya kena pakai skincare yang mahal, tapi tak berkesan atau sesuai dengan muka. Cari yang sesuai, kadang-kadang skincare yang murah tu lebih sesuai,” ujarnya.
Jadi tidak hairanlah primadona Malaysia yang seorang ni sentiasa tampil lebih mida berbanding usianya hingga digelar sebagai Jenifer Lopez (JLO) Malaysia kan? Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet pada hantaran Instagram milik Ziana Zain yang berjaya menarik perhatian Hijabista!
Memandangkan rahsia awet muda Ziana Zain sudah terbongkar. Apa lagi, Hijabi boleh lah mengamalkan apa yang disarankan tu. Boleh jadi awet muda seperti idola kita kak Ziana Zain. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Perut Rasa Tidak Selesa, Sukar Untuk Bernafas & Tidur Malam, Ziana Zain Disahkan Alami Penyakit Gastrik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Cadar Patchwork, Pilih Tema Yang Betul & Rajin Buang Habuk, Ini Tip Agar Bilik Tidur Bersih & Nyaman
Tidur yang berkualiti banyak memberi faedah kesihatan termasuk pengekalan berat badan yang sihat, peningkatan konsentrasi dan produktiviti dan kestabilan emosi. Maka sebab itulah ruang bilik tidur perlu sentiasa kemas dan bersih.
Mungkin pada hari-hari bekerja kita agak kekurangan masa untuk mengemas bilik tidur secara terperinci. Jadi, kita gunakan masa hujung minggu untuk mengemas bilik, ruang yang cukup privasi untuk kita beristirehat.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, inilah ruang yang paling bermakna untuk anda berdua. Oleh itu jadikan ruang ini sentiasa ‘hangat’ demi menyemai kasih sayang. Berikut dikongsikan tip memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan selesa. Moga bermanfaat.
TIP AGAR BILIK TIDUR LEBIH BERSIH DAN NYAMAN
*Pastikan cadar dibasuh kerap. Paling LEWAT seminggu sekali. Ya lah. Masa itu lah baru cuti. Tujuan cuci cadar adalah bagi mengelakkan pengumpulan kuman pada cadar.
Sebab sebahagian masa di habiskan dengan tidur. Walaupun tidur 5 jam ke 6 jam sekalipun. Tetap waktu paling bernilai kan? Jadi kena pastikan sentiasa bersih.
*Letaklah pewangi untuk bilik tidur.
Biar wangi selalu.Kita akan sentiasa ingat bilik tidur sendiri walau ke mana pun kita pergi.
*Buka sedikit tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik. Elak bilik berbau.
*Cuba guna cadar patchwork. Boleh juga cuba cadar biasa. Kalau cadar biasa perlu letak klip setiap bucu untuk bagi tegang. Kalau cadar patchwork, tak perlu. Selepas bentang, siap. Senang. Jimat masa kita bukan?
*Mesti kerap buang habuk, sapu atau vakum. Cuci segala tingkap, kipas, mop lantai. Ikut keadaan habuk. Paling baik bersihkan hari-hari. Sebab kalau biar habuk tebal lebih memenatkan bila hendak kemas.
*Tema warna bilik kita yang tentukan. Pilih perabot, warna karpet yang sesuai dengan tema bilik. Tak semestinya yang mahal. Dekorasi yang ringkas, sedap mata memandang pun sudah cukup.
Itu sahaja. Mungkin ada lagi tip yang lebih berguna. Bilik kita, kita yang tentukan. Sediakan jadual mengemas sendiri. Selamat mengemas ya.
HIJABISTA: Hujung-hujung minggu begini, eloklah kita ambil peluang untuk mengemas bilik tidur dengan lebih ‘terperinci.’ Selain ruang-ruang yang lain, bilik adalah tempat paling banyak kita menghabiskan masa. Oleh itu sentiasa pastikan bilik tidur sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Sumber kredit: #kemasrumahwithhani Top image: Photo by terry-magallanes from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Trick” Tolak Duit Berwarna, Hijabi Ini Berjaya Kumpul Duit Anak Lebih 12 Ribu Dalam Setahun Tanpa Bebanan
Lain orang, lain caranya! Bukan mudah untuk mendisplinkan diri untuk menabung di bank, sekiranya tiada kecekalan diri. Namun anda perlu ada satu misi dan idea kreatif bagi menggalakkan diri sendiri menabung.
Idea kreatif hijabi ini, berhasil mengumpulkan wang simpanan anak sejumlah 12 ribu. Banyak bukan? Tapi bagaimana hijabi ini Berjaya lakukannya. Trick simpan duit berwarna mungkin ramai yang telah pratikkan, tapi perlaksanaannya pasti berbeza.
Bagi Aminahtul Marrdiah, bukan misi mustahil kerana ia sudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya, mungkin idea Aminahtul ini menjadi inspirasi hijabi di luar. Yang pasti “trik” ini Berjaya hanya dalam setahun telah membuahkan hasil yang lumayan.
Simpan duit untuk anak dalam masa 1 Tahun tanpa bebanan
Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
- Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
- Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Triknya adalah ‘NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE’. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.
- Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ handbag tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
- Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
- Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Idea warna simpan duit RM20
Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan! Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Sumber: Aminahtul Marrdiah
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI