Siapa sangka dalam usia mencecah lebih 50 tahun penampilan Ziana sperti tidak dimamah usia, masih cantik dan langsing. Tidak dinafikan selebriti ini dari dahulu sehingga sekarang menjaga kecantikan dak kesihatan dirinya.
Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak ramai pasti menarik perhatian ramai. Sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah biarpun usia mencecah 54 tahun.
Untuk kekal dalam industri pastinya penampilan seseorang itu juga perlu dititiberatkan, begitu juga ibu kepada empat orang anak ini. Siapa sangka artis lokal yang bertaraf antarabangsa ini masih mengamalkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya lagi dalam satu temubual dengan Intrend penampilan dan kecantikan wajahnya dijaga oleh abahnya. Seorang lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah! Menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Ziana berterima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan. Disiplin itu penting!
Ads
Masker muka dan minyak kepala sendiri, antara petua Abah yang sampai sekarang Ziana Zain amalkan. Masker muka yang dibuat oleh abahnya, mudah sahaja dengan rendamkan beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Biarkan di muka!
Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Berstatus ibu tunggal, Ziana Zain tetap aktif di pentas seni. Malah setiap persembahannya penuh bertenaga. Pasti Ziana Zain mempunyai persiapan dan penjagaan diri bagi mengekalkan kesihatannya. Amalkan minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi, sekurang-kurangnya minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Ziana hanya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukup sekadar sayur- sayuran atau lauk.
Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, paling penting lari keliling rumah, janji peredaran darah perlu lancar.
“Badan mesti aktif! Sekiranya tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting,” kongsinya lagi. Penting bagi seorang penyanyi menjaga kualiti suara, bagi Ziana dia tidak pernah sentuh ais, melainkan terlalu teringin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sesetengah daripada anda yang gemar bersolek, pasti menggunakan makeup brush untuk menatarias wajah. Untuk menerapkan foundation, blusher, hingga ke alis tentu memerlukan berus sebagai aplikator. Makeup brush yang lengkap akan membantu anda ketika mengaplikasikan alat solek. Jadi, sudahkah anda sudah memiliki koleksi brush yang tepat?
Kami menyedari bahawa dengan banyaknya jenama yang di pasaran, membuat anda bingung untuk memilih Makeup brush yang tepat. Untuk itu, hijabista kongsi tip memilih dan cadangan setyang terbaik di pasaran agar mekap seperti sentuhan jurusolek profesional.
Dalam memilih makeup brush, ada beberapa poin yang perlu anda perhatikan. Di bawah ini, kami akan menguraikan caranya agar anda memilih makeup brush mengikut kesesuaian penggunaan.
Bahan utama pembuat makeup brush ada dua jenis iaitu bulu semulajadi (bulu haiwan) dan bulu dari serat sintetik. Untuk bulu semulajadi, kelembutannya tergantung pada jenis bulu haiwan. Bukan itu sahaja, kelembutan tiap berus juga berbeza satu sama lain bergantung fungsinya.
Salah satu bulu semulajadi yang sangat halus adalah bulu tupai. Bulu semulajadi yang keras atau kasar antaranya bulu kambing, mink, kolinsky sable, dan musang air. Di antara pelbagai bulu haiwan tersebut, bulu kambing yang elastik sering dijadikan berus kerana bahannya popular dan mudah digunakan.
Apabila Anda kuawatir alergi terhadap bulu haiwan atau memiliki kulit sensitif, gunakanlah bulu berus sintetik berbahan nilon. Ada juga makeup brush berbahan serat sintetik berkualiti tinggi seperti taklon yang terasa lembut di kulit. Pilihlah makeup brush yang terasa lembut di kulit agar selesa digunakan.
Meskipun disebut makeup brush, sebenarnya brush terdiri dari pelbagai jenis dan fungsi. Ada baiknya anda semak jenis makeup brush yang terdapat di dalam set produk yang hendak dibeli.
Biasanya, satu set sederhana berisi beberapa brush yang umumnya terdiri dari powder brush (berus bedak), blush brush (berus pipi), eyeshadow brush (berus untuk pembayang mata), eyebrow brush (berus alis), lip brush (berus bibir), hingga foundation brush (berus untuk alas bedak).
Sementara itu, dalam set yang lebih lengkap, ada juga beberapa brush tambahan dengan fungsi yang lebih spesifik. Contohnya contour brush (berus kontur untuk shading gelap), highlight brush (berus highlight untuk shading terang), concealer brush (berus untuk concealer), dan sebagainya.
Jika Anda membeli makeup brush set berkualiti tinggi, pastikan mengganti berus secara berkala. Ini perlu dilakukan agar kualiti berus dan hasil riasan anda tetap maksima. Pastikan Anda memeriksanya sebelum membeli!
Kemasan bukan hal penting jika anda hanya memakai makeup brush di rumah sahaja. Namun, jika anda hendak membawanya travel, pilihlah set yang sudah dilengkapi dengan case penyimpanan khusus. Pastikan tempat penyimpanan makeup brush sudah termasuk dalam set yang anda beli.
Anda sudah mengetahui cara memilih makeup brush set yang tepat. Di bawah ini, kami akan mencadangkan sepuluh makeup brushset terbaik untuk anda. Pilihlah yang sesuai dengan keinginan
Set murah untuk dimiliki oleh remaja
Jika anda mempunyai adik atau anak perempuan yang masih dalam lingkungan remaja tetapi gemar untuk mengenakan solekan, hadiahkan makeup brush ini. Walaupun berharga murah tetapi kualitinya juga setanding yang mahal. Bulu berus diperbuat daripada material fiber sintetik yang halal, halus, lembut dan semulajadi.
Pemegangnya tidak licin dan sangat ergonomik. Memudahkan anda untuk menyolek wajah tanpa perlu ‘grip’ dengan kuat.
Set makeup terbaik untuk beginner
Lengkap dengan set makeup brush yang diperlukan dalam rutin solekan seperti eyeliner, eyeshadow, blusher dan eyelash, menjadikannya antara pilihan pengguna di pasaran.
Untuk anda yang baru mula berjinak menggunakan alat solekan, jenama Cerro Qreen ini direkomendasi oleh ramai pengguna beginner. Set makeup brush berkualiti tinggi ini tidak setanding dengan harganya. Dengan menggunakan pemegang kayu jenis eco-friendly dan diperbuat daripada bulu kuda padi semulajadi.
Makeup brush multifungsi dari drugstore
Makeup brush yang diperbuat daripada bulu jenis Nylon Fiber ini mempunyai kegunaan secara multifungsi. Anda boleh menggunakan semasa mengaplikasi solekan asas ke wajah tidak kira samada jenis krim, cecair atau powder, berus ini dapat meratakannya ke seluruh wajah.
Bagi anda penggemar kecantikan, ianya terbaik untuk digunakan semasa melakukan teknik shading, highlight dan contouring. Kini wajah anda akan tampil lebih anggun!
Brush makeup untuk pipi terbaik dan animal cruelty-free
Direka khas untuk remaja dan Halal untuk digunakan oleh pengguna muslimah kerana ianya diperbuat daripada bahan bebas haiwan. Diperbuat daripada 100% bahan sintetik semulajadi, blusher dari jenama ini dapat meratakan rona ke seluruh pipi anda tanpa perlu aplikasikannya berulang-kali.
Ingin kulit pipi anda tampil rosy-cheeks? Tiada masalah. Gunakan sahaja makeup brush dari Amaxmall ini.
Set makeup brush dari jenama lokal – vegan dan mudah bersolek
Vegan makeup brush ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan cruelty-free. Solekan juga mudah menyerap pada kulit wajah jika anda menggunakan berus dari jenama tempatan ini.
Sendayu Tinggi sudah lama bertapak di dalam pasaran Malaysia yang memperkenalkan set penjagaan kulit wajah. Kemudian, ST mengeluarkan set solekannya sehingga menjadi kegemaran ramai wanita. Kini, rangkaian terbaru set berus mekap dari ST yang dilengkapi 7pcs dalam 1 set, memudahkan wanita untuk bersolek pada bila-bila masa sahaja.
Brush makeup terbaik untuk meratakan krim asas (foundation)
Anda akan tampil yakin dan menawan selepas mengenakan solekan lebih tepat dengan teknik yang betul. Blending foundation pada kulit wajah tidak lagi menjadi masalah dengan makeup brush dari Innisfree ini. Ianya akan membuatkan wajah anda kelihatan glowing dan tidak bercapuk semasa mengaplikasikan solekan. Dengan kemasan akhir matte, brush makeup ini dapat menutup cela yang tampil pada kulit wajah.
Set makeup brush untuk mata agar tampil lebih menawan
Direka khas oleh CS Makeup.my, makeup brush ini terbaik untuk menampilkan mata yang menawan. Diperbuat daripada material seperti bulu yang diambil daripada kuda padi dan kambing, ianya dijamin halal untuk pengguna muslimah. Terdapat 10 jenis berus, anda boleh lakukan shading, conceal, highlight dan blending dengan sempurna.
Makeup brush yang lembut untuk bibir dan wajib dimiliki
Berus bibir dari Rae Morris ini merupakan berus multifungsi yang boleh juga digunakan sebagai concealer brush. Tip yang lembut dapat memberi bibir yang diidamkan oleh anda samada berbentuk curvy atau pointy. Berus bibir ‘must-have’ ini harus dimiliki sekarang juga!
Makeup brush khas dari Sephora – berkualiti bagus
Diperbuat daripada bahan sintetik yang tidak akan menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Siapa yang tak kenal dengan jenama keluaran penyanyi antarabangsa Rihanna ini? Fenty Beauty terkenal dengan rangkaian krim asasnya yang lebih kepada kulit wanita gelap dan sawo matang. Kini, rangkaian makeup brush dari jenama sama mula mendapat tempat dikalangan MUA. Bentuknya direka tirus untuk membolehkan wajah anda ‘terukir’ dengan sempurna.
Sesuai digunapakai semasa mengenakan bedak asas
Brush makeup dari jenama dUCk ini direka terbaik untuk anda menggunakannya semasa melakukan teknik blending agar ianya memberi litupan penuh (full-coverage) pada kulit wajah. Didatangi dalam 6pcs berbeza seperti Flat Foundation, Buffing, Plush Powder, Angled, Blusher dan Fan Brush yang sesuai digunakan untuk meratakan bedak atau krim asas pada wajah.
Sesuai untuk kegunaan semasa travelling, menjimatkan ruang penyimpanan dan ringan dibawa kemana sahaja.
Makeup brush akan selalu bersentuhan dengan kulit anda dana amat penting untuk menjaga kebersihannya. Setiap kali selesai digunakan, anda boleh membersihkan dengan tisu basah, tetapi tidak semua kotoran dapat dibuang. Oleh itu, bersihkanlah secara berkala tiap 1-2 minggu sekali agar kebersihannya tetap terjaga.
Gunakan sabun khas makeup brushes untuk membersihkannya. Bilaslah ujung bulunya dengan air suam yang sudah dicampur sabun. Tidak perlu membersihkan hingga ke pangkal berus kerana area tersebut penuh dengan gam pelekat. Jika sabun terkena pada gam pelekat yang terdapat di pangkal berus, gam pelekat akan kurang. Akibatnya, bulu-bulu berus akan cepat tercabut.
Setelah selesai dibersihkan, bilaslah secara menyeluruh, lalu keringkan agar tidak lembap. Apabila jangan mengeringkannya secara langsung dengan sinar matahari atau hair dryer, bulunya akan rosak. Jadi, hindarilah cara tersebut! Makeup brush anda merupakan item berharga yang perlu anda rawat dengan betul agar boleh digunakan untuk jangka panjang barulah mekap seperti jurusolek profesional.
Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Hobi merupakan aktiviti yang memberikan keseronokan pada diri sendiri serta membantu mengurangkan tekanan. Tapi bagaimana kalau hobi tersebut menelan belanja yang besar?
Seperti seorang lelaki bernama Antonio Romero Monteiro yang menjadi manusia paling banyak memiliki permainan video dengan nilai anggaran RM2.1 juta. Lelaki dari Amerika Utara yang berusia 45 tahun ini sekaligus telah diiktiraf sebagai pengumpul koleksi permainan video paling banyak di dunia oleh Guinness World Record!
Menurut Guiness World Records, Antonio telah mengumpul 24,268 permainan video yang dimulakan sejak tahun 1987 ketika berusia 10 tahun.
Selain pemegang rekod dunia permainan video secara keseluruhan, dia juga pemegang empat lagi rekod dunia iaitu pengumpul koleksi terbesar bagi permainan video PlayStation,Sega, Nintendo dan Xbox.
Sejak membeli permainan video Sega Genesis pertamanya lebih 30 tahun lalu, koleksinya semakin bertambah selepas itu dan memenuhi seluruh biliknya. Bahkan, ia disusun dengan teratur mengikut sistem dan abjad!
Koleksi yang dikumpulnya turut merangkum aksesori-aksesori yang digunakan dalam permainan video termasuk pelbagai konsol.
Katanya, ketika ini, dia mempunyai koleksi lengkap daripada konsol permainan Nintendo yang pertama sehingga keluaran permainan video paling terkini.
Apa yang menarik, peminat tegar permainan video itu turut menyimpan satu salinan permainan video Max Basic Rifle Marksmanship Program yang dikeluarkan Nintendo khas untuk tentera Amerika Syarikat untuk latihan menembak dan tidak pernah dijual kepada orang awam.
Lelaki ini turut berkongsi perasaan serta memberikan pendapat mengenai permainan video yang kini dilihat sudah lama ditinggalkan oleh ramai.
“Saya melihat permainan video sebagai satu bentuk seni, di mana kreativiti dan penceritaan yang melampaui batas segala kemungkinan.
“Setiap generasi sistem permainan video memberikan potensi lebih jauh untuk merealisasikan kreativiti dan berkongsi cerita, cabaran dan pengalaman yang tidak terbatas,” ujar Antonio.
Ha…pasti anda tertanya bagaimana dia boleh menjejaki setiap satu permainan yang belum dimiliki kan? Kalau mencari menggunakan Internet agak mustahil dan mencari permainan retro di kedai video tempatan kini juga agak mencabar.
Untuk pengetahuan anda, Antonio menggunakan sistem dwi inventori yang membolehkannya menjejak, mengkatalogkan dan mengurus keseluruhan koleksinya serta menggunakan pangkalan data yang diciptakan sendiri olehnya untuk membandingkan permainan yang dimilikinya dengan permainan yang dia masih tiada untuk melengkapkan koleksinya. Wah, memang hebat!
Antonio akui permainan video tersebut menggamit kenangannya yang paling berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Apabila ditanya soal permainan kegemarannya, dia menjawab Super Nintendo dan Super Castlevania IV.
“Antara kenangan saya yang paling berharga adalah bermain permainan video bersama keluarga serta rakan-rakan.
“Saya mempunyai beberapa kenangan zaman kanak-kanak yang sangat menggembirakan kala bermain Castlevania,” kongsinya.
Tambahan itu, dia turut mengimbas kembali perasaannya sewaktu diiktiraf sebagai pemecah rekod dunia.
“Sangat teruja kerana akhirnya dapat berkongsi rekod ini dengan penduduk seluruh dunia!
“Saya masih ingat sewaktu kecil, buku Guinness World Records merupakan buku yang paling popular di perpustakaan sekolah,” katanya.
Terdahulu, Antonio pertama kalinya meraih rekod Guinness World Records untuk koleksi permainan videonya pada 2019 apabila dia mengumpul 20,193 permainan video. Sejak dua tahun selepas itu, koleksinya telah bertambah melebihi 4,000 permainan.
Antonio menegaskan bahawa dia belum selesai dan tidak akan berhenti meneruskan hobinya yang ‘mahal’ itu. Bahkan, dia turut merancang untuk menambah lagi koleksi peribadinya itu.
Tahi lalat bukan ada di tubuh badan kita sahaja malahan ada juga di hijab atau pakaian. Tahi lalat pada hijab atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam. Mesti semua pernah menghadapi situasi baju ataupun fabrik dipenuhi tahi lalat atau kulat kan.
Kulat tumbuh pada pakaian berpunca akibat pakaian tidak kering atau lembap. Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kelembapan. Mungkin kita tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju.
Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, pakaian tetap akan nampak kotor walaupun ianya sudah disental berulang kali. Nak pakai pun malu. Sudahnya tidak dipakai dan dibuang begitu saja.
Sebenarnya terdapat cara mudah untuk hilangkan tahi lalat pada hijab serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jimat dan berkesan.
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
CARANYA: Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
Selain menggunakan cuka, boleh juga menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada hijab mahupun pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
CARANYA: Membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian fabrik yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, tambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
CARANYA: Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan hijab atau pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
Peluntur (bleach’) adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Caranya: Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Sebaiknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci hijab atau pakaian tersebut. Sekiranya hijab daripada fabrik satin dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya: Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.