Letih bertukar ganti syampu namun masih belum temui solusi. Jika ini bermain di fikiran, apa yang anda perlukan adalah ‘reset’ rutin penjagaan rambut. Kembalikan kilauan helain rambut anda yang kelihatan kusam atau tidak mempunyai pantulan seperti biasa dengan penggunaan skrub kulit kepala.

Skrub berfungsi membersihkan kulit kepala dengan bahan pengelupasan fizikal seperti gula atau garam atau pengelupasan kimia, seperti asid hidroksi, asid glikolik atau salisilik.

Tambahkan skrub rambut sebagai langkah yang perlu ada dalam rutin penjagaan rambut sihat anda. Sama seperti anda menggunakan pengelupasan untuk wajah, rawatan kulit kepala yang membantu folikel rambut tetap sihat, membersihkan kulit kepala dari kelemumur, mengurangkan residu dan mendorong pertumbuhan rambut.

Cara memilih dan menggunakan skrub kulit kepala yang terbaik

Ketahui matlamat anda:

Sebelum membeli produk, ketahui apa yang anda perlukan untuk kulit kepala anda. Terdapat banyak produk dan pilihan semula jadi untuk semua jenis rambut. Adakah anda memerlukan lebih banyak kelembapan atau mempunyai jenis rambut yang rapuh? Malah penting juga sekiranya anda mewarnakan rambut, oleh itu anda memerlukan produk yang selamat.

Anda menggunakan banyak produk rambut:

Fizikal skrub rambut dengan garam atau gula mungkin lebih berkesan untuk melembutkan kulit kepala yang mempunyai penumpukan kelemumur.

IKLAN

Mempunyai kulit kepala yang sensitif:

Pilih produk pengelupasan yang lebih lembut, seperti ekstrak tumbuhan, manik polimer atau asid glikolat.

Masalah kulit kepala berminyak:

Skrub arang adalah pilihan terbaik untuk jenis rambut berminyak, kerana ia membantu menyerap minyak.

Cari tekstur yang betul:

Sebilangan skrub hanya berfungsi untuk pengelupasan, jadi anda perlu mencucinya dengan syampu yang berasingan. Sebaiknya, cari skrub rambut yang mempunyai dual fungsi. Skrub jenis ini, membolehkan rawatan menyeluruh paling utama teksturnya bersesuain dengan kulit rambut anda.

IKLAN

Ikuti arahan

Jangan gunakan skrub kulit kepala secara berlebihan. Label produk akan menasihatkan seberapa kerap menggunakannya dan kebiasaannya anda hanya memerlukan rawatan ini seminggu sekali.

Lewati penggunaan skrub sebelum ke salun

Sekiranya anda mewarnakan rambut, jangan gunakan skrub kulit kepala sebelum temu janji. Ia boleh menyebabkan anda tidak selesa ketika dalam proses mewarnakan rambut.

Setelah anda mengetahui apa yang harus dicari, jom semak beberapa produk skrub pengelupasan di pasaran yang disarankan oleh pakar.

IKLAN

Briogeo Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-Exfoliating Shampoo

Kandungan arang di dalam skrub ini berfungsi menjaga folikel rambut manakala minyak kelapa pula melembapkan. Aroma minyak pokok teh minty-meet-tea cukup untuk menenangkan ketika mandi, sekaligus menyebabkan kesegaran kulit rambut yang terasa bersih dan melegakan kegatalan. Skrub ini juga bebas dari sulfat, jadi ia sesuai untuk semua jenis rambut.

Drunk Elephant T.L.C. Happi Scalp Scrub

Gabungan bahan kandungan yang merangkumi asid glikolik, tartarik, laktik dan sitrik berfungsi untuk mengelupas dengan lembut. Selain itu, ia menjadikan rambut kelihatan lebih baik daripada sebelumnya dengan minyak mongongo, marula dan vitamin E yang meningkatkan kilauan rambut anda. Ia memberikan kesegaran pada kulit kepala bagi mereka yang mengalami kelemumur.

Christophe Robin Cleansing Purifying Scrub with Sea Salt

Disarankan oleh pakar, rawatan dua dalam satu ini bertindak sebagai skrub kulit kepala dengan garam laut, serta syampu yang menghilangkan bahan terlarang yang merosakkan rambut yang pernah anda gunakan. Jenis rambut berminyak sangat sesuai menggunakan skrub ini yang berfungsi dengan baik mengurangkan pengeluaran minyak sambil mengekalkan hidrasi rambut dengan kandungan minyak badam. Ia juga selamat untuk anda yang mewarnakan rambut.

Virtue Exfoliating Scalp Treatment

Produk ini sangat sesuai untuk jenis rambut normal yang tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Tekstur krim dengan enzim buah betik dan nanas secara khususnya melarutkan kotoran, sel mati dan penumpukan produk.

Quai Scalp & Body Scrub

Produk ini paling berbaloi dimiliki, skrub kristal gula dengan kandungan minyak kelapa yang melembapkan rambut dan probiotik tambahan menyokong mikrobioma kulit yang sihat. Sapukan secara merata di sekitar kulit kepala anda. Bonus memilki skrub ini, anda juga boleh menggunakan sebagai skrub badan. Wow! Rawatan terbaik produk ini, melembutkan dari kepala hingga kaki.

Walaubagaimanapun skrub tidak sesuai untuk semua orang. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang krtikal, anda disarankan untuk meminta padangan pakar agar masalah kulit rambut tidak bertambah rumit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI