‘Dulu Hanya Naik Skuter,Kini Dapat Beli Kereta’-Lelaki Ini Kongsi Kisah Percaya Rezeki Selepas Kahwin

Share

Apabila kita memilih untuk berkahwin, maka kita haruslah bersedia menempuh alam perkahwinan bersama-sama yang semestinya ada cabarannya yang tersendiri. Walaupun tak semuanya indah, namun menjalaninya bersama pasangan kita membuatkan kekuatan cinta yang terjalin itu semakin utuh.

Seperti yang dikongsikan oleh Taleeb Mizad di laman instagramnya, dia telah berkongsi kisah bersama isteri tercinta. Dahulunya hanya naik skuter, kini dapat merasa menaiki kereta hasil titik peluh bersama mereka.

Kuncinya percaya pada rezeki Allah.

Jangan kahwin hanya kerana ikut trend dan kejar populariti.

Org skrg lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti. Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bg mereka yg berkahwin.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Yakin dgn janji Allah, tapi ramai yg yakin dgn janji Allah tp lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dgn janji Allah tp di mana usaha & tanggungjawab? Niat yg baik pasti betul tp Allah takkan ubah nasib kita melainkan dgn mereka ubah apa yg ada dlm diri mereka.

Ramai yg kata “Bila ko kahwin rezeki ko makin kurang. Makin tak femes & makin tak laku” tapi bro, rezeki dtg dlm pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dlm mcm2 cara. 

Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. 

Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka.

Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Taleeb ini. Jika kita yakin dengan perancangan Allah, maka segalanya akan jadi mudah. Jangan pernah hilang harapan terhadapNya dan betulkan niat insyaAllah kita akan berada di landasan yang benar.

sumber: instagram @taleebmizad

IKLAN