Baik Bella Astillah mahupun Datuk Seri Siti Nurhaliza, kedua-duanya pandai jaga badan. Pinggang ramping, perut kempis, kulit pun flawless je. Makin terserlah keayuan Bella Astillah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila berbaju kurung serta bertudung bawal.
Lebih-lelbih lagi Bella Astillah yang kelihatan sangat manis dan ayu apabila bertudung. Warna ungu juga sesuai dengan karakter Bella Astillah yang lemah lembut.
Terdahulu, baru-baru ini Bella Astillah memuat naik foto dirinya bersama penyanyi nombor satu negara itu di Instagram peribadi ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings.
Bella hadir bersama ibunya yang tersayang iaitu Siti Zarina Astillah.
“Terima kasih kesayangan dan Malaysia’s sweetheart, Datuk Seri Siti Nurhaliza atas ingatan dan jemputan ke atas Bella dan mama untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri semalam,” tulis Bella dalam hantarannya itu.
Bella Astillah turut meluahkan rasa terharu apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disapanya sebagai Kak Iti telah memberi kata-kata semangat buat dirinya agar terus melangkah.
Ads
“Terharu Bella dapat jumpa kak Iti dan semangat yang diberikan. InshaAllah, Bella akan terus melangkah ke depan. Orang cakap, jangan pandang belakang.”
Bagi Bella Astillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza seorang yang sangat baik dan berhati mulia apabila turut mempelawanya untuk menunaikan umrah bersama.
“Kak Iti seorang yang sangat baik.. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk ke Umrah bersama dengan kak Iti nanti. Terima kasih atas pelawaan. InshaAllah Doakan Bella kak iti @ctdk”
“”Adik-beradik” dah jumpa @bellaastillah kau nampak cantik dan anggun kalau pakai tudung. Aku doakan kau akan terbuka hati untuk pakai tudung selama-lamanya. Ini semua teguran daripada Allah so, bertabahlah dan sabar selalu. Jaga diri tau!”
“JALAN TERUS DAN JGN TOLEH KE BELAKANG. bersyukur Allah dah selamatkan you.”
Ads
“Bella u deserve better. Awak cantik baik sabar, doa semoga Allah beri kebahagian pada awak dan anak anak.”
Untuk info, Bella Astillah berasal dari Sandakan, Sabah dan kini berusia 30 tahun.
Pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah ini merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna hasil perkahwinannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz.
Manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza turut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.
Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.
Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.
Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video TikTok oleh seorang niqabis yang melabelkan wanita yang belum menutup aurat secara sempurna adalah lemah.
Menerima kritikan dan kecaman yang bertalu-talu, gadis yang dikenali sebagai Asha Aziz telah tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Jelas Asha, dia memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukannya sewaktu memuat naik kandungan video tersebut tempoh hari.
Ujar lagi, dia juga telah memaafkan mereka yang telah mengecamnya dan keluarga sebagaiman dia juga berharap agar netizen memaafkan dirinya.
Di ruangan komen, ramai yang memaafkan dirinya selain memuji sikapnya yang berani memohon maaf secara terbuka. Mereka juga berharap agar dia belajar daripada kesilapannya yang telah lalu.
Sama-samalah kita berusaha menjadi ke arah yang lebih baik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aurel Hermansyah mendedahkan dia mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Tidak hairanlah dia kini kelihatan lebih langsing dan penampilannya sering mendapat pujian.
Sering menjadi bualan di media sosial, anak kesayangan kepada diva pop tersohor Indonesia, Kris Dayanti ini mengamalkan diet dengan menukar jenis makanan yang diambil.
Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram.
Penampilan terkini penyanyi berusia 26 tahun ini selepas bersalin dapat dilihat pada hantaranya di Instagram baru-baru ini.
Dalam hantaran itu, Aurel atau nama penuhnya Titania Aurelie Nurhermansyah kelihatan langsing apabila menyarungkan kebaya ketika menghadiri satu majlis perkahwinan.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!