Disaat Chef Adamdidam meninggal dunia, seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan pemergiannya itu. Bukan sahaja merindui penampilannya di kaca televisyen sebagai hos masakan, malah telatahnya bersama anak-anak buahnya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali di instagram @thefamily.uk pasti akan sentiasa dikenang.
Fatimah merupakan antara insan yang paling sedih dengan situasi ini. Di laman instagram rasmi mereka, Fatimah dikhabarkan mengalami tekanan perasaan sehinggakan tidak dapat menghadiri sesi persekolahan.
Bermohon kekuatan hadir dalam diri, Fatimah sangat berharap agar dapat bertemu kembali dengan arwah bapa saudaranya yang sangat disayangi walaupun seminit. Dia juga memohon agar Neelofa yang juga merupakan saudaranya itu yang sedang mengerjakan umrah ketika itu agar menyampaikan doa dan hasratnya pada Tuhan.
Minggu lepas, Fatimah hanya mampu untuk ke sekolah selama dua hari sahaja. Dia merasai kesedihan lagi pada Rabu, 12 Jun yang lalu. Sakit menyakitkan melihat dia merasai segala perit ini. Pada mulanya, tiada suara yang keluar dari mulutnya, hanya air mata yang mengalir di wajahnya. Tiba-tiba, dia bersuara. “Tolong hubungi Auntie Love (Neelofa)… Saya perlukan dia untuk menyampaikan pada Allah agar pulangkan Mamajee hanya untuk satu minit. Hanya satu minit yang saya perlukan. Satu minit, dan saya akan pulangkannya kembali pada Allah”
Ads
Memahami perasaan Fatimah, Neelofa memberikan sokongan sepenuhnya buat Fatimah bagi mengubati kesedihannya.”
Minggu lepas, Allah menghantar seorang bidadari dari kota Mekkah. Saya berniat untuk berkongsikan sejak minggu lalu namun tidak tahu ungkapan apa yang sesuai dengan cinta dan kasih yang telah diberikan olehnya. Jasadnya mungkin tidak bersama kami, namun dia telah memberi dan mengorbankan banyak masanya untuk kami. Dia bercakap dengan Fatimah dan telah menunjukkan rumah Tuhan iaitu Kaabah kepadanya bagi menenangkan hatinya yang hancur.
Bukan itu sahaja, dia tetap terus berada di situ selepas tamat waktu Isyak di depan Kaabah dan menghubungi semula untuk bercakap pula dengan Omar Mukhtar dan Ali Dia juga sentiasa mahu mengetahui keadaan Fatimah. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa beruntungnya kami untuk mendapat seorang bidadari sepertinya. Moga Tuhan memberkatinya dan lindunginya dari segala kejahatan. Mamajee pasti gembira jika mengetahui kesayangannya dikelilingi kasih sayang daripada Auntie Love mereka.
Sungguh sebak apabila mengikuti kisah mereka ini. Mulia sungguh hati Neelofa yang sudi meluangkan masa buat Fatimah tersayang. Moga Tuhan sembuhkan hatinya yang sedang berduka dan memberi rahmat kepada mereka sekeluarga. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penularan coronavirus (COVID-19) kini semakin membimbangkan. Tempoh masa yang diambil untuk gejala pertama menunjukkan dirinya dijangkiti Covid-19 ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari.
Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut. Namun ada juga mereka yang tidak mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan sakit kepala.
Berikut perkongsian Muhammad Hassan mengenai abangnya yang dijangkiti #covid19
Sedih, sebak.
Abang saya disahkan Positif covid-19 namun stabil dan semakin sihat. Sudah beberapa hari dikuarantin dan mungkin dilanjutkan beberapa minggu lagi. Sebak sangat terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun demi kebaikan perlu akur dengan arahan.
Sekarang anak isteri juga dikuarantin. Kami hanya mampu bertanya khabar melalui whatsapp sahaja. Jika nak hantar keperluan mereka kena letak diluar pagar rumah dan beredar. Allahu… Sedih sangat sangat.
Tolonglah kepada rakyat malaysia semua. Tolonglah akur dengan arahan. Duduk di rumah diam diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja.
Inilah masanya kita perlu kerjasama. Untuk jatuhkan sesebuah kerajaan kita berganding bahu,inikan pula makhluk halus. Cara nak hentikan wabak ini kita kena elak segala jenis aktiviti berkumpulan. Jika kita sama sama patuh insyaallah wabak ini akan reda.
Tolong hentikan wabak,kita mampu.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa hari kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Oleh kerana demam makin teruk terus dibawa ke hospital . Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia jumpa,duduk dengan keluarga,dengan jiran jiran. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuaranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Sekarang tempat hospital abang saya dikuaranti penuh dengan pesakit yang suspected.
1. Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari masa ke semasa. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
2. Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
3. Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singki,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
4. Tingkat imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
5. Makanan yang patut korang amalkan.
a) Makan madu awal pagi bersama yogurt.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran hijau. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan dan bantu cegah lawan bakteria dan virus.
g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
6. Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
7. Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud dan subuh.
Tiga hari lepas HIJABISTA ada menulis artikel mengenai hijabi Nazira yang sedang kritikal setelah diserang stroke. Saat itu, Nazira sedang dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Namun ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila Nazira telah dijemput Ilahi selepas solat Isya’ (sebaik artikel berkenaan ditulis).
HIJABISTA menerima kiriman mesej dari kakaknya, Nurul Nabila memberitahu di laman sosial bahawa adiknya telah bertemu sang pencintaNya. Sebaik mengetahui dia sudah tiada, bertalu-talu kiriman takziah dan Al-Fatihah daripada kenalan di alam maya.
Bukan sahaja mesej Facebook Hijabista, status di twitter juga turut memberitahu Nazira sudah tiada.
Ternyata hasrat Nazira sebelum itu untuk kembali sembuh seperti sediakala tidak kesampaian. Walaupun punca sebenar stroke yang dialami tidak diketahui kerana arwah hanya tahu segalanya berubah, apabila jatuh hingga pengsan di tempat kerja.
Doktor juga memberitahu ada pendarahan di kepalanya hingga menyebabkan dia diserang stroke pada sebelah kanan.
Rata-rata netizen yang sejak dari awal mengikuti thread berkongsi kisahnya mengalami sakit berkenaan terkejut dengan kehilangannya.
Salam takziah dari netizen.
Semua mendoakan agar arwah Nazira di tempatkan di kalangan orang beriman dan bidadari syurga.
Ramai juga antara netizen yang baru mengenali Nazira turut terharu dengan semangatnya melawan penyakit yang dihadapi semasa hayatnya.
Negeri Jepun memang sebuah negara unik, kreatif dan sentiasa lari dari kebiasaan. Terutamanya pada perkara kecil dengan fungsi yang luar jangkaan. Tidak hairanlah jika kedai ‘drug store’ mereka juga dipenuhi dengan ‘cute thing’ yang memang sukar untuk kita lepaskan.
Membeli-belah memang menyeronokkan lagi-lagi barang yang kita mahukan boleh didapati di negara luar dengan harga jauh lebih murah. Namun ia juga boleh jadi satu pengalaman yang menakutkan terutama di negara asing dan tiada siapa boleh memberitahu barangan halal yang kita boleh miliki.
Usah risau dan panik, Hijabista senaraikan beberapa bahan asas yang hijabi boleh dapati di kedai drug store jika ingin melancong di Jepun or Rayacation!
Serlahkan pipi halus anda seperti gadis jepun berwarna merah jambu? Cezanne’s Cheek Stick, pemerah pipi jenis krim memberikan pipi anda yang kelihatan licin dan tahan lama. Oleh kerana ia tidak meninggalkan warna yang terang, cara aplikasi dan kontur adalah agak mudah dan cukup kecil untuk dibawa dalam beg tangan. Dengan pilihan tiga warna, anda juga boleh menggunakannya untuk mata atau sebagai sentuhan penamat kepada bibir.
Harga: 600 yen
Eyeliner cecair dalam bentuk Sailor Moon? Mutlak ya! Sekiranya anda rasa produk ini hanya item yang boleh dmiliki, anda benar-benar mementingkan kualitinya. Eyeliner meluncur dengan lancar dan mempunyai hujung yang baik supaya anda boleh dengan mudah menarik sayap tajam. Ia juga tahan lama dan tahan sepanjang hari. Bahagian yang terbaik ialah topi tongkat yang boleh ditanggalkan dan tidak disambungkan ke penutup eyeliner sebenar, dan anda hanya boleh mendapatkan versi ganti untuk pembelian seterusnya.
Creer Beaute juga mempunyai lebih banyak item dalam baris Sailor Moon ini, seperti serbuk muka, warna bibir dan balsem.
Harga: 1200 yen
Krim Lip dan Krim Visee perlu ada dalam beg solek semua hijabi. Bukan sahaja super mudah dengan warna dwi, yang boleh digunakan pada kedua-dua pipi dan bibir, ia juga padat, menjadikannya sahabat perjalanan anda. Ia berfungsi hebat sebagai sentuhan penamat untuk bibir dan melembapkan juga, jadi tidak perlu bimbang tentang bibir kering!
Harga: 1000 yen
Binchotan, atau arang aktif, telah menjadi rahsia kecantikan untuk wanita Jepun sejak zaman Edo, yang dibuat dijadikan bahan dalam sabun ini. Sebaik sahaja membuka sabun, aroma yang indah hinoki segar (cemara pinus) akan segera mengisi ruang hidung anda! Hinoki dikenali kerana kesannya yang menenangkan dan untuk mengurangkan masalah kulit seperti ruam dan kerengsaan kecil. Bahan lain adalah tanah liat bentonite, yang membantu menghalus dan mencerahkan kulit.
Harga: 700 yen
5. Compressed Facial Sheet Mask Coins
Topeng muka muka adalah sihir kecantikan yang sangat mudah, cepat menghidrat dan meningkatkan cahaya kulit anda dan datang dalam pelbagai bahan. Tetapi bagaimana jika anda mahu sesuatu yang spesifik dan tidak dapat menemuinya di kedai? Sesuaikan topeng lembaran anda sendiri dengan merendamnya dalam inti kegemaran anda atau serum! Ini duit syiling topeng lembaran termampat membolehkan anda memilih bahan kegemaran atau menggunakan intipati yang tersisa dari topeng lembaran biasa supaya tidak membazir.
Koin boleh didapati di kebanyakan kedai ubat dan juga MUJI, tetapi kami mencadangkan anda membeli Rosy Rosa sebagai duit syiling yang datang dalam kapsul individu supaya lebih mudah untuk mencurahkan esensi anda.
Harga: 420 yen untuk 12 syiling
Kita semua telah diperkenalkan kepada kertas pembungkus minyak sebagai seorang remaja (yang tidak pernah mendengar tentang Clean & Clear?). Satu perkara yang perlu anda ketahui mengenai membungkus kertas di Jepun adalah bahawa mereka berada di tahap yang berbeza. Jangan tertipu oleh penampilan aburatorigami yang rendah hati, atau kertas pembungkus Jepun! Dengan hanya cahaya pada wajah anda, ia menyerap minyak tanpa membuat kulit anda kering atau merosakkan kulit.
Hijabi juga boleh dengan mudah mencari kertas minyak di mana-mana kedai serbaneka dan kedai ubat, dalam pelbagai jenis pembungkusan dan reka bentuk. Untuk tujuan omiyage, anda boleh memilih jenama premium aburatorigami seperti Yojiya dan Tatcha.
Harga: dari 300 yen
Selama berabad-abad, orang Jepun telah menggunakan minyak tsubaki (minyak kamelia Jepang) sebagai pelembut rambut semula jadi dan pelembab. Walaupun ia umumnya dipasarkan sebagai produk rawatan rambut dan kulit kepala, minyak tsubaki juga hebat untuk kulit dan membantu dengan stretch mark.
Hanya satu drop atau dua pada rambut dan badan anda selepas mandi adalah masa yang paling sesuai untuk menggunakan minyak.
Harga: 1500 yen
Ingin tubuh anda menjadi licin seperti kulit bayi? Hanya urutkan seluruh badan anda selepas mandi atau mandi, dan basuh dengan teliti selepas beberapa minit. Produk ini tidak mempunyai pewarna tiruan, minyak mineral dan wangian!
Harga: 2160 yen
Sekiranya anda mengalami onsen, anda akan tahu betapa baiknya anda hampir tidak mahu keluar ke mana-mana. Garam mandian Tabi no Yado membolehkan anda mengalami onsen di mana sahaja dan bila-bila masa anda mahu! Datang dengan dua jenis: jelas dan susu, setiap kotak mengandungi 15 sachet dengan empat bahan berbeza. Ilustrasi cantik mengenai onsen tradisional juga menjadikan ia sebagai idea hadiah yang menarik.
Harga: 500 yen
9 idea yang boleh anda cari di Drug Store di Jepun, tetapi bagaimana hendak mencari kedai Drug Store di Jepun? Jangan risau, ini adalah tempat yang patut anda cari:
Menjadi rangkaian kedai ubat terbesar di Jepun, tidak mungkin tidak bertemu Matsumoto Kiyoshi di mana sahaja anda pergi, sama ada pusat bandar atau desa. Dari pilihan yang lebih murah kepada jenama mewah seperti Shiseido, kedai itu penuh dengan permata yang sedikit, dengan harga tanpa cukai. Mereka sering memaparkan barang-barang yang dijual di hadapan kedai, jadi jangan lupa untuk terus singgah di kedai ini.
Satu lagi francais kedai ubat besar, Daikoku Drug adalah lebih umum dan terkenal di barat Jepun, yang lebih cenderung untuk mencari di bandar-bandar seperti Osaka dan Kyoto daripada Tokyo. Daikoku Drug menawarkan harga murah dan diskaun yang hebat kepada kosmetik dan ubat-ubatan yang terpilih.
Sila ambil perhatian bahawa mereka tidak memasukkan nama Inggeris pada papan tanda. Ini adalah supaya anda perlu menghafal atau mempunyai nama Jepun yang tersusun di suatu tempat jika tidak dapat membaca aksara!
Tidak boleh dramatik, tetapi anda mungkin tidak mahu meninggalkan Ainz & Tulpe sebaik sahaja anda berada di sana. Membeli-belah untuk kosmetik di kedai ubat tradisional mungkin tidak menggembirakan, jadi Ainz & Tulpe ada apa yang hijabi perlu. Mereka mempunyai lebih banyak produk dan jenama, jadi anda mungkin boleh menghabiskan sepanjang hari di sana, terutama megastore Harajuku dua tingkat! Ingatlah jangan menghabiskan semua wang di sana.
Di antara Drug Store terkenal adalah PLAZA, CREATE and Drug Papas! Sekiranya anda gagal melihat mana-mana kedai ubat ini, jangan risau kerana anda sentiasa boleh pergi ke kemudahan atau gedung membeli-belah.
Hijabi sudah bersedia untuk rayacation? Jangan lupa sediakan yen yang cukup untuk haul anda! Siapa tahu, produk ini mungkin lebih baik daripada jenama mewah dari pasar raya terkenal.