Sekarang ini drama bersiri Kampung People memang sedang hangat diperkatakan masyarakat. Ramai penonton yang terhibur melihat aksi lucu keluarga Razif yang terpaksa hidup di kawasan kampung yang dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.
Bukan itu sahaja, gaya tudung Elly Mazlein yang melakonkan watak Mona/Aminah turut menjadi perhatian ramai kerana hijabi mula meniru penggayaan selendangnya hingga menjadi tular.
Jom kita lihat gambar-gambar peminat yang meniru gaya tudung Aminah yang telah dikongsi sendiri oleh Elly Mazlein di laman instagramnya.
Tular di laman sosial, susur masa Twitter dan TikTok dibanjiri dengan sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Awesome ya!
“Siapa pernah buat konsert sampai lima jam? Bulan Bintang punya konsert boleh buat kebas bontot. Another level!”
“Sound, lighting, semua ons. Rasa berbaloi datang Konsert Malam Bulan Bintang!”
Demikian kata-kata netizen di laman Twitter mengenai Konsert Malam Bulan Bintang yang berlangsung pada Sabtu lalu. Perkongsian pengguna bernama @twtbiy itu mendapat hampir 2,500 ulang kicau dan 1 juta tontonan di laman Twitter.
Selain persembahan memukau barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik, pentas 360 darjah turut mendapat perhatian ramai.
Penonton yang hadir juga memuji elemen kerohanian seperti alunan selawat serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pengacara Amin Idris dalam konsert terbabit. Sambil berhibur tambah ilmu!
Menurut Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, dia berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.
“Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah. 🤣
“Betul kot. Ni memang cerita buat konsert untuk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yang datang happy!
“Puas hati dapat buat stage and sound ikut spec sendiri!! 360 degrees stage,” tulisnya di laman Twitter.
Tambah Azzim, dia mewakili generasi muda dan komited untuk melakukan yang terbaik dari segenap aspek.
Semestinya idea dan pembaharuan perlu untuk menarik minat anak muda mengikuti konsert seperti ini.
“Aku paling risau bila ramai yang jumpa aku semalam cakap
@malambulanbintang ni best sangat, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun hadapan. Hahaha. Risau diorg ni lupa je @bulanbintanghq ni company jual baju Melayu. Hahaha.
“Malam Bulan Bintang ialah event kedua (selepas @bbtakesthesky) yang memberi signal Bulan Bintang merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang fresh, yang tak pernah orang buat, yang tahu keinginan anak muda yang lain.
“Jika dipandang secara menyeluruh, 2 event ni merupakan satu simbol yg membawa maksud kami komited untuk put everything that we have just to be the best dalam setiap benda yang kami buat, bukan terhad kepada hanya event tetapi juga kualiti barangan, sales service dan user experience,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Azzim tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.
“Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal,” katanya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang tidak tahu kemanisan rumah tangga Neelofa dan juga PU Riz apabila kedua pasangan ini kelihatan sangat mesra dan manis bila bersama. Tambahan lagi, Neelofa juga menitipkan rasa syukur apabila kehadiran suaminya itu seperti satu manfaat buat dirinya.
Selebriti dan usahawan terkenal itu juga baru-baru ini mendedahkan rasa syukurnya apabila di kurniakan oleh Allah SWT dengan seorang suami yang baik. Ramai juga yang menjadikan mereka sebagai contoh dalam mendirikan hubungan bersama.
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa turut berkata dirinya belum cukup sempurna untuk melengkapi panduan kehidupan yang sebetulnya. Malah, dengan adanya suaminya, Haris Ismail, mereka berdua memainkan peranan bersama untuk melengkapi kekurangan yang ada.
Pelakon dan usahawan terkenal itu juga berkata suaminya sering menegur dan memberikan nasihat jika ada kesilapan yang di buatnya. Neelofa juga akui bahawa teguran dari PU Riz membuatkannya lebih akur dan menjadikan dirinya sebagai isteri dan Muslimah sejati.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula,
“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.” kata pelakon itu.
Neelofa yang juga terkenal dengan perusahaan bisnes tudung dan juga baru-baru ini keluaran produk inai itu menitipkan lagi cara lembut teguran PU Riz kepadanya. Itulah yang di katakan sebagai nasihat dan teguran yang sebetulnya.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia,
“Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kena tunjuk adab dan akhlak yang baik,
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” ujarnya lagi.
Neelofa dan juga Suaminya telah mendirikan rumah tangga yang kini menjangkau usia setahun itu di kurniakan lagi dengan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal. Menurut neelofa juga, selepas bersalin dia juga melalui fasa baharu sebagai seorang ibu dan kehidupannya juga turut berubah.
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.” sambungnya lagi.
Tidak di nafikan, Neelofa memberitahu bahawa PU Riz juga tidak menyekatnya untuk membuat apa-apa yang di inginkan. Jadi apa yang boleh kita titipkan dalam kehidupan adalah untuk sentiasa memahami antara satu sama lain, juga kunci utama adalah toleransi.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meninggalkan momen terindah dalam Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024 baru-baru ini.
Konsert anjuran SAH Entertainment yang berlangsung selama dua hari di Dewan The Star Theatre Singapore itu berjaya memgumpulkan kira-kira 10,000 penonton.
Selain kehebatan vokal dan persembahan yang ditonjolkan, ramai yang memuji penampilan penyanyi kelahiran Pahang ini yang disifatkan sangat anggun dan gorgeus!
Ramai yang terpegun dan memuji keindahan busana konsert yang disarungkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam itu.
Kian terserlah kecantikan yang dimiliki figura berusia 45 tahun ini lebih-lebih lagi ketika menyarungkan busana tradisional.
Salah seorang pereka fesyen yang terlibat ialah Ezuwan Ismail.
Buat pertama kali, beliau dipertaggungjawabkan untuk menyiapkan dua busana tradisional buat penyanyi lagu Cindai itu.
“Ada dua persalinan yang mendapat sentuhan saya. Satu busana moden yang dianggap sudah jadi macam ‘makanan’ kita. Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!
“Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen glamor di samping masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di tanah suci bagi menunaikan Haji.
“Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video saja, namun syukur kerana dipermudahkan.
“Untuk persalinan itu, saya fokus kepada perincian di mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang serta dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan,” kata pereka fesyen berusia 42 tahun ini.
KAGUM CARA KERJA
Kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas, Ezuwan Ismail turut memuji pengurusan masa figura bersuara merdu itu.
“Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Dia peramah, selalu senyum dan profesional, termasuk pihak pengurusannya juga. Meski pun dia tersohor, namun sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.
“Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad di dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.
“Sewaktu saya sampai di belakang pentas, dia sudah pun siap bersolek dan bertelekung sebab nak menunggu waktu solat. Kemudian barulah dia akan pakai busana sambil dibantu pembantu wanita sebelum membuat persembahan,” katanya.
HASIL REKAAN DIPUJI DATUK K
Ezuwan Ismail juga terharu apabila suami Datuk Seri Siti Nurhalizaa iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K turut menghargai persalinan yang direka buat isteri tercinta.
“Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.
“Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar di negara orang,” akhiri Ezuwan Ismail.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.