Kecantikan

Dr Amalina Pesan Jangan Terlalu Obses Ambil Jalan Mudah Nak Cantik & Kongsi Tip Alami Kekal Sihat

Share

Dr Amalina Bakri bukan sahaja sering berkongsi kisah peribadinya atau pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi juga rajin memberi tip kesihatan. Terbaru bekas pelajar terbaik SPM 2004 ini membuat satu tweet bagaimana cara untuk kekal langsing. Malah dia turut menyelar mereka yang begitu obses mengambil jalan singkat untuk cantik.

Menurut Dr Amalina, tidak perlu minum air alkali, detox atau air apa sahaja yang dicipta tetapi sebaliknya hanya minum air masak sahaja. Malah menurutnya di UK orang di sana hanya minum air paip.

Selain itu, dia juga turut makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk mengekalkan kecergasan badannya juga, Dr Amalina mengamalkan pergi ke gym 3 hingga 4 kali seminggu.

Bukan itu sahaja beliau juga turut membuat aktiviti larian di sekeliling taman atau di tepi sungai. Amalan ini menjadikan dirinya kekal aktif, dan energetik, malah mampu melakukan tugasnya dengan baik.

Namun beliau turut menjelaskan berkenaan air paip yang hanya boleh diminum hanya di UK tetapi tidak di Malaysia. Di sini air berkenaan perlu dimasak terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Dr Amalina juga turut memberitahu mengenai air detox yang dibuat sendiri lebih elok berbanding dijual di pasaran.

Beliau yang dikenali dengan doktor viral ini kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter.

KREDIT FOTO: TWITTER DR AMALINA BAKRI

IKLAN