Mungkin ramai di antara kita yang menghafal doa Qunut namun berapa ramai di antara kita yang mengetahui maksud sebenar doa tersebut? Doa Qunut yang dibaca sewaktu solat Subuh ini sebenarnya mempunyai erti yang sangat besar buat sesiapa yang membacanya.
Jom kita fahami maksudnya dengan lebih mendalami lagi dengan mengikuti perkongsian oleh seorang pengguna twitter iaitu Abd Jalil Abd Razak ini. InsyAllah selepas ini kita akan lebih mengerti setiap kali kita mentuturkan butir-butir doa tersebut.
Jika sebelum ini kita kurang menghafalnya, mungkin di waktu PKP inilah kita boleh berusaha memperbaiki bacaan kita.
Ads
Maksud doa Qunut yang sering kita baca
InsyaAllah, kita boleh memperbaiki diri kita dengan lebih baik selepas ini. Moga Tuhan merahmati segala usaha yang kita lakukan. Amin.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Isteri kepada Asyraf Jiwa dan juga menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza, Tya Ariffin mengimbau kenangan pernah menolak lamaran suaminya, kerana takut dengan tempoh pengenalan singkat dan usia terlalu muda untuk menamatkan zaman bujang.
Malah, Tya berkata ketika Asyraf menyatakan hasrat untuk melamar disaat usianya masih belasan tahun ketika itu. Dia terpaksa menolak kerana memilih pendekatan untuk menjalinkan hubungan cinta dan berkenalan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan melangkah ke fasa berikutnya.
Perkongsian berkenaan dilakukan Tya menerusi hantaran di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini.
“Sekadar perkongsian, nak cerita bagaimana kami berdua boleh berkenalan seterusnya mendirikan rumah tangga. Pertama kali Asyraf ajak kahwin adalah masa lepas pertama kali jumpa dengan dia. Pertama kali jumpa, lepas itu ajak kahwin.
“Masa tu, jawapan Tya pun dibantu oleh mereka terdekat yang lebih berusia. Umur Tya masa itu 19 tahun pun tak sampai lagi la,” katanya.
Malah, Tya berkata selalunya jika diawal pertemuan, orang akan meminta jadi pasangan kekasih terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Sudah tentu kalau orang pacaran ini tanya dulu nak jadi teman lelaki ke teman wanita ke. Tapi Asyraf dah panggil Tya sayang,” ujarnya lagi.
Tambah Tya, jika diimbau semula tempoh pengenalan antara dia dan suami juga bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi mereka berdua.
Ini demikian kerana, hubungan cinta jarak jauh antara mereka tidak senang. Malah kekangan untuk komunikasi juga merupakan antara halangan hebat bagi mereka kerana masing-masing bertutur dalam bahasa asing.
Sekadar recap, Tya adnan dan Asyraf Jiwa diijabqabulkan pada tanggal 1 November 2015. Hasil dari perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata sebagai penyeri hidup iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Sumber: Tik Tok Tya Ariffin
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi popular dari negara seberang Indonesia, Syahrini atau lebih dikenali dengan gelaran Princess Syahrini kelihatan ayu dan manis apabila memuat naik gambar di laman Instagramnya dengan imej bertudung!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kau Yang Memilih Aku ini tidak kekok dengan imej terbarunya malah kelihatan selesa dan sentiasa ‘on point’ dalam gaya fesyennya. Bukan itu sahaja, malas setiap ‘caption’ nya di laman Instagram lebih berunsurkan ketuhanan. Sama ada berhijab ataupun tidak, Princess Syahrini sentiasa ‘menang’ dalam gelanggang fesyennya. Setiap gambar OOTD bersama imej berhijabnya sentiasa menjadi tumpuan pengguna media sosial dengan rekaan helaian yang unik serta penggunaan warna yang sentiasa mneyerlahkan sisi keanggunannya!
Antara OOTD menarik yang menjadi pilihan team Hijabista buat tatapan peminat Princess Syahrini:
Menurut Syahrini dalam satu temubual bersama media Indonesia, proses penghijrahannya ini disebabkan atas faktor kematangan dirinya. Benar, proses penghijrahan khususnya apabila berhijab bukanlah perkara yang boleh dipaksa. Malah ia hadir sendiri asalkan niat kita benar-benar ikhlas mahu melakukan perubahan.
Tambahnya lagi, apabila berhijab, proses untuk bersiap itu lebih ringkas dan lebih kerana tidak perlu untuk mempersiapkan rambut. Jika dahulu, bahagian rambut akan mengambil masa yang lama. Jadi, apabila sudah tampil dengan imej berhijab ini, ia lebih memudahkan segala-galanya!
Dalam Islam, setiap perubahan ke arah kebaikan itu sentiasa dituntut untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dari semalam. Allah S.W.T sentiasa akan memberi pentunjuk kepada mereka yang menginginkan perubahan dalam hidup mereka. Cuma lambat atau cepat itu adalah persoalan yang tidak perlu kita soalkan kerana Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.
Seperti dalam dua surah ini iaitu:
Menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.” (Surah al-Rum, ayat 54)
dan;
Allah SWT berfirman: “Alif Lam Raa. Ini ialah kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhamad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim, ayat 1)
Semoga Princess Syahrini akan sentiasa istiqomah dalam melalui hari-hari berikutnya dengan imej yang terbaru ini dan sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T!
Meluntur buluh biarlah dari rebung dan ada juga yang mengatakan kita adalah cerminan dari ibu bapa kita. Bagi ibu bapa yang menghadapi kesukaran untuk mengajar anak-anak mendirikan solat masih belum terlambat untuk berusaha dan jangan biarkan mereka hanyut tanpa bimbingan.
Jangan sesekali mengasari dengan perbuatan mahupun percakapan. Perhalusi dengan kata-kata iringkan dengan doa yang bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa.
Ustaz Iqbal Zain berkongsi cara bagaimana membuat anak-anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?
Seorang sahabat pernah bercerita:
Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku. Anak perempuanku yang berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat. Pada suatu hari aku berkata kepadanya,
“Bangun solat subuh”, dan aku mengintainya dengan ekor mataku.
Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian melemparkannya ke lantai sudut biliknya. Lama kemudian ia keluar. Aku bertanya kepadanya, “Apakah kamu sudah solat?”
Ia menjawab, “Sudah”
Kemudian aku mencubitnya kerana berbohong. Aku benar-benar marah padanya, aku denda dia dan aku menakut-nakutkannya akan siksa Allah, tapi ternyata semua kata-kataku itu tidak ada yang menakutkannya.
Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah. Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya. Ketika datang waktu solat, semua anak-anaknya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah.
Aku lalu bertanya, “Bagaimana anak-anak kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh?”
Ia menjawab,
“Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam sujudku, saat sebelum salam, ketika solat witir, dan di setiap waktu yang mustajab”
Demi Allah wahai saudaraku. Anakku saat ini telah bekerja sejak aku berdoa dengan doa itu. Anakku itulah yang rajin membangunkan kami dan mengingatkan kami dan adik-adiknya untuk solat.
Alhamdulillah, mereka semua selalu menjaga solatnya. Sampai-sampai neneknya bertandang ke rumah kami, ia tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.
Jadi doa apa yang sebenarnya dibaca? Doa itu adalah dari Surah Ibrahim ayat 40:
“رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ”
“Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim: 40)
Ya saudara-saudaraku semua, berdoalah untuk anak kita semua. Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa ialah senjata seorang mukmin. Kirimkan tulisan ini agar lebih ramai orang yang mengambil iktibar. Semoga Allah merahmati orang yang bersedia untuk dikongsi bersama.
Bacalah selalu doa ini untuk anak-anakmu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta’ala . Aamiin Allaahumma Aamiin.
Sumber: FB Ustaz Iqbal Zain
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.