Penyanyi nada tinggi terkenal dengan jolokkan ‘Katty Perry’ Malaysia, Aina Abdul memukau netizen dengan penampilannya ketika membuat persembahan di Konsert 10Q meleTOP, di MBSA Shah Alam baru-baru ini.
Aina yang gemar memberikan kelainan dalam setiap penampilan tampil berseri, elegan, versatil dan mempunyai ‘kelas’ tersendiri menggayakan gaun mewah hasil air tangan Daniel Zharif.
Letopsss! Cantiknya Gaun Aina
Sewaktu membuat persembahan duet bersama Amir Masdi mendendangkan lagu ‘Senja Nan Merah’ Aina terlihat ‘classy’ dalam gaun jenis Brocade Dress, bertanah hitam dan bercorak dedaun berona merah yang berseri dan menonjol dari kombinasi warna hitam itu.
Meninjau keruangan komen pada hantaran Instagam milik Aina, rata-rata rakan artis dan netizen memuji penampilan Aina itu yang disifatkan terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menyerlahkan sisi lain Aina Abdul.
Artikel berkaitan: Sebagai Wanita Berhijab, ‘Quick Outfit Change’ Cabaran Besar Aina Pada Konsert A Night With Aina Abdul 2.0
Selain itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan kata-kata positif serta pujian terhadap penampilan Aina yang serba sederhana namum masih menonjolkan elemen elegan.
Sebagai rekod, pada 8 November lalu, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop berduet dengan Amir Masdi bertujuan untuk mempromosikan konsert ‘Night With Aina Abdul 2.0’ yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First.
Sumber: Instagram Aina Abdul
Artikel berkaitan: Bakal Tampil Fesyen Ekstravaganza Ketika Konsert, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti. Wow Senarai Pereka Terkenal!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow, 5 Busana Ini Paling Viral Diperkatakan Netizen Hingga Ada Yang ‘Chop’ Untuk Tema Raya Tahun Depan
Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
1. Baju Kurung Lipat Lengan Tunku Aminah
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
2. Gaun Kahwin Anzalna
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
3. Dress Biru Fazura
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
1st look: Cinderella @missfazura in #rizmanruzaini #Abpbh30 #hsc #heroseorangcinderella
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
4. Gaun Kahwin Oleh Nurita Harith
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
5. Busana Kebangsaan Miss Universe 2016
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
KREDIT FOTO: THE ROYAL JOHOR & INSTAGRAM SELEBRITI
Artikel Berkaitan: Baju RM15K DiPeraga Mira Di New York
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru 4 Bulan Kahwin, Syida Melvin Kongsi Tip Tambat Hati Suami Rahsia Kekal Bahagia Till Jannah
Masih terbayang betapa glamour majlis perkahwinan pelakon, Syida Melvin, 22 tahun awal tahun ini. Walaupun masih muda dalam melayari alam perkahwinan, tetapi bagi Syida dia mempunyai cara tersendiri untuk menambat hati suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
Menurut Syida yang juga adik kepada Tilla tip yang dikongsi diperoleh dari perkongsian pengalaman ibunya sendiri serta adik beradik lain yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Tidak ada masalah jika seseorang mahu berkahwin dalam usia muda. Apa yang penting kita dan pasangan sama-sama memahami dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
“Bagi Syida tip pertama paling mudah diamalkan adalah kena jaga perut suami. Sebagai isteri kena rajin masak untuknya kerana dari air tangan kita itulah boleh menambat hati suami.
“Perlu adanya sikap bertolak ansur dengan pasangan. Lagi-lagi yang baru berkahwin macam kami ini. Maklumlah bila sudah berkahwin, kita mempunyai dua buah keuarga.
“Keluarga mentua dan keluarga kita sendiri. Jadi kena bijak ‘balance’ dalam apa yang dilakukan agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak,” ungkap Syida ketika ditemui dalam satu sesi fotografi.
Menurutnya juga dalam menjaga hubungan rumah tangga itu perlu elakkan sikap negatif vibes bagi mengelakkan berlaku sebarang pergaduhan antara suami isteri.
“Jangan sesekali ada negatif vibes dalam hubungan sedia ada. Kalau boleh bajai rumah tangga dibina dengan perkara positif yang menggembirakan. Lagi satu kita sebagai isteri juga jangan sesekali bersangka buruk dengan suami.
“Misalnya kita tanya dalam kedaan marah kenapa dia balik dan mula akan fikir bukan-bukan. Kalau boleh bagi ruang untuk berehat (selepas balik kerja) dan tanam kepercayaan pada suami kita sendiri.
View this post on Instagram
Till we meet again Beautiful Maldives ?
A post shared by Syida Melvin ? (@syidamelvin) on
“Tip terakhir yang Syida boleh kongsi adalah jaga kebajika suami kita. Malah sebagai isteri memang jadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala urusan makan pakai suami itu. Walau sibuk mana sekalipun, kebajikan mereka perlu kita jaga sebaiknya,” ujar Syida sambil tersenyum.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan awal Januari di di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYIDA MELVIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Urutan Kaum Cina Ini Berkesan Untuk Buang Lemak Berlebihan Di Perut.
Anda semua tahu betapa sukarnya untuk membuang lemak berlebihan terutama di bahagian perut. Usia remaja telah berlalu, metabolisme anda juga akan berlalu dengan pantas.
Tetapi walaupun bagi anda yang telah membentuk gaya hidup aktif dan tabiat pemakanan yang sihat, menyingkirkan lemak perut yang degil itu boleh menjadi satu cabaran yang nyata. Tetapi jangan risau, mungkin beberapa teknik ini akan membantu anda mencapai misi membuang lemak di bahagian perut.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Perkara Ini Punca Anne Ngasri Berjaya ‘Buang’ 11 Kilo Lemak Agar Kekal Langsing!
Teknik Urutan Kaum Cina
Urutan ini perlu anda lakukan selama dua minit dua kali sehari. Ia berfungsi sebagai senaman dalaman yang membersihkan dan menyahtoksik kawasan tersebut serta mencairkan lemak.
Anda perlu faham bahawa teknik ini sahaja tidak akan berjaya jika anda penggemar makanan segera dan minum soda setiap hari. Tetapi ia berkesan untuk mereka yang kerap bersenam tetapi masih tidak dapat menghilangkan lemak perut.
Arahan urutan:
Anda disarankan agar melakukan teknik ini dua kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
- Berbaring telentang di atas permukaan yang rata.
- Gosok tangan anda dengan kuat sehingga ia terasa panas.
- Letakkan sebelah tangan anda rata pada pusar anda.
- Mulakan perlahan-lahan menggosok perut dengan tekanan lembut dalam bulatan kecil mengikut arah jam di sekeliling pusar dan secara beransur-ansur besarkan bulatan. Setiap bulatan perlu mengambil masa antara 1 dan 2 saat.
- Fokus pada haba yang mula berkumpul di kawasan perut.
- Teruskan selama dua minit, kira-kira 40-50 bulatan. Adalah penting untuk memastikan perut anda hangat semasa melakukan senaman.
Mencairkan lemak bukanlah satu-satunya kelebihan yang ditawarkan oleh teknik ini. Ia juga meningkatkan penghadaman, mempercepatkan metabolisme, dan meningkatkan peredaran darah di kawasan perut sambil merangsang organ perut. Dan perkara yang terbaik ialah anda tidak perlu bangun dari katil!
ARTIKEL BERKAITAN: Jom Buang Lemak! Tukar ‘Air Manis’ Kepada 4 Jenis Teh Ini Je Sis
Elakkan menggunakan teknik ini:
- Sejurus selepas makan berat;
- Jika mempunyai batu pundi kencing, buah pinggang atau pundi hempedu
- Jika menghadapi hipertensi
- Anda hamil
- Mempunyai hernia;
- Mempunyai ulser usus atau perut
- Mengalami keradangan rahim, pundi kencing, ovari, atau tiub fallopio.
Dhanurasana (posisi yoga)
Postur tunduk sesuai untuk menguatkan teras dan mengetatkan otot perut. Ia menawarkan regangan badan penuh yang meningkatkan tenaga dan menggalakkan penghadaman yang mudah.
Cara lakukan:
- Baring telentang di atas tikar dengan kaki dilunjurkan dan tangan ke sisi.
- Bengkokkan lutut anda ke atas sambil mencapai lengan anda ke belakang untuk memegang buku lali atau kaki.
- Pegang kedudukan selama 15-30 saat sambil bernafas secara normal.
- Hembus nafas dan kembali ke posisi baring membenarkan badan anda berehat selama 15 saat.
- Ulang 5 kali dengan masa rehat di antara setiap kedudukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
SUMBER: BRIGHTSIDE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI