Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
Ads
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
Ads
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
Ads
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Saat menjejakkan kaki ke dalam rumah, kita pasti dambakan bau haruman yang segar bagi memberikan ketenangan setelah seharian penat bekerja bukan. Barulah tenang saja rasanya.
Sebenarnya, tak susah dan mahal pun bagi mengekalkan kewangian di dalam rumah. Ada cara yang sangat senang dan mudah! Ikuti saja perkongsian daripada gadis ini di twitter. Harum semerbak jadinya rumah kita.
Penggal pertama musim cuti sekolah dan juga musim haji yang bakal tiba kerana tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladhamenyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan ini untuk menjadi tetamu Allah dan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Ketika dijemput jadi tetamu Allah ke tanah suci, pasti Hijabi mahu diberi peluang memasuki ‘Raudah’ lebih dari satu kali!
Walaupun tidak mengerjakan haji, dan hanya menunaikan ibadah umrah, namun pastinya jemaah atau Hijabi yang berkunjung ke sana tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah dengan sebaiknya serta meluangkan masa mengunjungi beberapa kawasan istimewa dan penuh maghfirah.
Antara kawasan wajib kunjung adalah Raudhah atau lebih dikenali sebagai, ‘Taman-Taman Syurga’, ini kerana ia merupakan salah satu ruangan yang terletak di dalam Masjid Nabawi di antara rumah Rasulullah SAW (kini makam Rasulullah SAW) dengan mimbar yang beliau gunakan untuk berdakwah. Luas kawasan berkenaan adalah lebih kurang 330 meter persegi.
Oleh sebab ini, Raudhah dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang yang berebut-rebut mahu berada di situ dengan tujuan untuk berdoa dan bersolat di taman-taman syurga ini. Namun tidak semua diizinkan Allah berpeluang menjejakkan kaki di taman ini.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula perkongsian penuh manfaat dari pengguna Facebook Suhaili Mohd Zain atau lebih mesra disapa sebagai Sally, mengenai beberapa tip yang boleh diaplikasikan oleh jemaah yang mahu mengerjakan ibadah di Raudhah. Jom baca perkongsiannya.
“Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
“Alhamdulillah.. Kali ini Sally berpeluang memasuki Raudhah sebanyak 4x. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari sekurang-kurangnya 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw,” ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Sally berkata dia banyak belajar daripada pengalaman menunaikan Umrah terdahulu iaitu pertama kali dia menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun, apa yang paling penting adalah kesabaran menunggu giliran memasuki Raudhah. Tak perlu tergopoh-gapah.
Menurut Sally, waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat.
“Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan adalah lebih baik mengenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
“Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan mudah dikenalpasti bahawa kita dari Malaysia.
“Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
“Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Mungkin kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, lebih baik pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan,” jelasnya.
Tambahnya, untuk mendapatkan tempat memasuki Raudhah harus bijak menyelit bersama kumpulan lain. Bila tiba giliran kumpulan yang kita menyelit tadi memasuki Raudhah, berjalanlah menuju ke Raudhah dan pastikan himpit rapat ke kiri bersebelahan makam Rasulullah saw. Jangan terus meluru ke karpet Hijau.
“Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampaikan salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
“Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding.
“Lakukan Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat-solat sunat seterusnya. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir.
“Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar,” tegasnya.
Antara waktu solat yang sesuai untuk memasuki Raudhah adalah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah.
Kemudian, kawasan tengah Raudhah boleh dihampiri sekitar pukul 12.30 malam kerana pada waktu ini ia menjadi agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi.
Semoga perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan oleh Hijabi dan anda juga berpeluang mengujungi Raudhah dan rebutlah peluang untuk beribadat di sana.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Pernah popular menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa dahulu, nama pelakon Elfaeza Ul Haq sejak beberapa ketika ini jarang sekali diperkatakan. Namun, baru-baru ini ketika temu bual bersama Ustazah Asma Harun di laman sosialnya menarik perhatian ramai.
Imej beliau sudah mula berubah dan mengenakan tudung sepenuhnya, selain dirinya rakan selebriti, Diana Amir turut ada bersama.
Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat, Elfaeza memberitahu beliau mula berhijab sejak 2015. Dia tidak berniat untuk memperlahankan kerjaya seninya namun pada ketika itu, dengan izinNya semuanya terjadi secara perlahan-lahan.
Tidak mempunyai alasan khusus kenapa dia memilih untuk berhijab. Cuma sudah lama mahu tampil berhijab dari tahun 2010, iaitu sejak lima tahun berhijrah. Wanita tinggi lampai ini merasakan pada masa itu tidak patut rasa menangguhkan niat ini.
Banyak perubahan yang perlu Elfaeza lakukan dan akui perlu membiasakan diri dengan imej yang baru. Bererti banyak juga perkara yang perlu dipelajari.
“Doakan saya baik-baik sahaja ya, bila nak berubah tu mesti ada beberapa ujian dan halangan untuk menguji pendirian serta iman kita, apa yang penting jangan pernah putus asa dan berpegang pada prinsip yang ada,” akuinya.
Pemilik nama penuh Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan.
Gadis tinggi lampai ini mula dikenali di Malaysia pada dia menginjak usia 27 tahun, meski pun tidak berapa dikenali dalam berapa siri drama tempatan, namun kemunculannya dalam drama bersiri Adam dan Hawa cukup memberi kesan pada penonton ketika tayangannya di sekitar 2012.
Minat pada bidang lakonan bukan bererti dia menggemari kehidupan seorang selebriti. Septikal masyarakat yang menganggap dunia hiburan penuh kemewahan dan keindahan, tidak pula bagi dua selebriti ini. Elfaeza dia hanya minat seni lakonan, yang selebihnya tidak.
“Dunia yang penuh serabut, pergi event tak best, kena interview TV dan photoshoot tak best dan gosip pun tak best, ujar selebriti kelahiran Singapura ini. Alhamdulillah selama dalam bidang ini tiada gosip-gosip yang dikaitkan dengan saya,” kongsinya lagi.
Keseronokan yang dirasai hanya satu bebanan apabila, Elfaezah perlu hadiri aktiviti di luar bidang lakonan, walaupun dia akui ini adalah punca pencarian nafkah dan rezeki dengan berkongsi bakat lakonannya. Ulas ustazah Asmah Harun lagi, apabila apa yang kita buat bertentangan dengan syariat, rasa keseronokan itu ditarik olehNya, menjadikan rasa itu hanya pada luaran sahaja.
Walaupun berhijab, dia disokong oleh semua warga produksi. Elfaezah panjat kesyukuran hijrahnya disambut baik. Walaupun di kelilingi warga kerja transgender tapi menurutnya mereka inilah yang menjaga aurat dirinya ketika menjalani pengambaran. Pernah membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008, mereka menghormati permintaan untuk melakukan ibadah solat , Allah memudahkan lagi keaadaan.
“Dua insan ini yang menjaga aurat dan pemakaian saya ketika dalam set pengambaran, bimbang aurat terdedah, Elfae diingatkan supaya memakai inner, namun sekiranya tiada mereka sendiri akan menyediakannya,” ujar Elfaeza lagi.
Bukan sekadar pemakaian malah waktu solat dan tertib pemakaian juga diperhatikan, agar tiada aib yang tersingkap, wanita anggun ini bersyukur mereka ini lelaki yang berjiwa wanita lebih memahami dan prihatin perihal hijrahnya.
Perkongsian selebriti ini bersama ustazah Asma Harun dilakukan ketika menjalani ibadah umrah di Kota Madinah. Semoga penghijrahan Elfaeza Ul Haq akan menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.