Digelar Spider-Woman, Hijabi Ini Catat Rekod Dunia Mendaki Dalam 6 Saat Sahaja!

Share

Beberapa hari yang lalu, video mengenai seorang pendaki wanita berhijab dari Indonesia iaitu Aries Susanti Rahayu yang telah mencatat rekod dunia di IFSC Climbing World Cup telah tular di media sosial.

Menariknya, dia berjaya melakar rekod baru apabila menewaskan pemegang rekod terdahulu dari China iaitu Yi Ling Song dengan catatan masa 6.995 saat. Terdahulu, Yi Ling berjaya mencatat rekod 7.101 saat di kejohanan yang lepas.

Diberi jolokan Spider-Woman, Rahayu dikatakan seperti bukan seorang manusia kerana kelincahannya memanjat itu melebihi keupayaan seorang manusia biasa.

Melihatnya melakukan aksi tersebut seperti terlalu senang namun sebenarnya sukar. Persiapan untuk menjadi sebagus dirinya itu haruslah sempurna.

Matlamatnya bukan hanya untuk menewaskan pesaingnya semata-mata namun bagi mencabar keupayaan sebagai seorang manusia. Rahayu telah mencipta rekod yang sangat luar biasa dalam sukan ini. Namun, ia bukanlah satu pengakhiran tetapi membuatkan pesaingnya harus berasa lebih bersemangat untuk meleburkan rekod tersebut.

IKLAN