Dengan Sekali Lafaz, Cikgu Nabila Farhana Kini Sah Isteri Atlet Paralimpik, Latif Romly

Share

Nurul Nabila Farhana, adalah gadis yang berjaya mencuri dan memiliki hati Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dan kini menjadi isterinya yang sah dengan sekali lafaz, menerusi majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM 1,312 yang bertepatan dengan tarikh hari ini iaitu 13 Disember 2022.

Hijabista difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua mempelai serta beberapa kenalan rapat mereka.

Nabila Adalah ‘Orang Kuat’ Yang Menyokong Karier Latif Sebagai Atlet

Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memaklumkan perkara itu dengan berkongsi detik-detik terindah menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) miliknya sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat serta pengikut Latif, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan.

Artikel berkaitan: Isteri ‘Ride’ Motosikal Atas Highway, Suami OKU ‘Follow’ Dari Belakang, Sweetnya Pasangan Ni

“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa.”

“Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah.”

Untuk rekod, Nabila merupakan seorang guru dan merupakan antara orang kuat yang menyokong jatuh bangun karier atlet paralimpik yang berasal dari Perlis itu.

Difahamkan, Latif mengenali Nabila sejak zaman persekolahan lagi, ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.

Terdahulu, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021

Sumber: Instagram Latif Romly

Artikel berkaitan: Juara Paralimpik Beatrice Vio Menjadi Wajah Baharu L’Oréal, Tampilkan Kecantikan Dan Keunikann Dirinya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN