Ibu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Insan yang melindungi kita sejak kecil dan sentiasa ada di saat kita memerlukan. Oleh itu, apabila dah dewasa, apa jua kemahuan Ibu pasti akan kita turutkan sedaya upaya. Beginilah kisah kasih sayang seorang anak terhadap Ibunya. 

Peristiwa yang sangat menyentuh hati ini dikongsikan melalui hantaran video di laman Facebook. Di dalam video tersebut, dua lelaki daripada Kerala, India sedang memikul ibu mereka yang sudah tua(berusia 87 tahun) di atas bahu dan mendaki bukit yang curam untuk memenuhi impian Ibunya yang untuk melihat Neelakurinji; iaitu bunga yang jarang ditemui di Ghats Barat yang mekar hanya sekali setiap 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Mengembara hampir 100 KM

Neelakurinji Bloom

Wanita berkenaan, Elikutty Paul, yang menghidap penyakit berkaitan usia memberitahu salah seorang anaknya bahawa dia mahu melihat fenomena bunga yang sedang mekar itu. Iya lah…bunga ‘rare’ tersebut hanya mekar sekali 12 tahun, kalau terlepas memang lama sangat nak tunggu.

Tanpa berfikir panjang, anak lelakinya Rojan dan Sathyan membawanya menaiki jip dan mengembara hampir 100 kilometer (km) untuk sampai ke bukit Kallipara berhampiran Munnar.

IKLAN

Bagaimanapun, setiba di sana barulah mereka sekeluarga menyedari bahawa tiada jalan bermotor ke puncak bukit bagi menyaksikan bunga tersebut. Apa yang membuatkan penulis kagum adalah dua-beradik tersebut tidak berputus asa untuk memenuhi permintaannya. Mereka sanggup memikul ibu mereka dan berjalan sejauh 1.5km ke puncak bukit.

Masyaallah, memang anak yang baik. Kebiasaannya, anda pasti sering membaca pelbagai kisah di media berkaitan pengorbanan ibu bapa yang sanggup bergadai nyawa demi membesarkan anak-anak kan? Namun kali ini anda dapat menyaksikan bukti kasih seorang anak terhadap orang tua. Walaupun bagi sesetengah orang ia hanya ‘perkara kecil’, tapi belajarlah untuk berbakti dan kasih sayang terhadap orang tua. Pengorbanan dua beradik yang sanggup memenuhi hasrat ibunya ini memang wajar dipuji. Bak kata pepatah, “kasih ibu membawa ke syurga”.

IKLAN

Bunga ‘rare’ Neelakurinji

Neelakurinji Flowers that Bloom Once in 12 Years Have Tourists Flocking to Chikkamagaluru

Untuk pengetahuan anda, Neelakurinji (Strobilanthes kunthiana) merupakan bunga yang jarang ditemui di seluruh Ghats Barat dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun di satu kawasan tertentu. Ia boleh dikatakan sebagai kurniaan terindah alam semula jadi buat India.

Menurut Phinemo, nama Neelakurinji bermaksud “bunga biru” dalam bahasa tempatan (Krishi Jagran). Bunga ini biasanya mekar dari Ogos hingga Oktober. Selain cantik, bunga ini dipercayai merupakan lambang cinta.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Ha…kalau anda berminat nak melihat bunga Neelakurinji ini dan tidak mahu menunggu sehingga tahun 2030 untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku ini, jangan risau. Sejak tahun 2018, Neelakurinji telah berkembang pesat di kawasan lain iaitu Kodaikanal di Tamil Nadu, Kodagu di Karnataka dan Pooppara di Kerala. Tahun ini, Neelakurinji mekar di 3 kawasan iaitu Chikmagalur, Karnataka dan Kallipara di Kerala.

Sumber: Phinemo dan India Times

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI