Datuk Rizalman Teruja Raja Permaisuri Agong Cemar Duli Masak 5 Jenis Makanan Di Rumahnya Dalam Masa 1 Jam Setengah Je

Share

Pereke fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim bukan sahaja terkenal dengan kepakarannya mereka busana yang cukup indah, tetapi juga sebenarnya beliau juga bijak memasak di dapur.

Baru-baru ini pereka fesyan tersohor Datuk Rizalman muat turun rasa rasa terujanya dan dalam masa sama terharu apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah mencemar duli memasak di kediamannya.

Beliau berkongsi pengalamannya itu di laman sosial Instagram miliknya yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa setengah jam sahaja.

Pereka fesyen ini juga terharu apabila Raja Permaisuri Agong berkenan  mencemar duli memasak di kediamannya.

Malah Datuk Rizalman turut menggambarkan personaliti Baginda dengan menyiarkan video yang diambil bersama Raja Permaisuri Agong yang sedang memasak.

Reaksi netizen yang turut berkongsi kegembiraan melihat Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok menyediakan hidangan berkenaan dan Datuk Rizalman cukup bertuah berpeluang bersama Baginda.

makeupbyzarifahmr Kalau saya ni dah tak keruan tuanku mai dapoq. halia dengan lengkuas pun dah takleh nak beza

surianie40330 Bertuahnya dato..semua syg kat dato..Alhamdulillah

suzaityibrahim Tuanku lambang wanita melayu terakhir. Ampun Tuanku. sgt meminati.

noralizaali Bertuahnya Dato dpt Permaisuri bertandang d rumah. Siap masak sama2 sekali….sesuai dgn rumah dan dapur mcm mahligai untuk sambut Permaisuri yg kita sayangi. She is so beautiful. MasyaAllah

memewani Sukaaaaaa sangat bila tuanku masak. Semua yang tuanku masak nampak oh so sedapppp

naelofarhijab_bbbangi How grateful we are to have such a humble Queen like tuanku.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN IBRAHIM

IKLAN