Lemak pada leher dan dagu memang memalukan! Pasti anda rasa tak yakin bila ambil gambar je nampak double chin. Biasalah orang perempuan, nak nampak kurus je bila dalam gambar walau hakikatnya takdelah kurus mana.
Sebenarnya, anda boleh hilangkan lemak-lemak tersebut tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan plastik atau aktiviti sedut lemak. Dengan penggunaan bahan alami je, anda mampu mendapatkan dagu serta leher idaman anda.
1. Mengurut Dagu & Leher
Sebagai permulaan, lakukan urutan pada bahagian bawah dagu dan leher anda. Anda hanya perlu mengurut mengikut arah jam dan kemudian urut mengikut arah berlawanan pula. Setelah selesai mengurut, sambungkan dengan membuka mulut lebar-lebar dan tutup selama beberapa kali. Lemak yang ada pada leher dan dagu pasti berkurang.
2. Minum Air Putih
Minum air putih memang nampak mudah tetapi itulah yang terbaik untuk menyingkirkan lemak pada tubuh. Inilah cara menghilangkan lemak pada leher dan bawah dagu yang paling sederhana dan mudah.
Ads
3. Mengunyah Gula Getah
Tanpa anda sedari, mengunyah gula getah mampu membuatkan otot wajah serta leher anda menjadi tegang. Bahkan, leher yang dipenuhi dengan lemak pulak akan semakin berkurang. Sebaiknya, kunyah gula getah yang bebas gula untuk mengelakkan kadar gula dalam tubuh meningkat.
4. Banyakkan Ketawa & Bercakap
Cara menghilangkan lemak paling mudah adalah dengan banyak ketawa dan bercakap. Aktiviti ini dikatakan mampu menegangkan otot leher dan wajah secara automatik. Ketika kulit menegang, secara automatik anda berjaya mengusir lemak yang ada pada leher.
5. Menggunakan Putih Telur
Ads
Masker putih telur merupakan satu idea yang bagus dan tepat untuk mengusir lemak pada leher dan dagu. Lakukan masker sendiri di rumah dengan mencampurkan satu sudu makan minyak peppermint, jus lemon dan putih telur. Bahan-bahan ini boleh dicampur dan dioles pada leher dan dagu. Masker ini mampu membantu anda menghiangkan lemak pada leher serta dagu jika anda melakukan rawatan dengan lebih kerap.
Coklat terutamanya dark chocolate boleh dijadikan masker wajah dan leher. Ia juga boleh digunakan untuk mengurut bahagian leher dan dagu anda. Coklat sangat berkesan dan mampu meningkatkan proses peredaran darah sehingga lemak pun boleh hilang dengan lebih cepat. Kulit leher juga akan tidak akan mudah kendur.
7. Minum Teh Hijau
Bila anda minum teh hijau secara teratur, metabolisme pada tubuh akan meningkat. Secara tidak langsung, pembakaran lemak dalam tubuh akan berlaku dengan lebih sempurna, tidak terkecuali pada bahagian leher. Teh hijau mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk membuang racun pada tubuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Semalam tular di Tiktok pemilik akaun @seorangnur menunjukkan Neelofa menemani suaminya, Pu Riz bermain futsal dengan hanya pakai tudung sarung dan baju sukan sahaja. Neelofa dipuji nampak comel seperti orang biasa bukan selebriti itu telah menjadi perbualan orang ramai.
Selebriti Noor Neelofa sentiasa menjadi tumpuan peminat dan warganet dengan tentang kehidupan sehariannya. Tidak kira apa pun yang dilakukannya pasti ada sahaja yang tular di laman media sosial. Seperti orang biasa, video yang berdurasi lebih kurang 20 saat itu menunjukkan Neelofa menemani suaminya bermain futsal dengan pakaian sukan dan tudung sarung itu. Kali pertama melihat pemakaian Neelofa yang sangat ‘simple’ kerana selalunya pakaian yang dipakai olehnya pasti cantik bak bidadari.
Kata warganet Neelofa sangat santai macam orang biasa sampai orang di situ pun tidak perasan itu adalah Neelofa yang merupakan seorang selebriti. Kata warganet, tindakan Neelofa menemani suaminya itu nampak ‘sweet’ sangat sebagai penyokong nombor satu Pu Riz. Neelofa mengenakan t-shirt merah berlengan panjang, seluar sukan dan tudung sarung berwarna hitam.
Walaupun penampilan itu nampak ‘simple’ tetapi ramai juga warganet yang memuji Neelofa. Walaupun pakai pakaian biasa pun tetap nampak comel, manis dan sopan. Ramai juga berpendapat Neelofa nampak seperti cikgu Pendidikan Jasmani atau cikgu ganti bahasa arab. Neelofa juga sempat bergurau dengan berkata kepada tukang rakam bahawa dia ‘dibayar’ untuk hadir di gelanggang.
Kata warganet Neelofa sangat santai macam orang biasa sampai orang disitu pun tidak perasan itu adalah Neelofa yang merupakan seorang selebriti. Kata warganet, tindakan Neelofa menemani suaminya itu nampak ‘sweet’ sangat sebagai penyokong nombor satu Pu Riz.
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Sebagai wanita berhijab yang sentiasa on the go, pastinya penampilan harus dititik beratkan. Bukan sahaja tampil cantik dari segi penggayaan busana, tetapi haruslah tampil cantik secara keseluruhan. Sayangnya kalau stail dah on point tetapi, rambut berbau dek penjagaan rambut yang tidak rapi.
Masalah bau kepam di sebalik hijab terjadi apabila wanita tidak mengeringkan rambut dengan baik. Apabila memakai hijab dengan rambut yang masih lembap, maka timbul bau tidak menyenangkan. Mungkin diri sendiri tidak perasan, tetapi orang sekeliling akan berasa tidak selesa. Bayangkan gaya dah menang, tapi berbau. It is a big no no!
Mengakui masalah rambut berbau bukan asing bagi wanita, dua figura popular dunia seni dan fesyen tanah air, Sherry Ibrahim dan Didiyana Ehsan berkongsi cerita ‘rambut’ mereka. Tampil berkongsi kisah berdama Hijabista, mereka memiliki pengalaman tersendiri tentang rambut yang berbau.
“Kalau untuk saya sendiri, cuci rambut setiap hari kerana apabila kita berhijab pastinya kulit kepala akan berpeluh. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu mencuci rambut setiap hari, cucilah rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kemudian bila sudah cuci, pastikan keringkan rambut betul-betul.
“Jangan sesekali pakai tudung ketika rambut masih lagi basah, pilih syampu dan perapi yang bersesuai dengan keadaan rambut dan jangan lupa menggunakan serum rambut. Boleh pergi ke salun dan minta nasihat tentang perkara ini. Kalau nak tahu, bila dah berhijab, rutin penjagaan rambut akan menjadi lebih ekstra sebab rambut akan lebih terperap lama dan berpeluh,” ujar penata gaya hijab yang selesa dipanggil Didi ini.
Bagi Sherry Ibrahim pula, dia berpendapat yang penjagaan rambut adalah perkara penting yang perlu diutamakan wanita berhijab. Baginya, “Wanita perlu faham jenis rambut dan kulit kepala. Kita kena tahu jenis rambut barulah kita akan boleh beli produk yang bersesuaian untuk digunakan setiap hari. Produk rambut dan kulit kepala berbeza.
“Bagi mereka yang berhijab, saya saran agar melakukan rawatan sebulan sekali untuk rambut dan kulit kepala. Sebenarnya bila berhijab ni, banyak benda yang perlu kita jaga. Penjagaannya menjadi lebih banyak. Selain syampu, perapi gunakan juga tonik rambut. Lastly, jangan lupa keringkan rambut dengan baik sebelum pakai hijab. Rambut yang basah menimbulkan bau kepam yang kurang menyenangkan.”
Jika dilihat daripada perkongsian dua figura popular ini, pengeringan yang tepat sangat penting dalam langkah penjagaan rambut. Jika behijab lebih perlu extra care apabila melakukan pengeringan. Mengambil langkah terbaik, mereka turut berkongsi mengenai pengering rambut Dyson Supersonic yang efektif untuk membantu hijabi di luar sana siap quickly.
“Saya suka Dyson Supersonic sebab pengawalan haba yang sangat bagus. Kalau sesiapa yang pernah produk ini dan produk pengering rambut lain, ada perbezaannya. Dyson Supersonic habanya boleh dikawal dengan baik dan sewaktu saya cuba ia tidak menyakitkan kulit kepala.
Bagi saya orang yang bertudung, semestinya produk ini harus dibeli sebab ia adalah satu pelaburan yang bagus, bahkan ia turut didatangkan dengan peralatan lain yang sangat best. Bukan sahaja untuk orang bertudung, orang tak pakai tudung pun boleh guna,” kongsinya tentang Dyson Supersonic.
Bagi Sherry pula, pengalamnnya menggunakan Dyson Supersonic sangat menyenangkan tambahan pula untuk wanita yang mahu siap quickly. Ujarnya, “Pengering rambut sangat penting sebab kita perlu mengeringkan rambut dengan baik sebelum mengenakan hijab. Kita bukannya hairstylist, jadi Dyson supersonic sangat best sebab ia cukup mudah digunakan, ringan dan senang dibawa untuk mengenbara.
“Dyson Supersonic ni tidak mengeluarkan haba yang terlalu panas, jadi sesuai untuk kesihatan rambut. Kadang-kadang kalau menggunakan pengering biasa haba yang terlalu panas merosakkan rambut dan kulit kepala. Perkara ini harus dititik beratkan. Pembelian produk Dyson Supersonic ini merupakan pelaburan yang bagus.”
Mendengar perkongsian dua hijabi popular ini, sangat penting untuk menjaga rambut dan kulit kepala biar pun berhijab. Dengan pengering rambut Dyson Supersonic, hijabi di luar sana boleh siap quickly tanpa sebarang masalah. Bersiap dengan pantas, rambut terjaga rapi dan tiada bau kepam biarpun seharian kepala terlindung di sebalik hijab.
Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, dihasilkan dengan objektif menjaga kulit kepala, Dyson Supersonic dilengkapi dengan pengalir angin mudah alih yang senang dipasang dan dicabut bagi memberikan pengaliran angin yang lebih lembut dan mengeringkan dengan cepat.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.