Dakwah Di Media Sosial Kongsi Doa Diamalkan Ketika Sujud, Cara Irma Hasmie Sambut Ulang Tahun Kelahiran

Share

Setiap orang mempunyai agenda tersendiri dalam menyambut ulang tahun kelahiran. Begitu juga dengan pengacara dan juga pelakon, Irma Hasmie yang turut menyambutnya hari ini. Dalam posting terbarunya, Irma Hasmie menyebarkan dakwah di media sosial bersama followernya dengan berkongsi doa  yang boleh diamalkan ketika dalam sujud.

Menurutnya bertambah hari kelahiran maka akan bermakna kehidupannya juga semakin kurang. Dia turut bertanya adakah sempat bekalan amalan yang dilakukan dan tanggungjawab yang wajib ke atas dirinya

Irma Hasmie juga berharap agar Allah akan ampunkan segala dosa, moga Allah menjaga diri, terus diberi petunjuk dan semoga perjalanan pengakhiran yang Husnul Khotimah.

My birthday.

Sejujurnya pada hari lahir sy ini bermakna masa kehidupan yg ada pun semakin kurang, cukup ke bekal amal sy sempatkan ke sy nk tunaikan semua tanggungjawab yg wajib ke atas sy.. hidup ni byk lalai sy sering lupa.

Doa moga Allah ampunkan setiap dosa2 ku.
Moga Allah jaga diri ini, terus memberikan petunjuk, ameen ya rob.
Apa pun usaha perjalanan hidup kita ni, tapi dengan penuh hati berharap kita dapat pengakhiran yg Husnul Khotimah

Dan nak mula doa2 ni setiap kali solat, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang ang khusu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” – Al Baqarah 2.45 – 46

Netizen juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada Irma Hasmie dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan beroleh keberkatan dalam kehidupan.

fadzura11 Mohon share ya kak.. Happy Birthday kak irma,semoga peroleh keberkatan dalam kehidupan.. semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH..Aamiin  

anet_netty Selamat hari lahir @irmahasmie smg Allah permudahkan urusan dakwahmu dan bhgia bersama keluarga serta berjaya dunia & akhirat

queenyusofs Sanah Helwah kak @irmahasmie ..Semoga dikurniakan kebahagiaan dunia Dan Akhirat

yleobyalmas Happy birthday kak irma.. moga sentiasa diberkati Allah dan semua yang didoakan akak dimakbulkan Allah SWT 

nur_munirah90 Assalamualaikum kak @irmahasmie semoga mnjadi seorang hamba,anak,isteri n ibu yg solehah, diberi kesihatan yg berpanjangan n sentiasa didlm lindungan Allah,dimurahkan rezeki yg halal, dipermudahkn n dilancarkan n berjaya dlm apa yg dilakukan…in Shaa Allah Aamiin…sanah helwah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM IRMA HASMIE

IKLAN