Dahulunya Pengkid, Kini Menjadi Pramugari Dan Bergelar Isteri Kepada Lelaki Pilihan

Share

Setiap orang pasti ada kisah silamnya yang tersendiri. Tidak kisahlah betapa buruknya atau jahatnya sikap yang dulu, kalau mereka ada tindakan untuk berubah, itu semestinya sudah cukup baik.

Begitulah kisah yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter @atynjunaidi. Dahulunya merupakan seorang pengkid, siapa sangka dirinya kini telah berubah 360 darjah dan menjadi seorang wanita sejati.

Atyn mengakui menyesal menjadi pengkid suatu masa dahulu.

Kini, dia selesa tampil ayu jelita dan bertugas sebagai seorang pramugari di Malindo Air.

Atyn juga telah menamatkan zaman bujangnya pada awal Ogos yang lalu dan bergelar isteri kepada jejaka yang bernama Rudy.  Manisnya Atyn!

Membalas soalan netizen di laman twitter, dia menjelaskan perubahannya di atas kehendak dirinya sendiri dan bukan kerana orang lain.

Yang penting niat untuk berubah itu kena ada.

Mana-mana gadis yang rasa sukar untuk berubah itu bolehlah menjadikan kisah ini sebagai inspirasi. Mula-mula mungkin sukar tetapi jika niat kita baik dan semangat kuat, insyaAllah kita pasti boleh!

IKLAN