Lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela suatu ketika dahulu menjadi siulan ramai anak-anak muda. Dengan imej seksinya dan gaya menggoda, Mulan Jameela terus menjadi perhatian para peminat. Namun itu cerita dahulu. Kini Mulan lebih selesa dengan imej menutup aurat.
Sosok Mulan Jameela bertudung litup dengan pakaian longgar begitu menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Berbanding penampilannya yang sebelum ini ternyata Mulan sudah benar-benar menutup aurahnya dengan sempurna. Mulan kelihatan cukup manis dengan busana dan hijab labuh yang menutupi tubuhnya.
Isteri Ahmad Dhani ini sudah mula berhijrah dengan mengenakan hijab lebih setahun yang lalu. Meskipun memakai busana longgar serta hijab labuh namun gaya Mula nampak stylo apabila busana dan hijabnya diberi suntikan moden. Jom kita lihat gaya Mulan berhijab labuh dan berbusana longgar dan sopan.
Ads
Ads
Dalam masa yang sama juga Mulan dilihat kerap berkongsi dakwah sesuai dengan imejnya sebagai seorang Muslimah.
Sebagai manusia biasa, kadang-kala kita akan berasa malas dalam melakukan setiap perkara, termasuklah ibadah solat. Iman kita ada kalanya bertambah dan ada kalanya berkurang. Namun begitu, harus diingat bahawa Allah SWT sentiasa menyayangi hambanya yang menjaga solat dan ibadah mereka. Sudah pasti, Allah SWT murka kepada mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Usah risau memikirkan perihal ini. Jika kita tahu kita sentiasa berasa malas untuk solat, maka janganlah jauhkan diri dari-Nya. Malah, dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT dengan membaca doa berikut supaya kita sentiasa kekal istiqomah untuk melakukan solat.
Ertinya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim : 40)
Selain daripada itu juga, pelbagai cara dan langkah yang dapat kita lakukan untuk memastikan hati kita kekal istiqomah melakukan amal ibadah dan iman sentiasa terjaga. Antaranya adalah:
1. Ikhlas Kerana Allah
Benar. Bukan mudah untuk kekal istiqomah. Namun, kita boleh menjaga hati kita untuk memastikan kita sentiasa mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Untuk istiqamah, perbetulkan niat terlebih dahulu. Jangan niat kerana dunia, tapi niatlah kerana Allah. Niatlah untuk mengejar keredhaan Allah semata-mata. Hidup ini bukan untuk mencari keredaan manusia, bukan untuk mengharapkan keredaan makhluk, bukan untuk meraih populariti, tetapi untuk mendapatkan padangan dan keredaan daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
إِلَّاابْتِغَاءَوَجْهِرَبِّهِالْأَعْلَىٰ Mafhumnya: “Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.”
(Surah al-Lail, 92:20)
2. Penuhi ilmu di dada
Hari ini, ramai diantara kita yang mempelajari ilmu tanpa bukti yang sahih. Kebenarannya kecundang tetapi masih ramai yang menghargai. Untuk memastikan kita tidak mempelajari ilmu yang salah, tuntutlah ilmu untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan agamanya. Jangan menuntut ilmu dengan membabi buta tanpa sumber yang sahih, tapi tuntutlah dengan cara yang betul seperti berguru dengan yang ahli, bertanya kepada yang arif dan membaca sumber rujukan yang betul.
Jika kita mempunyai ilmu, hidup kita akan lebih diberkati, kerana ilmu itu sebenarnya yang boleh menjaga kita. Tidak rugi mencari ilmu, malah Allah sentiasa membantu untuk memudahkan urusan kita dalam menuntutnya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk menuju ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Istiqamah Mengikut Ajarannya
Sunnah telah mengajar kita cara yang betul dalam melakukan ibadah dan cara untuk beristiqamah.
Ikut sahaja ajarannya, insya-Allah hidup akan diberkati oleh Allah. Sepertimana firman Allah yang berbunyi:
Mafhumnya: “Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
Semoga hati kita sentiasa terpaut pada tali Allah untuk kekal di jalanNya sehingga berjaya menempuh pengakhiran yang baik.
Selamat beramal!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yang tidak bersih dan tidak terurus.
Lebih penting ia perlu sentiasa dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yang menyimpan kuku.
Ini selaras dengan sabda: Nabi saw, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk daripadanya.” (Riwayat Ahmad)
Hikmah memotong kuku melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.
CARA MEMOTONG KUKU
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari.
.
Sementara kuku kaki, bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu, kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng.
Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat.
Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.
WAKTU MEMOTONG KUKU
Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian.
.
Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, memakai haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin.
Sumber kredit: akhbarkini.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha memang dilihat sebagai pasangan yang sangat romantik. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak mereka, Yusuf Iskandar yang dilihat semakin bijak seperti keduanya. Baik Hairul dan Hanis masing-masng menunjukkan sifat ‘loving’ dan boleh kita lihat dalam apa jua status yang ditulis dalam laman sosial masing-masing. Baru-baru ini respon balas Hanis Zalikha terhadap suaminya dilihat cukup ‘sweet’. Ini gara-gara Hairul tertinggal kad akses rumah mereka.
Sebelum itu Hanis memuatkan status di insta storynya di mana suaminya itu tertinggal kad akses rumah mereka. Pada mulanya Hanis mahu membalasnya dengan perkataan sedikit kasar, tetapi kemudiannya memikirkannya suaminya itu tidak pernah berkata demikian.
Daripada perkataan ‘Apaaa’ yang mahu di hangar, Hanis terus menulis perkataan ‘okay sayang’ yang menunjukkan dia tidak marah dengan perbuatan suaminya itu.
Dalam hal ini Hanis cukup bijak dalam mengukuhkan hubungan mereka suami isteri. Bukan itu sahaja sikap loving pasangan ini. Malah sebelum tu juga, Hairul dan Hanis serta anak mereka turut bercuti bersama jika ada masa terluang.
Dalam posting terbaru juga, Hanis nampaknya sanggup hidup bersusah payah dengan suaminya itu kerana tak kisah untuk bergelap bersama disebabkan Hairul yang tidak membayar bil api selama 5 bulan. Walaupun mengajak tinggal di hotel, tetapi Hanis menolak kerana bukan selalu dapat merasai momen begitu.
Pasangan yang berkahwin sejak 2015 ini memang menjadi inspirasi kepada mereka yang baru dan sudan berkahwin. Malah sejak berkahwin, jarang ada kontroversi yang mengganggu kehidupan kecil keluarga ini.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.