Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Dalam kehidupan ini, tak semua insan dilahirkan dari keluarga yang senang. Tapi, manusia diciptakan untuk saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain. Bantuan tersebut terkadang bukanlah dari segi kewangan sahaja, malah bantuan berbentuk barangan atau makanan.
Sikap suka membantu orang lain secara tidak langsung menghidupkan ‘kemanusiaan’ serta mampu menyelamatkan orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Hakikatnya, tidak semua orang mampu untuk merasai nikmat makanan sebagai mana kita menjamu selera pada hari ini. Oleh itu, apa salahnya kalau kita berkongsi rezeki dengan orang lain…
Kisah pakcik ‘Bahulu’
Seperti satu video yang tular di TikTok baru-baru ini. Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki tua yang berdiri di hadapan restoran makanan segera KFC dan menimbulkan rasa sebak netizen.
Seorang pengguna TikTok @alfi_khaibahar94 atau lebih mesra disapa Alfi, telah memuat naik video tersebut dan meraih pujian ramai apabila bertindak untuk membantu lelaki tua tersebut.
Awal kisah, dia terlihat seorang pak cik tua berdiri lama di pintu masuk restoran KFC tersebut dan gerak gerinya seakan teringinmakan KFCtetapimungkinmengalamikekangankewangan.
“Kesian pak cik dari luar saya nampak dia nak makan KFC, Alfi tengok rasa sebak. Baru perasan, siapa yang asal sini pasti kenal sama pak cik ini.
Ads
“Dia orang lama yang cukup dikenali kerana dia membantu kakaknya menjual kuih bahulu dari satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki. Orang biasa panggil dia dengan panggilan pakcik ‘bahulu’.
“Mungkin masa ni dia penat dan berehat depan KFC. Selalu juga dia singgah di kedai untuk berbual dengan saya dan yang pasti, saya tetap jadi pelanggan setia bahulu dia,” tulisnya menerusi video tersebut.
Hasil tinjaun di ruangan komen, ramai penduduk setempat yang mengenali pakcik ‘bahulu’ tersebut serta memuji usahanya dalam mencari rezeki.
Berkongsi rezeki
Sambung Alfi, dia menganggap itu adalah peluangnya untuk berkongsi rezeki dengan lelaki tua tersebut.
Ads
“Alhamdulillah. Mungkin rezeki dia hari ini untuk kami berkongsi rezeki. Jadi, belikan dia KFC untuk makanan tengah harinya. Tak banyak, tapi mampu buat dia tersenyum bahagia,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen menghargai sifat murah hati Alfi serta tidak lupa mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan agar dimurahkan rezeki di masa hadapan. Video tersebut kini telah mendapat lebih 2K kesukaan.
“Tq org baikk .. semoga awak semakin dimurah kan rezeki seperti air sungai yang mengalir 🤲🏻”
Ads
“Terima Kasih kepada hamba Allah yg sgt baik hati seperti kmu 🙏 semoga di murahkan rezeki melimpah ruah.”
“Semoga Rezeki awak mengalir seperti air sungai yg tak pernah kering..dan di limpah kan kesihatan yg baik setiap masa”
MasyaAllah. ‘Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain’…Sesungguhnya sangat beruntung bagi mereka yang berusaha menjadikan rezeki yang diperoleh sebagai jalan membuat kebaikan seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.
Pelakon jelita, Ramona Zamzam mendedahkan bahawa Mira Filzah menjadi selebriti tempatan yang digemarinya kini kerana gemarkan sikapnya yang memberi aura positif kepada orang sekeliling.
Tambahnya lagi, dia kagum dengan pengacara Nona itu yang sentiasa menjaga solatnya biarpun terpaksa membuang dan memakai solekan berulang kali. Perkara ini telah didedahkan oleh Ramona sendiri apabila dia menjawab soalan daripada pengikutnya di laman instagram.
Sewaktu penggambaran drama lakonan kami bersama, saya dapat aura ketenangan dan positif daripadanya. Saya menyukai apabila dia ada di sisi kerana Mira teramat tenang. Sangat lembut dan sopan dimana ia sangat berlawanan dengan sikap saya. Ramona= ribut.
Dia juga antara artis yang tidak meninggalkan solat sewaktu penggambaran drama. Ia membuatkan saya kagum dengan dedikasinya. Sangat remeh sebab kena buang mekap dan pakai berulang kali. Dia sabar je dengan Ramona yang gelak 24 jam di set yang membuatkan saya segan sebab dia terlalu sopan. Tapi aura positifnya yang sangat kuat membuatkan saya faham mengapa dia disayangi ramai.
Alhamdulillah, perkara yang baik begini haruslah kita contohi. Sememangnya tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walau apa jua situasi yang mendatang. InsyaAllah, moga kita semua dapat terus istiqomah ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengalami kemurungan atau depresi bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh seseorang individu. Nampak ceria di luar namun di dalam hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Pernah alami depresi sehingga rasa hendak bunuh diri, Alina Lee,27, seorang wanita mualaf berkongsi kisahnya bagaimana dia pulih daripada penyakit tersebut.
“Saya mula mengalami kemurungan pada tahun lepas selepas bersalin. Rakan-rakan pun tidak sangka kerana luaran saya nampak ceria sahaja apabila bertemu dengan mereka namun sebenarnya jadi tidak tentu arah apabila berseorangan.
“Dalam kepala ini, saya seakan mendengar seperti ada suara yang menyuruh saya membunuh diri.
“Saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan pil paracetamol dalam jumlah yang banyak. Jadi macam addicted. Saya juga pernah cuba untuk menoreh tangan sendiri namun oleh kerana saya penakut, saya tak jadi melakukannya walaupun pisau itu sudah berada di genggaman. Nasib baiklah tiada perkara buruk yang berlaku.
“Penyakit ini mula menjadi lebih teruk apabila saya juga ada rasa ingin membunuh anak kandung sendiri.
“Ramai yang mengatakan ia berlaku sebab iman tak kuatlah, tak solatlah dan sebagainya namun itu bukanlah puncanya kerana kita sudah melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim.
“Alhamdulillah, saya ada keluarga yang sentiasa menyokong saya begitu juga dengan teman-teman. Saya pergi ke klinik dan beritahu masalah yang dihadapi. Dari situ mereka memberikan saya mental test dan kemudian merujuk kes saya pada pakar,” jelasnya yang mempunyai darah kacukan Cina dan India.
Setelah setahun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, Alina bersyukur tahap kesihatan mentalnya semakin pulih dan menunjukkan kesan yang positif.
“Saya bersyukur kerana keadaan kini semakin baik. Memang kemurungan itu kadang kala boleh datang kembali seperti panic attack ataupun menggigil secara tiba-tiba namun saya sudah tahu cara bagaimana untuk mengawalnya.
“Orang selalu ingat mereka yang ada masalah kesihatan mental itu gila tapi sebenarnya tidak. Ada penerangan saintifik yang menerangkan kenapa mental kita bertindak sedemikian hingga menyebabkan berlakunya kemurungan,” tambahnya.
Kini bertanding dalam peringkat separuh akhir Kempen #EcoBeautySquadMY anjuran jenama kecantikan terkenal, The Face Shop, Alina berharap dia akan berjaya dalam pusingan tersebut seterusnya mara ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 12 Disember nanti.
“Pada awalnya, suamilah yang mencadangkan dan bersemangat menyuruh saya menyertainya. Menerusi pertandingan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari melalui cabaran-cabaran yang menguji termasuklah membentuk keyakinan, kemahiran dan keperibadian diri.
“Selain itu, melalui platform ini juga saya harap dapat berkongsi kepada semua dan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dan juga mengenai masalah kemurungan yang makin banyak terjadi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Saya juga mahu menyarankan pada mereka yang mengalami masalah yang sama agar tidak mengambil mudan dan segera mendapatkan rawatan di tempat yang betul kerana mereka yang pakar sememangnya boleh membantu anda,” ujar Alina.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak berhijrah pelakon dan pengacara Diana Amir memang mengubah penampilan dan sikapnya 360 darjah. Dia yang melakukan penghijrahan setelah mengakui hidupya kini semakin mendapat ketenangan. Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya ketika bertemu beliau di majlis pelancaran Pameran Sukan Dan Kecergasan Antarabangsa (MISFIT 2018) baru-baru ini.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya. Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada dua cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
SENTIASA BERZIKIR
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa menngingati Allah. Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana sebelum mengakhiri perbualan.
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...