Dah Lama Teringin, DP Eina Azman Bawa Keluarga & Pembantu Rumah Tunai Umrah Bersama

Share

Pergi ke tanah suci Mekkah merupakan impian setiap insan yang bergelar muslim. Perasaannya apabila dapat menjejakkan kaki ke sana sukar diungkapkan dengan kata kata. Indah sungguh rasanya.

Sudah lama menyimpan hajat ke sana, pelakon terkenal iaitu Datin Paduka Eina Azman bersyukur apabila impiannya itu dimakbulkan Tuhan. Lebih menarik, beliau bukan hanya pergi bersama suami, Dato Paduka Kaiser dan anak kembarnya (Arianna Aubrey, Karl Kareef) tetapi membawa sekali ahli keluarganya yang lain serta pembantu rumahnya bersama.

Rasa seronok berkongsi rezeki, Eina berasa terharu sekali apabila dapat menunaikan umrah bersama mereka yang dikasihi dalam hidupnya.

Ramai pengikut laman sosialnya termasuklah rakan artis yang merasa seronok dengan perkhabaran ini dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Selain itu, tindakan Eina yang membawa pembantu rumahnya, Mega ke tanah suci juga dipuji ramai. Untung sekali apabila mendapat majikan sebaik Eina!

Alhamdulillah. Seronok rasanya apabila melihat saudara muslim kita pergi menunaikan umrah. Moga Eina dan keluarga serta pembantu rumahnya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana. Amin.

IKLAN