Sering kali berharap rezeki datang melimpah ruah dalam hidup namun tanpa sedari kita sebenarnya telah menolaknya lagi jauh dari muncul menjelma dalam kehidupan kita.
Bagaimanakah ia terjadi? Pasti ada salah sana sini yang telah menyebabkan terjadinya hal sedemikian. Ayuh semak dulu amalan kita yang harus diperbaiki agar rezeki tidak terasa sempit lagi.
Lupa tanggungjawab pada ibu bapa
Sebagai anak, kita harus utamakan dan bahagiakan dahulu ibu bapa kita sebelum orang lain. Balaslah jasa mereka semampu yang boleh. Ingatlah, tanpa restu mereka, kita pasti tidak ke mana.
Kedekut
‘Penyakit’ yang wujud dalam diri kita tanpa sedari. Jika terlintas di hati kita untuk bersedekah, maka segeralah lakukannya. Berilah walaupun sedikit kerana pasti Allah akan gandakannya berlipat kali ganda nanti.
IKLAN
Putus silaturrahim dengan adik beradik
Jangan terkejut, ramai di antara kita sebenarnya yang bermusuh dengan adik beradik sendiri hingga bertahun lamanya. Masing-masing tak mahu kalah dan pertahankan ego sendiri. Usahlah begitu. Sis, ini mengundang kemurkaan Allah. Macam mana rezeki nak masuk?
Pengotor
Fuh, ini bahaya juga! Kotor hati, suka melayan perkara tidak elok dan lucah. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal fikiran dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga yang suka mengumpat, mencarut dan menghina. Bagaimana hati nak bersih? Jangan anggap perkara ini kecil ya…
IKLAN
Solat ala kadar
Dalam tak sedar menjalankan tugasan kerja kita seharian, adakala kita terlepas waktu solat ataupun hanya solat bersahaja bagi mencukupkan syarat. Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
IKLAN
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Kawan-kawan yang baik, jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
sumber: diolah dari Firdaus Mokhtar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika hendak mengemas rumah kena tahu caranya jika tidak, rumah tak sekemas mana, masa dibazirkan, badan kita juga yang penat. Maka sebab itulah kita perlu tahu cara-cara mengemas rumah dengan bijak agar masa dan tenaga dapat ‘dijimatkan.’
Berikut perkongsian tentang cara-cara mengemas rumah dengan cara yang praktikal dan mudah. Moga ia dapat membantu kita memudahkan urusan mengemas rumah dengan lebih efisien.
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
MASUK DALAM KOTAK
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam KOTAKtapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ini.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Tak mau kemas benda sama banyak kali.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
DINDING SEMUA KOSONG
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan mengemas rumah. Jimat masa dan tenaga!
Untuk pilihan barang-barang keperluan rumah yang lain, boleh dapatkan DI SINI
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tular baru-baru ini apabila seorang tiktoker membuat satu hantaran menunjukkan satu jenama rempah yang ‘mengandungi’ bahan haram iaitu khinzir. Dia juga menunjukkan senarai bahan-bahan itu sebagai bukti.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ‘pork’ yang tertulis di produk itu tersenarai dalam ‘USE ON: Beef, Chicken, Lamb, Pork, Fish, Seafood, Potatoes’ yang bermakna ‘Digunakan untuk; Daging lembu, ayam, kambing, khinzir, ikan, makanan laut’. Salah faham ini telah membuatkan warganet memberikan komen keatas video perkongsian itu.
Wanita itu juga terlalu berseloroh untuk membuat kenyataan tanpa melakukan pemeriksaan yang betul. Komen yang diberikan juga banyak menasihati untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian dan fahami apa yang tertulis di setiap produk.
Ada juga yang membuat rentetan dan nasihat isu ini menjadi pengajaran untuk lebih peka dan membuat usul periksa sebelum membuat satu perkongsian. Ia boleh membuatkan orang ramai keliru oleh kerana kecuaian seorang individu.
Bagaimana nak periksa produk itu mengandungi bahan haram?
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak pastikan makanan, minuman, atau produk yang dibeli itu halal bukan? Sudah tentu anda perlu kenali logo halal rasmi JAKIM.
Menurut Portal myHealth, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan label pembungkusan atau bahan ramuan itu diiktiraf halal. Salah satunya adalah menggunakan aplikasi yang mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Verify Halal merupakan satu peranti pintar yang boleh dimuat turun pada android dan applestore untuk memudahkan anda periksa dengan segera produk yang mahu anda beli. Jadi tiada alasan untuk anda terus keliru untuk membezakan halal produk yang hendak di beli.
Hidayah itu sememangnya milik Allah, tapi terpulang kepada manusia untuk berusaha mencarinya. Siapa sangka, Sinead O’Connor, penyanyi Ireland yang telah bergelar mualaf selepas meninggalkan agama Kristian dan memeluk agama Islam.
Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu “Nothing Compares 2 U” itu menerusi akaun Twitter miliknya. Penyanyi itu kini mengunakan nama Shuhada’ Davitt.
Beliau telah berkongsikan video percubaannya melaungkan azan. Walaupun terdapat segelintir pengikut yang mengecam tindakannya itu, namun ramai juga yang memberi sokongan kepadanya yang ingin ke arah kebaikan.
Here is my 1st attempt at singing the Azan. I got some pronouncition wrong because emotions took me from my page… but there’ll be hundreds of others onstage to come … https://t.co/vDFyheqOOc
Penyanyi berusia 51 tahun berkata beliau berbangga bergelar seorang muslim selepas memeluk Islam. Beliau juga telah berkongsi fotonya berhijab di laman twitternya.
Beliau juga telah berkongsikan pengalaman yang penuh emosi saat pertama kalinya menyarungkan hijab yang diberi oleh rakan baiknya, Elaine. Saat pertama kali memakainya, rakannya terus tergamam.
Seseorang mualaf yang baru bergelar muslim itu ternyata bersih daripada sebarang dosa ibarat seorang bayi yang baru lahir. Semoga dirinya terus istiqamah dan hidupnya dirahmati. InsyaAllah.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.