Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri,27, telah selamat berangkat ke tanah suci Mekkah bersama ahli keluarga tercinta siang tadi bagi mengerjakan umrah.
Tampil bersederhana dan ayu dalam jubah dan hijab berwarna putih, penampilan Ernie kelihatan manis sekali seperti seorang gadis remaja dek kerana raut wajahnya yang awet muda.
Memohon maaf kepada semua kenalannya di laman sosial, ramai rakan-rakan artis serta peminat yang mendoakan terbaik untuknya serta berharap dia berjaya mendapatkan umrah yang mabrur di sana.
Ads
.
Assalamualaikum. Ernie sekeluarga akan berangkat ke Mekah hari ini. Ernie ingin mohon maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja. Doa Ernie agar anda semua dapat dijemput kesana satu hari nanti. inshaaAllah. Sayang semua.
Setiap hari anda akan menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut dan gosok gigi. Kalau berbau nanti kan malu. Kalau sakit lagi susahkan. Tahukah anda, terdapat beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai berus gigi yang anda perlu ambil tahu! Betul ke kalau pakai bekas penutup plastik berus gigi tu bersih?
Rupanya terdapat jutaan bakteria yang berada di dalam mulut kita. Cuma anda mungkin tidak menyedarinya. Menurut HelloDoktor, bakteria yang berada di dalam mulut manusia adalah sekurang-kurangnya 100 hingga 200 spesis bakteria. Ianya berada pada bila-bila masa. Jadi, keadaan mulut yang tidak digosok akan menjadi sangat kotor.
Jangan fikir kalau mulut rasa bersih tu tak perlu untuk anda gosok. Tidak! Jika gigi kita tidak digosok, ia dianggap kotor seperti lantai bilik mandi. Jadi anda bayangkan jika anda berkongsikan apa-apa dengan orang yang tidak menggosok gigi. Geli bukan? Tahukah anda, berus gigi juga terdapat bakteria, iaitu lebih daripada 100 juta bakteria termasuklah dengan bakteria staphylococci dan E.Coli.
Pasti anda akan memikirkan jika anda memakai penutup plastik pada berus gigi itu sudah menghalang berus gigi daripada kotoran. Akan tetapi hakikatnya menutup berus gigi anda daripada kotoran itu lebih cepat mendorong kepada pembiakan bakteria. Selain itu, jika anda meletak berus gigi bersama juga akan membuatkan bakteria boleh tersebar antara satu sama lain.
Kebanyakan bilik mandi di Malaysia mempunyai ruang yang kecil. Jadi selalunya ia akan menyebabkan anda meletakkan berus gigi berdekatan dengan sinki atau tandas. Apabila anda mengepam tandas, ketahui la bakteria yang berada di tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda. Ini sama seperti jika anda mencuci tanga. Bakteria yang ada pada tanfan akan tersebar terus kepada berus gigi anda. Jadi, jangan sesekali meletakkan berus gigi anda berdekatan dengan tempat mengepam atau aliran air kumbah.
Pasti anda tidak tahu bahawa bakteria boleh hidup selama tiga ke lima hari pada berus gigi kita. Menurut Hellodoktor jika anda sakit dan menggunakan berus gigi, virus yang terdapat dalam berus itu akan hidup selama lima hari. Akan tetapi, ini bukan bermaksud anda akan berasa sakit semula sekiranya menggunakan berus tersebut. Sebaliknya jika anda jenis berkongsi ia akan menyebabkan virus dari berus gigi anda merebak kepada orang yang menggunakannya dan mereka akan jatuh sakit. Jadi, tak perlu nak berkongsi pun daripada awal!
Pada dasarnya, berus gigi anda perlu ditukar selepas tiga atau empat bulan selepas penggunaannya. Akan tetapi, ramai yang tidak menyedari waktu mereka membeli berus gigi baru. Seeloknya, sebulan atau dua bulan pun sudah memadai. Lebih selamat dan korang tak perlu risau! Malah, berus gigi yang sudah haus juga tidak boleh bantu untuk melindungi kesihatan mulut anda.
Sumber: Hellodoktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebelakangan ini negara digemparkan dengan pelbagai berita berkaitan selebriti dan juga figura seni tanah air yang kembali ‘U-turn’, meskipun setelah berhijrah dengan memakai hijab.
Perkara ini seolah menjadi fenomena apabila berita mengenainya, lepas satu-satu didengari. Justeru, pelawak dan pelakon, Noorkhiriah tampil mengulas isu ini. Dalam masa sama, menitipkan tiga pesanan buat selebriti berhijab di luar sana.
Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Noorkhiriah telah mengekspresikan rasa dukacita dan sedih, tatkala melihat semakin ramai individu dalam dunia seni dan rakan-rakan seperjuangan yang memilih untuk membuka tudung.
Jelasnya lagi, dia turut merasakan tempias dan runsing memikirkan isu ‘tudung terbang’ yang sememangnya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama Islam, dimana para wanita WAJIB menutup aurat dengan sempurna seperto yang digariskan oleh syarak.
Bagaimanapun, Noorkhiriah sedar bahawa dia bukanlah individu yang layak untuk membahas serta mengulas isu ini. Apatah lagi menghakimi golongan ini kerana dirinya juga masih sentiasa bertatih memperbaiki diti ke arah lebih baik.
Namun, beliau merasa bertanggungjawab untuk menitipkan tiga pesanan khusus untuk rakan selebriti, khususnya mereka yang berhijab diluar sana. Berikut merupakan tiga nasihat yang diberikan Noorkhiriah.
“Bukan tugas akak untuk menilai… Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.
“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik.. Kalau tak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.
“Sedih juga sbenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu.
“Cuma pesan akak bila dah puas kepok-kepokan cinta dan baju belahan dada, berdoalah berdoalah semoga dibukakan kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.
“Akak pernah muda, pernah macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ini.
“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, ambillah… Pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat.
“Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung, buruk padah dik. Ini berdasarkan pengalaman akak yang berdosa ni.
“Rupanya macam-macam hidup ini kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat. Jaga diri semua. Berpesan pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon hebat ini juga memohon maaf seandainya pesanan yang diberikan itu mengguris hati sesiapa.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itulah tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti.. Sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan dekat sini, maaf sekali lagi,” tulisnya dalam hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sekadar info, pada Ahad lalu seorang penyanyi wanita BBNU telah mengejutkan industri seni tanah air, apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.
Biarpun sibuk sebagai pelakon dan penyanyi, hijabi cantik Farisha Iris baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah setelah setahun lebih menimba ilmu sambil bekerja.
Dengan kejayaan itu, Farisha membuktikan anak seni juga mampu berjaya dalam akademik.
Gadis manis berusia 24 tahun ini menerima Ijazah Sarjana Muda jurusan komunikasi perhubungan awam pada majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 pada 23 November lalu.
Farisha atau nama penuhnya Farisha Asmadi menitipkan kesyukuran serta berkongsi kegembiraan bersama para pengikutnya di Instagram peribadi.
Dalam hantarannya itu, Farisha tampil manis dalam jubah konvokesyen rona biru gelap sambil memegang bunga dengan senyuman paling manis.
“Alhamdulillah syukur.. Diberi peluang untuk bernafas dan masih berjalan di atas dunia yang sementara. 2020–2022, Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations, UiTM Shah Alam.
“Setelah setahun lebih, and today is my degree’s convocation. I am beyond grateful and happy.”
Farisha turut mengakui ia bukanlah perjalanan yang mudah sebaliknya satu proses yang sangat sukar. Pun begitu, Farisha akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.
“It was not an easy journey, it was a tough process that was bitter to swallow. But now, all I taste is satisfaction.”
Di sebalik kejayaannya itu, pasti ada insan hebat yang sentiasa menjadi tulang belakang Farisha. Siapa lagi kalau bukan ibunya yang sangat menitikberatkan soal pendidikan sejak kecil.
“I still remember back then, when I was in high school, how my mother taught and told me how vital education is.”
Tulis Farisha lagi, dia berusaha melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tinggi bukanlah dipengaruhi kehendak orang lain sebaliknya atas keinginan serta usaha sendiri demi masa depan.
“Lambat atau cepat tiada siapa yang akan menjaga, membantu dan memberi kita makan. Di penghujungnya, kita hanya mempunyai diri sendiri untuk bertahan.”
Farisha turut berpesan kepada masyarakat agar terus menimba ilmu. Baginya, hanya pendidikan yang mampu menjamin masa depan lebih baik.
“Siapa pun yang anda mahu jadi sama ada public figure atau usahawan, carilah ilmu dan capai sesuatu (dalam hidup).
Farisha turut berterima kasih kepada insan-insan yang ada bersamanya saat susah senang sepanjang pengajian. Tak dilupakan jasa para pensyarahnya.
Dia juga memohon doa semua agar dipermudahkan ‘perjalanannya’ untuk menggenggam Ijazah Sarjana pula tak lama lagi.
“Doakan saya semoga dapat menghabiskan Ijazah Sarjana pada 2024 ini dengan jayanya. Semoga ada daya dan semangat untuk menjalani peringkat yang seterusnya. Amin, InsyaAllah.”
Terdahulu, pada Jun 2022 Farisha menerima diploma dalam bidang komunikasi dan media daripada universiti yang sama.
Kredit Foto: Instagram Farisha Iris
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.