Rasanya makeup kurang lengkap tanpa penggunaan contour, teknik contour hidung menjadi andalan buat anda yang ingin mempertegas bentuk hidung agar terlihat lebih mancung.
Contour hidung sendiri memiliki cara khusus yang perlu anda ketahui agar hasilnya tidak terlihat berlebihan. Buat anda yang tertarik untuk shading atau contour hidung, ini 5 cara shading hidung yang betul agar kelihatan mancung dengan semulajadi.
Ini cara shading hidung yang betul agar mancung semulajadi.
1. Produk shading dan makeup tool yang diperlukan
Sebelum memulakan shading hidung atau contouring, anda harus mempersiapkan produk dan berus yang diperlukan. Produk makeup yang diperlukan untuk shading hidung iaitu cream atau powder contour, concealer dan highlighter. Jenis produk ini boleh disesuaikan dengan jenis dan warna kulit dan akhirnya anda dapat hasil yang diinginkan.
Jika kulit kering gunakan contour cream yang digunakan setelah mengaplikasikan foundation. Manakala untuk kulit berminyak, gunakan contour powder yang boleh anda gunakan setelah menggunakan bedak.
Makeup tools yang diperlukankan untuk contour hidung iaitu, concealer brush, shading brush, smallblending brush dan makeup sponge. Concealer brush berguna untuk mengaplikasikan concealer di area tulang hidung, shading brush berfungsi untuk menghasilkan ilusi bayangan pada hidung dan mempertegas bentuknya. Anda juga memerlukan small blending brush untuk membuat contour agar tampak lebih smooth.
2. Membuat garis pada tepi hidung untuk memberi ilusi bayangan
Ads
Langkah awal contour hidung, aplikasikan contour cream yang berfungsi untuk menciptakan ilusi bayangan pada kedua sisi tulang hidung. Jika tidak ada cream contour, anda juga boleh menggunakan concealer atau foundation yang warnanya dua tone lebih gelap dari warna asal kulit anda.
Aplikasikan cream contour menggunakan berus eyeshadow yang bulunya memiliki hujung yang runcing untuk mempermudahkan anda ketika membentuk garis tipis di antara batang hidung.
3. Aplikasikan concealer yang warnanya lebih terang pada bahagian batang hidung
Ads
Supaya terlihat lebih tegas, anda juga perlu mengaplikasikan concealer yang warnya lebih terang dari warna kulit. Fungsi concealer ini mampu highlight area batang hidung agar telihat lebih tinggi dan menciptakan gradisi warna yang betul.
Aplikasikan concealer dengan menggunakan concealer brush dan sapukan hingga hasilnya smooth dan tidak ada harsh line. Dap concealer tipis sahaja supaya tetap kelihatan natural.
4. Sebatikan garis contour menggunakan makeup sponge supaya hasilnya tampak natural
Setelah membentuk garis yang tepat untuk bentuk hidung anda, sebatikan contour cream dan concealer dengan menggunakan makeup sponge. Sebatikan contour dengan menggunakan makeup sponge akan lebih mudah dan cepat sebati sehingga hasilnya smooth dan natural.
Ads
Sebatikan garis contour yang sudah dibentuk dengan gerakan dap-dap, hindari gerakan geseran agar ilusi warna gelap dan dan terang tidak terhapus dan tergeser oleh makeup sponge. Jangan lupa gunakan makeup sponge dengan keadaan yang lembap.
Apabila anda menggunakan produk yang bertekstur cream, tentunya anda perlu menguncinya menggunakan bedak padat. Ini kerana area hidung lebih mudah berminyak, cara ini tidak boleh lewatkan supaya contour yang anda gunakan tidak mudah luntur.
Setelah menguncinya dengan menggunakan bedak, aplikasikan highlighter di area batang hidung agar terlihat mancung dan glowing. Gunakan highlighter yang warnanya natural seperti light gold atau gold champagne supaya hasilnya sebati dengan warna asal kulit anda.
Tonton Cara Bella Park Shading Hidung Dengan Pantas:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang ada cerita hijrahnya yang tersendiri. Jika Farah Lee mengambil kesempatan sempena hijrah yang lalu dengan melanjutkan pelajaran di United Kingdom sambil membawa anaknya. Lain pula ceritanya bagi pelakon dan juga usahawan Yatt Hamzah. Bagi Yatt pula hijrah dilakukan apabila mahu let go koleksi kasut tumit tinggi yang menjadi kesayangannya selama ini.
Yatt juga dalam tulisannya di instagram berkata kasut inilah yang menjadi kegilaannya suatu ketika dulu. Semua koleksi ini masih elok dalam jagaan dan simpanannya.
Tambahnya ini adalah sebahagian dari usaha Hijrah dirinya sempena Awal Muharam tempohari. Dia reda untuk mengorbankan koleksi kesayangannya (kasut) yang masih elok dan ada antaranya berharga ratusan ringgit.
Menurut Yatt juga kalau dulu setiap kali keluar memang wajib memakai kasut tumit tinggi 4 inci ini dan kini segalanya tidak lagi. Dia lebih berminat menggayakan kasut tumit getah yang tidak sampai dua inci.
Melalui perkongsian itu, dia mengakui sukar untuk hijrah kerana melepaskan apa yang kita sayang tetapi ALLAH janji akan gantikan dengan yang paling baik buat kita.
Dilihat di laman instagramnya Yatt juga kini telah mengubah penampilan diri yang memenuhi gaya Muslimah sejati. Dia yang juga ibu kepada tiga cahayamata lebih senang menggayakan hijab labuh dengan dress serta jubah dan sekali sekali berbaju kurung mengikut majlis dihadiri.
Khas buat peminat wangian “Bombshell” keluaran Victoria’s Secret, wangian ini bukan sahaja boleh memikat lelaki tetapi juga berkesan menghalau nyamuk. Siapa sangka wangian Victoria’s Secret Bombshell lebih dari sekadar wangian.
Apa yang menarik, menurut kajian terkini oleh pengkaji di New Mexico State University (NMSU), wangian ini mampu bertindak menghalau nyamuk yang efektif, dengan aroma yang bertahan hingga dua jam jika disembur banyak.
.
Kajian yang dikeluarkan di dalam Jurnal of Insect Science, pengkaji di NMSU telah menguji lapan jenama produk penghalau nyamuk serta dua wangian termasuk Bombshell.
“Kami megkaji VS Bombshell kerana salah seorang daripada subjek kajian kami telah menerimanya sebagai hadiah hari jadi, jadi kami memilihnya tanpa perancangan,” kata Immo Hansen, Associate Professor di NMSU.
“Memandangkan aromanya flora dan manis, kami fikir ia akan menarik nyamuk, tetapi yang sebaliknya terjadi.
.
“Memang terdapat beberapa penulisan mengatakan nyamuk tertarik pada bau manis buah dan flora dan jika boleh, elak memakai haruman begitu. Agak menarik bila melihat nyamuk bukannya mahu mendekati malah menjauhi orang yang memakai wangian VS itu,” jelas Stacy Rodriguez, seorang pengkaji.
Penyelidikan itu bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa wangian Victoria’s Secret tidak disukai nyamuk tetapi ia berkesan menghindar serangga itu selama dua jam apabila disapukan ke tangan.
Sumber: projekmm.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak adanya media sosial, ia menjadi satu wadah buat golongan alim ulamak atau selebriti mennggunakannya untuk tujuan menyebar dakwah kepada masyarakat. Perantara secara terus menerus ini menjadikan ia cara paling mudah mengajak umat manusia membuat kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya. Salah seorang selebriti yang aktif menggunakan cara ini adalah Irma Hasmie. Baru-baru ini dia ada memuat turun status bagi mereka yang sengaja melewatkan solat.
Perkongsiannya ini dibuat dalam dua status berasingan dan mendapat reaksi postif follower. Hukumannya memang cukup menakutkan apabila seseorang itu akan diseret tubuhnya ke neraka selama 70 tahun. Subhanallah.
Menurut Irma, kisah disampaikan di laman instagramnya itu adalah petikan dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faqih Razak semasa menyampaikannya di Masjid Tanjung Piandang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan “INI”…
Sekadar renungan dan peringatan bersama…. Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.
Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.
Tak Pernah Tinggal Solat, Rajin Bersedekah
Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.
Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.
Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…
Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda; “Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”
Dia menjerit lagi sekuat tenaga: “Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.
Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.
Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.
Kerana Laksanakan Perintahnya Di Saat Akhir
Dia ditarik kembali ke atas.
Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.
Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu: “Siapakah anda?” Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda” “Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”
Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata: “Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!” “Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu.. “Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. “Awak ingatkah itu semua??” Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…
Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…
Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.
Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi…. (-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)
Ramai yang memberi komen berterima kasih atas perkongsian ini dan ramai juga yang mahu sharing ilmu yang dicurahkan oleh selebriti cantik ini.
Rata-rata berterima kasih kepada Irma atas ingatan dan nasihat yang sangat berguna. Mereka turut mendoakan Irma sentiasa di rahmati Allah di dunia hingga ke syurga.
@riyaniani1911Subhanallah…masya Allah…terima kasih Irma atas peringatan dan nasihat yg sangat2 berguna buat kami semua…semoga irma sentiasa d rahmati Allah d dunia hingga ke jannah…
@fyra_jelithainspireThanks for sharing@irmahasmie…semoga kita semua berada di dalam peliharaan Allah swt, in shaa Allah. Aamiin..
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.