Kalau masih belum ada idea menu apa yang hendak disajikan untuk sajian minum petang, apa kata cuba buat cakoi. Bahan-bahannya pun tak banyak. Paling best, resepi cakoi yang dikongsikan oleh NunuPessa Hik ini langsung tidak menggunakan yis. Menarik bukan?
CAKOI@PATONGKO@KUNDEH.
(Resepi ini tak menggunakan yis..lebih mudah sebab tak terikat dengan waktu mengendalikan doh)
Tak kira lah dipanggil apa, yang penting makan panas-panas nikmat sangat.
BAHAN-BAHAN:
350 gram tepung gandum.
250 gram susu segar.
1 sudu besar serbuk penaik.
1/2 sudu besar soda bikarbonat.
1 sudu besar minyak masak.
1/2 sudu besar garam.(kalau suka yang manis boleh ganti dengan gula)
Ads
Campur semua. Sebatikan. Mula-mula memang melekit sikit.
Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.
Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman. (Saya bancuh subuh tadi,pukul 5 saya buat)
Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar. Biarkan doh sehingga suhu bilik.(penting)
Ads
Potongkan berpasangan.
Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.
Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(apa-apa alat yang sesuai pun boleh)
Panaskan minyak. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.
Siapa yang pernah menonton filem islamik ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang popular selepas filem ayat-ayat cinta pasti kenal dengan heroin utama Anna Althafunnisa yang dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi.
Siapa sangka hijabi manis bertudung litup itu telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Phd) dan mendapat gelaran Doktor dari Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta pada 1 November lalu.
Ini merupakan gelar doktor kedua bagi Oki setelah menghabiskan masa menjalani pengajian di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta dalam jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada tahun 2020 yang lalu.
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan rezeki yang dikecapi oleh Oki, apabila beliau terus ditawarkan jawatan pensyarah Universiti di kampus sama sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Malah, Oki bersetuju untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan, kerana menurutnya, lagi banyak kita memberi ilmu (mengajar) kepada orang lain, maka lebih banyak ilmu yang akan diperolehinya nanti.
“Mungkin, rasa-rasanya saya akan mulai memikirkan perkara ini. Kerana, kalau kita mengajar kita juga bakal memperoleh ilmu,” ucap Oki Setiana Dewi lapor kompas.com ketika ditemui di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Selain itu, Oki berkata menjadi tenaga pengajar di Universiti memang menjadi impian yang sudah lama diidamkannya.
“Sebenarnya untuk jadi Pensyarah itu sudah difikirkan sejak beberapa tahun yang lalu. Karena, saya sangat suka belajar. Tapi kerana sibuk dengan jadual yang padat, akhirnya terpaksa menangguhkan niat itu,” kata Oki Setiana Dewi.
Kakak kepada pempengaruh Youtube, Ria Ricis itu mendedahkan bahawa dia sangat suka menimba ilmu. Oleh sebab itu, dia memilih untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah berumah tangga.
“Saya fikir, kerana saya orang yang cintakan ilmu dan saya suka belajar, saya suka dengan kampus, saya suka bertemu dengan guru-guru dan masih ada banyak ilmu yang saya tak tahu, dan hanya mengetahuinya setelah menuntut ilmu,” jelas Oki Setiana Dewi.
Malaikat adalah salah satu makhluk Allah yang wajib dipercaya oleh manusia, meski tak tertangkap mata dan kamera. Banyak malaikat yang sentiasa bersama manusia, sisi kanan kiri, depan belakang, dan malaikat lain yang sudah menemani manusia sejak pertama diciptakan Tuhan.
Malaikat tidak hanya menemani di dunia sahaja, ia akan terus menemani manusia di hari kematian, alam kubur hingga hari akhir. Malaikat akan terus hadir untuk mengawasi manusia. Termaktub dalam QS Qaaf ayat 18:
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
Namun benarkah malaikat terus bersama manusia dalam keadaan apapun? Tidak adakah waktu sejenak malaikat untuk tidak menemani manusia? Berdasarkan keterangan dalam kitab Targhib wa Tarhib, malaikat tidak menemani manusia dalam dua saja. Iaitu waktu di saat manusia sedang buang air besar dan bersenggama. Dalam waktu tersebut malaikat membiarkan manusia berdiri dengan sendiriannya. Dalam sebuah hadis disebutkan:
اياكم والتعرى فان معكم من لا يفارقكم الا عند الغا ئظ وحين يفضى الرجل الى أهله فاستحيوهم وأكرموهم
Hindarilah bertelanjang, karena sesungguhnya bersama kalian adalah malaikat yang tidak pernah pisah dari kalian kecuali ketika sedang buang air besar dan ketika seseorang lelaki mendatangi isterinya (bersenggama). Maka merasa malulah kalian kepada mereka dan muliakanah mereka itu
Keterangan tersebut mengambarkan bahawa benar adanya jika malaikat meninggalkan manusia saat dalam dua waktu tersebut, iaitu pada saat buang air besar dan berhubungan intim. Meski demikian, manusia harus tetap menjada etika yang baik dalam dua waktu tersebut. Bukan bererti malaikat sedang tidak menamani manusia menjadi bebas seenaknya sahaja. Tetap ada adab yang diatur dalam Islam ketika hendak buang air besar dan berhubungan intim dengan kekasih halal.
Buang air merupakan salah satu kegiatan manusia sehari-hari. Mengenai ini, Islam telah mengajarkan umatnya adab-adab ketika buang air iaitu:
1. Mencari tempat yang sepi dan jauh dari penglihatan orang. Ketika Nabi Muhammad hendak buang air besar, beliau pergi hingga tidak dilihat siapapun (HR Abu Daud dan Tirmidzi).
2. Hendaklah memakai alas kaki karena Nabi apabila masuk toilet beliau memakai sepatu (HR Baihaqi).
3. Tidak membawa masuk apa saja yang di dalamnya terdapat zikir kepada Allah. Nabi Muhammad mengenakan cincin yang ada tulisan Rasulullah, namun jika beliau masuk ke toilet, maka beliau melepasnya (HR Tirmidzi).
4. Masuk ke toilet/WC mendahulukan kaki kiri, sambil berdoa:
Ertinya Dengan nama Allah sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan wanita. Imam Bukhari meriwayatkan Nabi selalu membaca doa itu ketika hendak masuk ke dalam toilet.
5. Tidak menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air, Nabi bersabda
“Janganlah kalian menghadap kiblat, dan jangan pula membelakanginya ketika buang air besar ataupun buang air kecil” (Mutaffaq Alaih).
6. Tidak buang air kecil atau besar di tempat berteduh manusia, atau di jalan mereka, atau di air mereka, atau di pohon-pohon mereka yang berbuah. Nabi bersabda:
“Takutlah kepada tiga tempat laknat; buang air besar di aliran air, di tengah jalan, dan di tempat berteduh” (HR Hakim).
7. Tidak buang air di lubang-lubang tanah kerana kemungkinan ada binatang yang tersakiti dalam lubang itu (HR Abu Daud).
8. Tidak bercakap ketika buang air besar. Nabi bersabda:
“Jika dua orang buang air besar, maka hendaklah setiap orang dari keduanya bersembunyi dari orang satunya, dan keduanya jangan berbual kerana Allah membenci hal tersebut” (HR Ahmad).
Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan agar tidak dilaknat malaikat:
1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang tanpa penutup kain.
8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).
Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat)”.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam yang sarat dengan bintang berlian, kilauan inspirasi, dan pengiktirafan kepada wanita Malaysia yang luar biasa, Nona Superwoman Award 2024 mengukir sejarah baharu dengan penganjuran kali keempat. Bertemakan “Diamonds Are Forever”. Acara yang berlangsung di M World Hotel Petaling Jaya ini meraikan tokoh-tokoh wanita hebat yang telah membawa impak besar kepada komuniti dan negara dalam pelbagai bidang.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli untuk menyampaikan anugerah utama malam ini adalah simbolik kepada penghormatan tertinggi yang diberikan kepada kejayaan dan dedikasi wanita. Turut diserikan dengan kehadiran kerabat diraja, tokoh masyarakat, dan pemimpin-pemimpin terkemuka. Majlis ini menjadi perayaan keberanian, kecekalan, dan pencapaian yang luar biasa.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati, YM Tengku Sharifah Ariel Budriah Jamallulail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Mantan Ahli Dewan Negara, Ms. Cynthia Seow, Chairman Nu Ideaktiv & Director Customer Experience & Digital Astro dan En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai EksekutifNu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Platform Transformatif untuk Wanita!” Itulah kata-kata pertama Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawa iEksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2024.
Beliau menyatakan, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu. Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
“Dari sebuah entiti penerbitan terkemuka dan kini platform digital & audiens, kami telah menjadikan pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita sebagai salah satu tunjang misi utama kami. Acara ini mungkin dilihat secara dasarnya adalah satu malam penghargaan, namun secara ringan dan relevan, kami cuba untuk menjadikan ia sebuah platform yang mengangkat kisah mereka kepada dunia.
Wanita-wanita ini telah membuktikan bahawa di sebalik setiap cabaran, terdapat peluang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Majalah Nona bukan sahaja meraikan kejayaan mereka tetapi turut menyediakan ruang dan jaringan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjangkau lebih ramai pelanggan, lebih banyak peluang, dan lebih besar impak.”
Syamil juga mengaitkan kejayaan ini dengan impak kepada Nu Ideaktiv: “Melalui Nona Superwoman Award, kami bukan sahaja memperkukuhkan jenama kami sebagai pelopor dalam memperkasakan wanita tetapi juga menyumbang kepada kestabilan perniagaan melalui jaringan kepercayaan yang dibina bersama usahawan dan tokoh yang berjaya. Anugerah ini adalah lambang komitmen kami terhadap transformasi sosial dan ekonomi yang lebih inklusif selain dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap jenama kami. Ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kami dengan komuniti wanita tetapi juga membuka peluang baharu untuk kolaborasi dan inovasi.”
Kiffy Razak, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd, memberikan ucapan yang penuh inspirasi.
“Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Malam penuh gemilang ini dikemudi oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerus iprogram Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Sebanyak 39 kategori anugerah telah disampaikan yang mengiktiraf wanita hebat dari pelbagai latar belakang.
Bagi menghangatkan gelombang Fenomena Nona Superwoman Award 2024, Nona turut tampil dengan terbitan naskhah eksklusif Majalah Nona yang telah menjadi tradisi setiap edisi Superwoman berlangsung. Naskhah eksklusif kali ini membariskan wanita-wanita yang melakar prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.
Antaranya kisah wanita kedua dilantik ke jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta anak penoreh getah yang kini bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan ramai lagi; Majalah terbitan eksklusif ini boleh didapati di laman web Karangkraf Mall, www.karangkrafmall.com.my dengan harga RM15.90 sahaja.
Sebagai mercu tanda dalam pengiktirafan wanita selama 38 tahun, Majalah Nona terus komited untuk memperkasa wanita. Nona Superwoman Award akan terus menjadi platform untuk mengangkat suara, pencapaian, dan potensi wanita Malaysia. Dengan setiap langkah yang diambil, wanita Malaysia membuktikan bahawa impian besar adalah asas kepada masa depan yang gemilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.