Perkongsian dari Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini mengenai anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang menyentuh hati orang ramai.
Angkasawan Negara itu meluahkan rasa bangganya terhadap berita itu melalui posting di instagram. Beliau juga turut memberitahu dia telah menjaga Aiman sejak pemergian arwah adiknya ketika beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman hanya berusia tiga tahun.
Dalam perkongsian beliau juga turut berkata bahawa kejayaan Aiman memang tak dapat disangkal lagi kerana dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar agak sangsi kerana Aiman ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan namun ditawarkan jurusan undang-undang, semuanya atas rezeki yang diberikan oleh Allah swt.
Ads
Rata-rata di ruangan komen memberikan pujian serta semangat kepada beliau dan juga anak buahnya.
Pemilik nama penuh, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pentas Sophia Albarakbah merupakan pendatang baru dalam industri seni tanah air, sepanjang enam tahun berkecimpung namanya meledak secara kontroversi apabila terpalit cinta lokasi bersama aktor sensasi Aliff Aziz.
Bagaimanapun, HIJABISTA enggan menyentuh kisah peribadi yang pernah dikaitkan dengan wanita anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian HIJABISTA adalah Sophia bukan sekadar cantik dan menggoda, namun mempunyai latar belakang pendidikan yang memberangsangkan. Beauty with brain! Jadi ini beberapa fakta menarik tentang diri Sophia Al Barakbah yang tidak ramai tahu.
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Untuk rekod, pada tahun lalu, Sophia dikategorikan sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila mulai akrab dan terjebak dengan cinta lokasi babaggi penggambaran Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Perkara berkenaan meledak apabila Bella mendedahkan bahawa Sophia menghubungi suaminya setiap hari dan memohon maaf kerana telah jatuh cinta kepada suaminya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
BTS ialah salah satu band Korea yang paling popular dengan peminat besar yang dipanggil BTS Army. Ketenaran mereka adalah sehingga setiap anggota Tentera mahukan kulit yang sempurna seperti idola mereka.
Adakah anda juga tertanya-tanya bagaimana mereka mengekalkan kulit yang hampir sempurna? Setiap ahli kumpulan mengamalkan rutin penjagaan kulit Korea dan menjaga kulit mereka walaupun semasa jadual padat.
Ahli BTS secara berdedikasi menggunakan produk penjagaan kulit untuk mengekalkan kulit mereka seperti ‘glowing’, yang diingini ramai. Sejak akhir-akhir ini, mereka berkongsi beberapa rahsia penjagaan kulit dengan ahli ARMY. Berikut adalah beberapa produk penjagaan kulit Korea yang membentuk sebahagian daripada kehidupan seharian BTS!
COSRX Acne Pimple Master Patch ramai pembeli kerana keberkesanannya yang cepat. Jungkook menggunakannya untuk menghilangkan sebarang jerawat di mukanya. Tompok ini selamat digunakan untuk kulit sensitif dan ia hanya dibuat dengan bahan semula jadi dan tiada bahan kimia berbahaya masuk ke dalamnya. Ia bukan sahaja membantu dalam menghilangkan jerawat tetapi juga menjadikan kulit berasa tenang tanpa kemerahan. Ia datang dalam pembungkusan steril berganda, yang menjadikan tampalan mudah ditanggalkan.
Ahli BTS menggunakan AHC Natural Perfection Double Shield Sun Stick semasa Musim 3 Bon Voyage. Produk ini mempunyai banyak manfaat, seperti pengurangan kedutan, peningkatan tona kulit, pemutihan dan perlindungan matahari tiga kali ganda. Selain itu, semua bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah organik lembut pada kulit.
MEDIHEAL ialah topeng muka matte paling popular di Korea Selatan dan pakar dermatologi terkemuka Korea Selatan mengetengahkannya. Topeng penghidratan ini boleh membantu anda mencapai kulit seperti kaca yang dimiliki oleh ahli kumpulan BTS. Selepas konsert, Suga dan J-Hope bersiaran dan membincangkan rahsia penjagaan kulit mereka yang terdiri daripada produk dari MEDIHEAL.
Krim terapi ini membantu dalam mengekalkan kulit lembap dan menghilangkan kekeringan. Ia sesuai untuk kulit sensitif kerana ia tidak mempunyai pewangi, pengawet, atau pewarna. Lipid yang ditemui secara semula jadi dalam krim ini menambah nutrien yang hilang dari kulit kering. Taehyung mengesahkan produk ini adalah sebahagian daripada rutin penjagaan kulitnya.
ZEROID Pimprove Foaming Cleanser menanggalkan semua kekotoran dan sebum tambahan dari kulit. Walaupun buihnya sangat pekat, ia sangat lembut dan sesuai untuk kulit sensitif. Surfaktan yang diperoleh secara semula jadi menjadikannya tidak komedogenik dan hipo-alergenik. Taehyung menggunakannya dengan kerap untuk rutin penjagaan kulit pagi dan petang ini.
Ini adalah toner yang membantu mengekalkan tahap pH kulit. Ia adalah toner seimbang asid yang membantu dalam mencapai tekstur kulit yang lebih sihat. Ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau pewangi, dan ia juga bebas paraben. Produk ini sangat lembut pada kulit dan berkesan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan sensitif. Toner ini ialah sebahagian daripada rutin penjagaan kulit malam Taehyung.
Krim ini sebahagian daripada rejim penjagaan kulit BTS. Ia adalah pelembap ringan yang cepat diserap oleh kulit, dan sifatnya yang tidak melekit menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak. Produk ini mengandungi ADfence-P, yang melambatkan pengeluaran sebum dan menenangkan kulit sensitif. Ia mempunyai bahan anti-kemerahan seperti restomide, yang membantu dalam menenangkan kulit yang merengsa.
TAEZEN ialah sumber probiotik yang sangat baik yang membantu kesihatan usus dan juga menggalakkan kulit yang sihat. Ia juga berfungsi melawan kekeringan dan ekzema. Promosi ‘sold-out king’ Jungkook menjual bekalan Kombucha selama sebulan, jualan tertinggi produk itu setakat ini. Ia penting dalam meningkatkan imuniti dan penghadaman. Minuman itu datang dalam perisa seperti Berry & Citrus.
Walaubagaimanapun keberkesanan produk bergantung pada kulit wajah individu, anda boleh melakukan ujian kecil sebelum membeli senarai produk di atas. Tetapi kalau dah minat tak pakai pun tidak mengapa janji boleh simpan.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris.
Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian.
Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan.
Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak.
Selepas harta-harta tersebut dicairkan dan diperoleh, maka waris-waris yang ada atau pentadbir yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menunaikan beberapa perkara/hak yang berikut:
Pengurusan jenazah melibatkan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan si mati, dan semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan wang dengan segera, waris-waris bolehlah menggunakan wang tunai yang ditinggalkan si mati, atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan si mati menerusi mesin ATM atau perbankan internet (sebelum akaun tersebut dibekukan pihak bank) untuk menampung kos pengurusan jenazah si mati.
Jika si mati ada menyertai khairat kematian sama ada di tempat kerja atau di kawasan kariah (kampung/taman perumahan/masjid/surau), bolehlah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Sebab itulah penting untuk bergaul dengan masyarakat setempat dan menyertai khairat kematian yang dianjurkan agar nanti pengurusan jenazah boleh diuruskan dengan baik. Boleh juga semak sama ada si mati ada mencarum polisi insurans/takaful yang membayar manfaat khairat kematian, jika ada maka bolehlah dihubungi agen terlibat untuk menuntut manfaat yang sepatutnya.
Andai kata si mati tidak meninggalkan sebarang wang tunai dan tidak menyertai mana-mana skim khairat kematian, maka waris-warislah yang perlu bersepakat dan keluarkan kos untuk menampung kos pengurusan jenazah tersebut. Kos ini boleh dituntut semula selepas harta pusaka si mati dicairkan semula. Jika tiada waris atau waris pun tidak mampu (fakir), maka tanggungjawab pengurusan jenazah tersebut patut disempurnakan pihak Baitulmal atau masyarakat setempat yang kaya.
Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati. Oleh itu, pentadbir harta pusaka atau waris-waris perlulah mengenalpasti hutang-hutang si mati dan berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.
Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah. Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot.
Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya. Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.
Penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukan supaya memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.
Malah, digalakkan untuk menyediakan dana khas samaada dalam bentuk wang simpanan atau polisi insurans/takaful untuk membayar hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.
Selepas hutang-hutang si mati diselesaikan, harta pusaka si mati hendaklah disempurnakan dahulu tuntutan harta sepencarian dan pemberian hibah ke atasnya. Harta sepencarian melibatkan hak pasangan yang sah, manakala hibah adalah pemberian yang dilakukan si mati kepada pihak lain yang dibuat semasa masih hidup.
Pembahagian harta sepencarian boleh dilakukan mengikut pengisytiharan harta sepencarian yang dilakukan secara bersama-sama dan mengikut persetujuan pasangan semasa masih hidup.
Jika tiada pengisytiharan dibuat, tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan pasangan dan mahkamah akan menentukan jumlah yang layak dituntut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan dan sumbangan yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hibah merupakan pemberian atau hadiah yang diisytiharkan oleh si mati kepada penerima dengan tujuan kasih sayang atau tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, bergantung kepada siapa yang ditentukan si mati, namun beberapa syarat perlu dipenuhi seperti pemberi, penerima, akad dan harta yang dihibahkan.
Harta pusaka yang terlibat dalam kategori harta sepencarian dan hibah tidak termasuk dalam bahagian harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris secara faraid.
Wasiat adalah amanat pemberian kepada bukan waris dengan syarat jumlahnya tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika si mati ada meninggalkan wasiat yang sah, maka jumlah yang diperuntukkan untuk wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.
Wasiat kebiasaannya diberi kepada waris yang bukan faraid, seperti ahli keluarga terhalang waris, ahli keluarga angkat, ahli keluarga bukan Islam dan badan kebajikan. Waris-waris perlulah menerima dengan hati yang terbuka atas wasiat yang telah dibuat si mati.
Selepas dilaksanakan semua perkara #1 hingga #4 di atas, barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut kiraan faraid yang ditetapkan. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah adil dan memberi jaminan bahawa setiap waris yang layak akan menerima bahagian masing-masing.
Jumlah bahagian yang ditentukan pula adalah berbeza, dan semuanya ditentukan olah Allah yang mana mempunyai hikmah dan manfaat di sebaliknya. Sebaik-baiknya, setiap orang wajar mempunyai asas pengetahuan berkenaan pembahagian secara faraid seperti jenis-jenis waris yang layak, bahagian yang layak diterima dan kiraan pembahagian yang sepatutnya.
Dalam pembahagian harta pusaka secara faraid, yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka setiap waris supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sesungguhnya, faraid merupakan instrumen terbaik dan adil untuk memastikan semua waris mendapat bahagian harta pusaka yang sewajarnya.
SUMBER: JOM URUS DUIT
SUMBER GAMBAR: Pencarian google
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.