Anda sering merasa kulit tetap kering dan kasar meskipun sudah rajin menggunakan losen badan? Itu boleh jadi disebabkan oleh jenis losen badan yang anda pilih kurang tepat atau sesuai dengan jenis kulitmu. Lalu bagaimana cara memilih losen badan berdasarkan jenis kulit yang tepat?

Ini cara memilih losen badan berdasarkan jenis kulit agar ternutrisi dengan baik.

Tidak semua losen badan sesuai untuk semua jenis kulit. Perbezaan jenis kulit, tentu saja penggunaan losen badan yang harus digunakan berbeza. Jika salah pilih, boleh jadi kulit anda tidak ternutris dengan baik, makin kering atau bahkan iritasi. Jadi anda wajib memilihg losen badan berdasarkan jenis kulit agar ternutrisi dengan baik.

1. Kulit Normal

Sebenarnya untuk kulit normal, memilih losen badan lebih mudah kerana kondisi kulit yang tidak perlu perawatan atau bahan khusus. Anda boleh memilih losen badan dengan kandungan yang melembapkan seperti hyaluronic acid, coconut, olive oil atau shea butter.
Lebih baik juga jika anda memilihg losen badan yang mengandung antioksidan seperti vitamin E, green tea atau vitamin C agar kulit selalu terlindung dari terdedah debu polusi, radikal bebas dan lain-lain.

2. Kulit beminyak

Sama seperti memilih pelembap untuk wajah, untuk anda yang kulit tubuhnya cenderung berminyak (khususnya biasanya di daerah tertutup seperti punggung atau paha), anda memerlukan losyen badan yang ringan dan oil-free.

Anda boleh cuba losen badan yang mengandung lidah buaya, ekstrak bunga mawar, alpha-hydroxy acid, tea tree atau green tea. Anda boleh juga memilih body serum yang sifatnya lebih mudah menyerap dan tidak terlalu meleket atau berat.

3. Kulit Kering

Kulit kering memerlukan losen badan yang boleh melembapkan dengan ekstra pelembap. Oleh itu anda boleh menggunakan losen badan yang kandungannya cukup berat dan bertektur agak kental. Misalnya, hyaluronic acid, olive oil, coconut oil, grapseed oil dan shea butter.

Anda juga perlu mencari losen badan yang punya kandungan seperti hyaluronic acid, glycerin, propylene glycol dan niacinamide yang mampu menarik air dari lingkungan sekitar. Atau boleh juga cari yang mengandung lanolin dan petrolatum yang mampu mengunci kelembapan dalam kulit.

IKLAN

4. Kulit sensitif

Sekiranya kulit anda jenis sensitif, tentu saja perlu lebih berhati-hati dan teliti. Selain itu, jangan lupa melakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Wajib memastikan losen badan yang anda pilih tidak mengandung bahan-bahan yang boleh mendorong iritasi dan alergi. Jadi, cari losen badan yang fragrance fee, alcohol free, paraben free dan hypoallergenic. Untuk bahan yang melembapkannya sendiri, anda boleh pilih yang mengandungi ceramides dan essential fatty acids sehingga cukup selamat dan lembut di kulit sensitif.

Cadangan Losyen Badan Untuk Semua Jenis Kulit

1. Fenty Skin Butta Drop Whipped Oil Body Cream

Kekalkan kelembapan kulit badan anda ke tahap luxe dengan Butta Drop Whipped Oil Body Cream terbaharu. Pelembap badan ini memberikan penghidratan segera dan sepanjang hari dan meninggalkan kulit dalam kilauan berkilat yang menghidrat. Dikemas dengan campuran minyak tropis, mentega, termasuk ekstrak minyak tembikai Kalahari, minyak baobab, minyak bunga matahari, mentega shea dan ramuan penjagaan kulit penghidratan gliserin.

Tekstur halus dan tidak melekit Butta Drop meleleh ke kulit yang kering, mengisi semula dan memperbaharui semasa anda memohon krim ini. Krim ini wangi dengan aroma bersih dan segar yang diilhami oleh buah-buahan dan bunga tropis yang subur. Bersedialah untuk kulit yang lebih halus dan lembut serta-merta dan dari masa ke masa. Seperti semua produk Fenty Skin, pembungkusannya mudah dan menampilkan sistem isi ulang yang dibuat dengan bahan kitar semula.

IKLAN

1. VASELINE Intensive Care Lotion Aloe Soothe

Losyen ini mampu untuk melembap secara mendalam bagi melegakan kulit kering dan keberkesanannya dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu. Formula yang tidak berminyak ini
menggabungkan ekstrak Aloe tulen dan titisan mikro Vaseline Jelly untuk menjadikan kulit anda terasa lembap, sihat, segar dan licin. Dengan menggabungkan penyembuhan titisan mikro Vaseline Jelly dan lidah buaya, ianya mampu untuk menenangkan dan melegakan ketidakselesaan kulit bermaslaah.

2. ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion

Losyen ini terbukti secara klinikal bahawa ianya sesuai digunakan buat anda yang mengalami kulit kering dan sensitif. Gunakannya secara konsisten setiap hari untuk mencegah dan membantu meningkatkan penghidratan kulit anda sehingga 50%. Diformulasikan tidak berminyak, melegakan kegatalan dan kesan terbakar yang berkaitan dengan kulit kering serta sensitif. Diperkaya dengan Vitamin E, manfaat antioksidan membantu melindungi kulit dari faktor persekitaran.

3. INNISFREE My Perfumed Body Black Cherry Lotion

Losyen badan dengan haruman yang wangi dari Innisfree ini, khas diterbangkan dari Korea sentiasa menjadi pilihan para pengguna di luar sana. Bukan hanya wangiannya sahaja yang tahan lama, malahan ianya dapat memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari dengan kandungan dari Shea Butter, Mango Butter dan Cocoa Butter. Losyen badan ini juga mengandungi ekstrak ceri hitam membuatkan badan anda sentiasa berbau harum dari jauh.

IKLAN

4. Good Virtues Co. Anti-Aging Hand & Body Lotion

Losyen Good Virtues Co ini. Ianya diperkayai dengan minyak Habbatus Sauda organik untuk membersih dan meremajakan kulit agar kulit kelihatan lebih muda. Losyen ini boleh dipakai pada tangan dan juga badan, kulit bertambah lembut dan halus.

5. AVEENO Daily Moisturizing Lotion With Broad Spectrum SPF15

Aveeno Daily Moisturizing Lotion With Broad Spectrum ini. Ianya mempunyai spektrum SPF15, melindungi kulit anda dari kesan kerosakan haba dan sinar UVA / UVB. Sekiranya anda memiliki masalah kulit yang kering, losyen ini akan membantu menegembalikan semula tahap lembapan, kelembutan serta kualiti kulit anda. Dengan kandungan oatmeal serta emolien yang sangat menenangkan, anda kini bebas melakukan aktiviti luar tanpa perlu memikirkan efek sunburn.

6. PALMER’S Coconut Oil Formula Body Lotion

Diperkaya dengan Coconut Oil, Tahitian Monoi Oil serta bahan-bahan mentah semulajadi, Palmer’s Coconut Formula Losyen badan ini amat sesuai untuk ibu mengandung. Ianya akan membantu dalam mengurangkan kesan parut atau stretch marks di badan akibat regangan. Losyen badan ini juga mengandungi tahap protein yang tinggi dan penting buat menjaga kelembapan kulit anda. Produk ini sangat disyorkan oleh pakar buat ibu mengandung untuk menjaga kesihatan kulit.

7. BURT’S BEES Radiance Body Lotion with Royal Jelly

Dengan kandungan padat madu lebah serta Royal Jelly di dalamnya, Burt’s Bees Radiance Body Lotion ini telah terbukti berkesan dalam mencerah dan meningkatkan tekstur sehingga 1 tona lebih cerah. Mineral yang terdapat di dalam produk ini pula akan membekalkan kelembapan buat kulit anda sepanjang hari. Dengan bantuan Sunflower Oil dan Aloe Vera, kulit anda akan tampil lebih cerah dan menawan. Gunakan secara konsisten untuk mendapat hasil yang ketara. Kini, anda tidak perlu risau tentang masalah kulit gelap lagi!

8. Dove Derma Series Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion

Losyen badan dan tangan DermaSeries Dry Skin Relief dari Dove ini telah diuji secara klinikal, sesuai digunakan sebagai alternatif pelembap buat kulit kering terutama di bahagian badan dan tangan. Diperkaya dengan Amino Silk complex, losyen ini dapat melegakan kegatalan akibat kesan merekah dengan segera. Tidak melekit, mudah meresap dan berkrim, gunakan ia secara konsisten setiap kali selepas mandi agar kulit anda dapat dilindungi sepenuhnya dari masa ke semasa.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI