Produk muka tidak bergantung kepada jantina malah pemilihannya bergantung kepadajenis kulit dan keadaan kulit seeorang. Pemilihan produk yang tepat untuk kulit wajah yang berminyak sangat penting untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang baik serta dapat mengawal minyak di wajah.
Lazimnya, produk untuk kulit yang berminyak dihasilkan untuk mengurangkan pengeluaran
sebum yang dihasilkan oleh kalenjar. Namun, sekiranya produk ini digunakan secara
berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Produk yang sepatutnya
berfungsi untuk mengurangkan minyak menjadi punca kulit lebih berminyak.
Ads
Sumber gambar: Everyday Health
Menurut Dr. Ismaliza Ismail, pemilik Klinik Amisi dan pengasas Skin Valet, antara faktor
lain yang menyebabkan produksi sebum berlebihan dan menyebabkan kulit berminyak adalah
seperti ketidak seimbangan hormon, persekitaran sebagai contoh jika cuaca terlalu panas
maka ia akan menyebabkan sebum dikeluarkan lebih normal, tekanan, diet yang tidak
seimbang dan faktor keturunan.
Ads
Ciri-ciri produk terbaik untuk wajah berminyak.
Sumber gambar: Good Housekeeping
Dr. Ismaliza menjelaskan, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, rutin
penjagaan haruslah dilakukan dengan sempurna dengan menggunakan rangkaian produk
seperti pembersih muka, ‘toner’, pelembap jenis bebas minyak dan pelindung matahari.
1. Produk pembersih yang dicadangkan adalah produk yang mengandungi bahan seperti
salicylic acid, AHA, benzoyl peroxide kerana dapat membantu untuk mengurangkan
sebum tanpa mengeringkan kulit.
2. Produk pelembap juga wajib digunakan kerana ia membantu untuk mengawal
produksi minyak pada wajah dan melembapkan muka untuk kekal segar.
3. Pelindung matahari juga membantu bukan sahaja untuk mengawal minyak di muka,
malah ia juga mengurangkan kilauan minyak pada muka.
Ads
Rawatan klinikal yang berkesan untuk wajah berminyak.
Sumber gambar: Skincare.com
Bidang perubatan estetik menyediakan pelbagai rawatan untuk mengurangkan masalah kulit
yang berminyak. Antaranya seperti ‘dermaabrasion’, rawatan laser, ‘photodynamic’,
‘photofacial’ dan juga IPL (intense pulse laser). Kesemua rawatan ini membantu untuk
mengurangkan produksi sebum untuk memastikan kulit tidak kering.
Apa yang anda perlu tahu tentang masalah kulit berminyak?
Penyebab sebenar kulit berminyak terletak pada solekan seseorang.
Kulit mempunyai pelembap semula jadi yang terhasil daripada tubuh manusia sendiri
iaitu sebum.
Sebum dihasilkan dibawah kulit oleh ‘sebaceous gland’.
Sebum berfungsi sebagai pelembap natural untuk melindungi kulit daripada masalah
kulit kering.
Jika sebum dihasilkan dengan banyak dan tidak terkawal, maka terjadilah kulit
berminyak.
Kuantiti pelindung matahari yang bagus untuk digunakan adalah dalam sukatan satu
sendok teh.
Apabila kadar air seimbang di dalam kulit, maka ia membantu untuk mengawal
produksi minyak.
Tabiat gaya hidup boleh menjejaskan penampilan kulit, jadi penting untuk
mendapatkan jumlah rehat yang betul, mengekalkan rutin pembersihan yang
konsisten, dan mengelakkan produk yang tidak berkualiti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk mencari koleksi hijab yang sesuai dengan aktiviti dan memberi perangsang kepada hijabi untuk kekal berhijab. Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun. Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini.
Apa Yang Berbeza Dengan Koleksi Akhir Tahun ini? Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi akhir tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden.
Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.
Mengenai Koleksi Ini Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang di minati oleh pengguna diluar sana.
Dari situ, pasukan rekaan Hanami telah menemukan kesimpulan bahawa para pengguna semakin menghargai dan mencintaai rekaan dari koleksi flora digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia pakai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah disamping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.
Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi akhir tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berpeluang menuntut ilmu di negara orang adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan buat sesiapa yang mendapat peluang sebegitu. Tidak semua di antara kita yang mendapat kesempatan begini jadi peluang yang sudah ada di depan mata haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Begitulah yang boleh kita kaitkan dengan kisah Amira Alisha Azhan,23, pelajar perubatan tahun enam di Jordan. Mesra dipanggil Alisha, Rezeki menimba ilmu di sana ternyata membuka banyak peluang untuk dirinya dan rakan-rakan untuk menjelajahi banyak negara selepas tamat musim peperiksaan.
“Saya selalu melancong bersama sekumpulan rakan saya ke destinasi pilihan selepas pada cuti musim panas atau musim salju. Kebiasaannya pada musim salju. Jadi kita akan pergi bercuti bersama-sama untuk menghilangkan tekanan selepas penat menelaah untuk peperiksaan.
“Kami juga akan mencari kesempatan untuk bercuti sewaktu mahu pulang ke Malaysia. Kadang kala transit untuk menunggu penerbangan pulang ke tanah air boleh mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya dan rakan akan meneroka dahulu negara orang sementara menunggu waktu berlepas. Contohnya, pada waktu itu kami sempat ke Qatar, bak kata orang, sambil menyelam minum air!” ujar gadis yang berasal dari Shah Alam ini.
Semakin banyak tempat yang diterokai maka semakin banyak jugalah cabaran yang perlu dihadapi. Alisha juga turut tidak terlepas daripada menerima dugaan sewaktu bercuti. Ceritanya, dia pernah dua kali mengalami insiden malang berkenaan si penyeluk saku dimana dia mengalaminya dua kali berturut-turut dalam satu trip percutian yang sama.
“Kejadian pertama yang berlaku sewaktu berada di Rome, Itali, saya memang tidak sedar beg duit saya yang mengandungi kad pengenalan, visa Jordan, wang, kad pelajar, kad bank semuanya hilang dikebas oleh si penyeluk saku. Itu sememangnya mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati agar menjaga barang berharga dengan sebaik-baiknya dan tidak membawa beg duit ketika bercuti,” jelas anak sulung daripada empat beradik ini.
Namun, siapa sangka insiden malang itu berulang lagi dua hari selepas itu. “Saya tidak sangka kejadian sebegini menimpa diri saya sekali lagi. Ketika itu saya berada di stesen keretapi di Barcelona,Sepanyol. Saya sudah belajar daripada kejadian yan berlaku sebelumnya dengan memasang kunci pada beg tetapi entah bagaimana mereka ini terlalu licik.
“Mereka ini (penyeluk saku) membuat drama ataupun prank di situ seolah-olah keretapi itu tersekat hingga menimbulkan kekecohan. Ramai yang menjadi konco-konco mereka ini sebenarnya dan akhirnya mereka berjaya mencuri kaca mata hitam saya dari dalam beg tanpa saya sedari,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai kenangan manis, bagi Alisha itu sememangnya sukar untuk dijelaskan kerana terlalu banyak memori manis yang dilakar sewaktu bercuti ini. “Bagi saya, apa yang membuatkan saya gembira itulah kenangan manis. Misalnya apabila saya dapat melihat sesuatu yang baru, yang lain daripada apa yang ada di negara kita, benda yang boleh kita belajar seperti budaya masyarakat mereka, pemandangan negara yang cantik, jadi semua itu menjadi momen manis buat diri saya.
“Memang pengalaman sebegitu kita akan dapat juga jika kita melancong bersama keluarga tetapi ada sesetengah perkara yang keluarga kita tidak berminat atau tidak mahu lakukan contohnya menaiki permainan roller-coaster. Orang tua kita pasti agak keberatan untuk mencuba permainan sebegini berbanding dengan anak muda,” ujar hijabi yang bakal bergelar doktor ini.
Selain itu, Alisha juga turut menjelaskan banyak perbezaan dan cabaran yang dihadapi di antara melancong bersama kawan ataupun bersama keluarga. “Jika kita melancong bersama teman, kita haruslah betul-betul berdikari dan pastinya akan lebih berkira-kira mengenai soal bajet berbanding bercuti bersama keluarga.
“Jika bersama kumpulan rakan, kita harus berusaha dengan lebih lagi contohnya mencari tempat tinggal berpandukan alamat yang diberi, menjadi bagpackers, ataupun mengheret beg dari satu tempat ke satu tempat. Kita juga perlulah pandai dan tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam mencari arah makanan.
“Satu lagi cabaran jika kita travel bersama rakan pastinya berkenaan duit. Jika bercuti dengan keluarga, pastinya kita tidak perlu risau kerana ibu bapa akan menyediakan segalanya tetapi jika bersama teman, kita perlu bijak untuk menguruskan wang supaya boleh survive di negara orang. Inilah saat yang kita akan sedar besarnya nilai duit itu dan akan rasa sayang untuk menggunakannnya. Di sinilah kita akan mengeluarkan bajet mengikut kemampuan kita,” jelasnya lagi.
Mengenai peranan setiap individu dalam sesebuah kumpulan ketika bercuti, Alisha menjelaskan caranya mungkin berbeza dengan kumpulan lain di luar sana. Jika mengikut cara dia dan kumpulannya, mereka akan membahagikan tugas tersebut mengikut hari. Misalnya, setiap orang dalam kumpulan itu akan mengambil tugas sebagai ketua untuk sehari dan ketua inilah yang akan menentukan destinasi dan aktiviti yang akan mereka pergi dan lakukan pada hari tersebut.
“Ketua ini juga perlulah mengetahui cara dan bagaimana itu ke lokasi berkenaan. Seperti pengangkutan apa yang perlu dinaiki dan lain-lain. Bagi saya dan kumpulan saya, kami mewajibkan untuk seorang ketua ini mengetahui sedikit ilmu mengenai tempat yang akan diterokai. Sebagai contoh, sewaktu kami ke Granada, Sepanyol, ketua ini perlu mengetahui sejarah tempat itu dan menerangkannya kepada kumpulan. Itulah yang kami amalkan,” kata bekas penuntut MRSM Tun Ghafar Baba ini.
Sememangnya cara yang diamalkan oleh Alisha dan kumpulan rakan percutiannya ini sangat membuka mata semua. Tidak hanya sekadar bercuti, ilmu juga boleh dikutip sewaktu melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Banyak destinasi yang telah diterokai bersama rakan-rakannya seperti Turki, Sepanyol, Itali, Sweeden, Norway, Denmark, Qatar dan Saudi Arabia. Alisha juga mengakui sering bercuti dengan rakan-rakan yang sama kerana sudah selesa begitu dan kebiasaaannya hanyalah mereka bertiga sahaja.
“Saya selalu bercuti dengan orang yang sama kerana bila kita hendak bercuti ini kita perlulah mencari orang yang kita selesa bersama. Mereka yang sudah faham bagaimana perangai diri kita yang sebenar supaya percutian itu menjadi seronok kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.”
Tambahnya, dalam sesebuah kumpulan ini, perlulah ada banyak give and take untuk mengelakkan perselisihan faham. Disebabkan itu jugalah perlunya kita mencari teman bercuti yang betul supaya tiada masalah yang tidak dingini yang berpunca daripada seseorang individu itu berlaku di kemudian hari.
Alisha juga menjelaskan banyak manfaat yang boleh diterima sewaktu bercuti bersama kumpulan ini. “Menerusi cara ini, kita dapat belajar cara untuk berdikari di negara orang. Selain itu, kita juga akan lebih mengenali siapa rakan kita yang sebenar. Jujurnya, saya merasakan kita akan menjadi lebih rapat lagi dengan rakan kita selepas tamat waktu percutian itu.
“Seterusnya, kita akan belajar bagaimana untuk menguruskan duit dengan bijak tetapi pada waktu yang sama dapat menikmati waktu percutian itu dengan sebaik-baiknya. Kita juga akan menjadi lebih prihatin dengan keadaan rakan kita jika mereka kurang berminat dengan aktiviti yang dicadangkan. Inilah pentingnya komunikasi dan pentingnya untuk kita memahami perasaan orang sekeliling,” luahnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, peminat setia warna merah jambu ini sempat menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana yang ingin merancang percutian bersama. “Nasihat saya untuk gadis-gadis di luar sana, rancanglah percutian dengan sebaik mungkin. Kita boleh juga untuk ‘redah’ sahaja tapi lebih baik kita merancang dahulu dengan menyediakan jadual.
“Namun, kita tidak bolehlah menjadi terlalu rigid dengan mengikut jadual itu bulat-bulat sebab kita perlu ingat kita tidak tahu apa, musibah yang akan tiba-tiba berlaku di sana. Jadi kita perlu pandai membuatkan masa kita lebih flexible.
“Sememangnya tiada masalah pun untuk kaum perempuan untuk bercuti bersama asalkan kita tahu menjaga dan mengawal diri. Tahu batas kita supaya tiada masalah yang akan timbul. Selagi ada peluang untuk melancong, pergilah. Melancong bukan hanya membuka mata tetapi mampu menjadikan kita menjadi seorang yang lebih matang. Yang paling penting sekali, ingatlah bahawa kita ini hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang hanyalah Sang Pencipta,” tuturnya menutup bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini Hijabista ada memaklumkan bahawa usahawan yang juga pelakon jelita, Syifa Melvin bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pemain bola sepak JDT Safawi Rasid pada 3 disember ini.
Lebih memeranjatkan lagi apabila sejak semalam tular pula kad undangan perkahwinan majlis bertandang sebelah lelaki memaparkan nama kedua pasangan itu di laman sosial.
Dalam kad yang tular berkenaan, difahamkan majls bertandang itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Dungun Terengganu.
Bagaimanapun, empunya badan mengambil langkah mengunci mulut dan enggan mengulas perkara itu. Syifa turut menzahirkan rasa terkejut bagaimana warga maya mengetahui perkara itu sedangkan dia tidak menuar-uarkan kepada umum.
“Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun diamkan diri.
“Kalau tarikh tu, anda nak percaya, percayalah. Hampa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak,” ujarnya.
Tambah Syifa lagi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mahu ‘merahsiakan’ mengenai berita perkahwinan itu.
“Masih terlalu awal menguar-uarkan, berita tentang perkahwinan mereka kerana masih belum ada ikatan sah selain bimbang dengan penyakit hasad dengki ‘ain’ manusia.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.