Rumah anda terasa panas bak ketuhar? Dah pasang air cond full blast pun masih terasa bahangnya? Tahukah anda, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negara kita kini berada pada musim peralihan monsun, hingga mengakibatkan pertukaran cuaca yang tidak menenentu.
Justeru, berikut adalah beberapa langkah yang boleh sis amalkan untuk mengekalkan ‘hawa dingin’ dan rasa sejuk di dalam rumah.
Jika rumah anda masih menggunakan lampu kalimantang jenis mentol pijar, amda digalakkan untuk menggunakan mentol jenis LED. Selain membantu mengurangkan haba panas, mentol jenis LED juga dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik tau.
Langkah kedua adalah dengan menggunakan langsir yang tebal dan berwarna gelap. Ini kerana langsir yang berona gelap mampu menghalang cahaya matahari tembus ke dalam ruangan rumah anda.
Jadi sebelum keluar rumah tu, jgn lupa untuk tarik langsir dan pastikan tiada cahaya matahari yang masuk dalam rumah, barulah pulang ke rumah nanti, rumah sejuk je.
Selain itu, anda disyorkan untuk memasang ‘tinted’ pada cermin tingkap di rumah anda, pemasangan tinted yang gelap dan berkualiti akan menjamin rumah menjadi lebih sejuk kerana tinted akan memantulkan haba matahari dari membuatkan rumah menjadi panas.
Langkah yang terakhir adalah yang paling basic sekali boleh dilakukan oleh anda semua, iaitu bersihkan habuk yang melekat pada kipas anda, kerana kipas yang kotor akan memperlahankan kelajuan bilah kipas dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berpusing.
Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya.
Dah tau cara yang betul untuk kekalkan rasa sejuk dalam rumah? Jangan lupa amalkan tau!
Kita mesti biasa dengar mengenai mitos-mitos mengenai kesihatan yang sering kita anggap benar. Sebab semua orang percaya akan mitos itu, maka kita pun tanpa usul periksa ikut sahajalah apa yang disampaikan itu. Entah betul entah tidak.
Menjawab segala mitos kesihatan mengarut melalui instastory, doktor tersohor, Dr. Amalina Bakri memberikan penerangan yang ringkas namun jelas kepada semua agar tidak terpengaruh lagi dengan perkara-perkara yang tidak benar.
Moga lepas baca penerangan daripada Dr.Amalina ini, kita tidak akan terpengaruh lagi dengan benda-benda karut yang akhirnya memberi kesan buruk pada diri sendiri. Ingat ya girls, kaji dulu sesuatu sebelum melakukan sesuatu!
Lupakan sejenak artis antarabangsa, ini yang patut menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia. Pratonton dokufilem SITI ARE YOU READY, hijabista minta kita rakyat Malaysia lupakan sahaja untuk mengaggungkan artis luar Negara.
Apa sahajalah yang tidak mampu dilakukan oleh seorang lagenda bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Diselang-seli dengan kesibukan dalam persiapan melakukan konsert berskala besar di tiga buah Negara, bersulam dengan kesibukan memikul tugasan sabagai isteri dan ibu, Siti mampu melengkapkan filem dokumentari yang bakal menjadi santapan jiwa buat peminat Siti khususnya.
Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau ‘berlawan’ dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilalui menuju ke hari konsert.
Belum pernah tengok sisi lain Siti? Rugi kalau anda tidak menonton filem dokumentari yang berdurasi selama 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “untold story” sepanjang jelajah konsert ‘Dato’ Sri Siti on Tour” di tiga buah Negara iaitu Idonesia, Singapura dan Malaysia.
Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.
Wajah yang sentiasa terpamer dengan senyuman tersimpan seribu kepayahan, kesusahan meniti perjalanan sebagai seorang anak seni yang menjadi seri bintang di dalam industri ini. Jarang melihat Siti bermasam muka, marah dan ekspresi diri yang negatif, namun dokufilem ini anda akan lihat segala-galanya yang tidak pernah ditontonkan di khalayak ramai. Terkesima? Ya melihat wajah manis itu berubah ketika menahan kemarahan tetapi anda akan rasa detik itu sangat perit untuk Siti galas sepanjang kariernya.
Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsrt tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buat Siti dan para pecinta penyanyi kesayangan ramai ini.
Segala pengalaman bersama peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.
Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? Mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah file mini. Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi bila apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung.
Ini semua bakal anda rasai memalui filem ini, penuh jiwa dan rasa! Anda hanya perlu melanggan ke saluran Astro 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan kensert selama 48 jam (2 hari) secar berulang-ulang. Ikuti info dank lip-klip menarik tentang file mini menerusi akaun instagram, Facebook, Twitter Astro First.
Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 di rumah panggung rumah anda, dengan harga USD4.99 dan boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Berlangsung pada 22 Disember 2021 pratonton bersama selebriti dan media, pihak produsi Siti Nurhaliza Productions mengumumkan sejumlah sumbangan hasil dari langganan anda akan didermakan pada mereka yang terkesan dengan bencana alam baru-baru ini.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, telah memilih TikTok, platform yang paling pesat berkembang untuk penemuan muzik secara ekslusif begi memperkenalkan filem dokumentari Siti: Are You Ready? Beliau memulakan akaun TikToknya apabila lockdown berlaku di Malaysia dan telah mengumpul lebih 1.3 juta peminat di platform tersebut. Sejak itu sebagai pengguna aktif, Siti telah melihat potensi aplikasi tersebut dan teruja untuk berkongsi dokufilem pertamanya secara eksklusif di TikTok!
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minggu lalu kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey. Hari ini dikejutkan pula dengan ‘kepulangan’ Ashraf Sinclair, 40 ke negara abadi. Aktor yang di lahirkan di London dan dibesarkan di Malaysia ini meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.
Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.00 pagi tadi. Ashraf lahirkan pada 18 September 1979. Adik kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari (BCL) pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
MENGIMBAS DETIK PERKENALAN
Mengimbas detik pertemuan antara Ashraf dan BCL, mereka bertemu dalam satu program di Malaysia. Yang paling diingati dari pertemuan itu, Ashraf salah tersebut nama BCL. Ashraf telah memanggil BCL dengan menyebut Bunga Cinta Lestari.
Pertemuan pertama BCL dan Ashraf terjadi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada April 2007. Ashraf tidak tahu siapa itu BCL. Dalam talk show itu, sepatutnya rakan Ashraf yang mewawancara BCL. Akan tetapi dek kerana rakan Ashraf ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka produser menggantikannya dengan Ashraf. Itu pun Ashraf terlewat sejam.
TERSALAH SEBUT NAMA
Ashraf tidak kenal BCL. Prosuder hanya memberi petunjuk, BCL adalah penyanyi merangkap model dari Indonesia. Ketika wawancara berlangsung, Ashraf tersalah sebut nama BCL. Sepatutnya Bunga Citra Lestari tetapi disebut Bunga Cinta Lestari.
Namun daripada pertemuan itu, Ashraf mengakui bahawa auranya kuat sehingga dia meninggalkan catatan istimewa buat BCL.
Catatan itu bunyinya begini, “First impression, kamu memiliki pesona. Itu yang saya lihat.”
Sejak itu mereka menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk membina mahligai cinta. Ternyata cinta suci Ashraf kekal hingga ke akhir hayatnya.
Al-Fatihah….
Sumber kredit: Harian Metro dan tabloidbintang.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.