“Cantiknya Sis Berhijab”- Netizen Puji Penampilan Zira Ayub Makin Jelita Setelah Bertudung, Walaupun Iras Nabil

Share

Semua sedia maklum pengacara popular Meletop, Nabil memang berkongsi akaun Instagram dengan isterinya Zira. Malah keduanya turut menggunakan akaun nama gabungan kedua-duanya dan sering muat naik aktiviti mereka sekeluarga di laman sosial.

Dan selepas melahirkan cahayamata ketiganya, isteri kesayangan Nabil, Zira Ayub telah dilihat muat naik fotonya memakai hijab.

Pada mulanya hanya menyangka dia berhijab sempena sambutan majlis Aidilfitri lalu, tetapi selepas itu pun Zira ada muat naik fotonya yang berhijab.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari mulut Zira sendiri, tetapi rata-rata pengikut pasangan yang berjumlah 1.8 juta ini gembira dengan perubahan pada Zira.

Bukan hanya pada akaun Instagram @nabilzira, tetapi akaun milik Zira sendiri @zira.ayub juga turut muat naik fotonya sempurna berhijab.

Ramai memuji Zira kelihatan sangat cantik setelah berhijab dan ada juga yang turut mendoakan agar dia kekal istiqamah dengan penampilan barunya.

hanawatiey cantiknya

hi.radhiahramli_ cantikla sis natural beauty semoga terus istiqomah

zuera_ezoera Cantik.. Semoga istiqomah

animkl Cantik nyerr pakai tudung

Ada juga yang memberi komen seperti wajah Nabil bila Zira memakai hijab.

dayahomar88 Nabil pakai tudung

fieraedoracheazmi Serious la Ingat nabil pakai tudung!! Aduhhh hahaha

erinhalim Macam nabil

Hijabista juga ucapkan tahniah dan alhamdulillah jika benar Zira sudah berhijab. Walaupun berhijab tidak membataskan kitra untuk melakukan aktiviti disukai asalkan tahu batas aurat.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILZIRA & ZIRA AYUB

IKLAN