“Cantiknya Fasha Berhijab, Bagai Bidadari,” – Netizen Puji Penampilan Fasha Sandha Di Majlis Pernikahannya

Share

Pelakon Fasha Sandha akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Aidil Aziz dalam satu majlis akad nikah yang cukup sederhana. Hanya dengan sekali lafaz pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri tepat jam 8.45 pagi di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis.

Pada majlis itu, Fasha mengambil keberkatan dengan memakai hijab lengkap yang dipadankan dengan dress rona putih. Dengan solekan ringkas menyerlahkan kejelitaan ibu kepada dua cahayamata ini.

Ternyata penampilan Fasha sangat oustading di majlis pernikahannya. Dress putih sentuhan dari pereka duo Rizman Ruzaini nyata cukup cocok sekali kala tersarung pada tubuh Fasha Sandha.

Paling menyempurkan penampilan di majlis akad nikah adalah hijab yang dililit cukup sempurna dan tidak keterlaluan serta menutup leher.

Ditambah dengan solekan sentuhan Dato Alha Alfa menyerlahkan kejelitaan wajah Fasha Sandha. Malah penampilan Fasha di majlis pernikahannya itu juga turut mendapat pujian netizen.

Ramai juga mendoakan agar Fasha kekal berhijab dan istiqamah selepas ini. Tidak kurang yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada keduanya dan moga berbahagia till jannah.

noramuhamaad Subhanaallah bidadari

hooneymommy Semoga Perkhawinan ini diberkati dan berkekalan hingga ke Syurga

my0ren Wow stunninng!

helmi_helium So beautiful

kaknur_saunaku_setkurus Alhamdulillah cantiknya berhijab

ziehahumairahcouture Canteknya @fashasandha, nnt pakai tudung terus la…nampak aura lain sangat

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FASHA SANDHA

IKLAN