Kecantikan

Cantik Cara Lufya, Tolak ‘Jarum Susuk’ & Pilih Rawatan Akupuntur Untuk Wajah Kekal Muda Serta Lebih Berseri

Share

Setiap wanita memang begitu menjaga kecantikan dan penampilan diri. Lebih-lebih lagi jika diri mereka termasuk dalam kalangan selebriti atau ‘public figure’ yang mana kelibat mereka sering menjadi perhatian. Ada pelbagai cara untuk cantik dan terpulang pada cita rasa masing-masing. Bagi Lufya, dia tidak perlukan suntikan vitamin C, botox tau menggunakan bahan terlarang, sebaliknya selesa melakukan rawatan akupuntur untuk muka dan juga badan. Dalam posting

terbarunya di laman instagram sedang menunjukkan dia menjalani rawatan akupuntur di bahagian muka dengan kelihatan jarum dicucuk di bahagian tertentu pada wajahnya.

Sekali pandang memang mengerikan tetapi menurut Lufya itu ‘bukan jarum susuk’ kerana dia tidak berminat dengan benda-benda khurafat sedemikian. Menurutnya sudah dua tahun dia mengamalkan rawatan akupuntur ini untuk nampak lebih muda. Dia juga sebelumnya sering mengalami masalah bersin/sinus yang teruk dan sekarang sudah banyak perubahannya.

Lufya ini jarang sekali mengalami bersin terutama sekali pada waktu pagi. Malah melalui rawatan akupuntur di muka dan kepala itu juga menjadikan kulitnya semakin tegang, lebam pada bahagian mata beransur pulih, kulit juga jarang timbul jerawat dan masalah migraine yang dialami juga hilang. Bukan itu sahaja rawatan ini juga turut dapat menaikkan seri wajah. Dan Lufya kini dalam proses menjalani rawatan sama untuk mengecilkan perut, peha dan kawasan tertentu.

Lufya turut memberitahu ketika di awal perkahwinan dia sering datang berurut untuk mendapatkan zuriat dan alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya beberapa bulan selepas berurut dia disahkan mengandung. Dia juga percaya rawatan akupuntur yang dilakukannya kerana dibuat bersama wanita Islam yang mahir dalam bab berkenaan. Selain harganya berpatutan, layanan yang diberikan di pusat rawatan ini juga sangat mesra serta ikhlas dalam merawat setiap pesakit mereka.

Statusnya ini juga turut mengundang reaksi netizen. Malah ramai yang tertarik untuk mencuba rawatan yang sama dan berterima kasih pada Lufya atas perkongsian ilmu berkenaan. @maria_ghazali Fya…patut la cantik skrg…sakit tak ekkk??? @tina_kayyy Sakit ke tak…byaknya kt muka fya @_nfs95@lufyalaana sy mygrin terok sgt n kerap tk bole silap mkan sikit kdang tk tertgong rse sakit tk jarim tu ccok kt muke? KREDIT FOTO: INSTAGRAM LUFYA

IKLAN