Cantik & Ayu Bertudung Labuh, Peminat Puji Penampilan Terkini Mia Ahmad

Share

Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Mia Ahmad mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambarnya di laman instagram mengenakan busana jubah berwarna coklat sambil bertudung labuh.

Hanya dengan solekan semula jadi, penampilan Mia itu memang membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya rasa tenang bila memandang.

Bukan itu sahaja, malah gambar sebelum ini juga turut menampilkan dirinya bertudung menutupi bahagian dada. Menyedari akan hal itu, ramai peminatnya yang memberikan pujian buat penampilannya yang terkini dan memberikan reaksi positif terhadapnya.

Biarpun sudah jarang muncul di kaca televisyen sejak berkahwin, Mia tetap aktif di laman sosial serta sering berkongsikan rutin hariannya buat pengikut instagramnya.

Sebagai rekod, Mia telah mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

 

IKLAN