Muzik video Muah Muah Raya dendangan selebriti serta usahawan viral, Dato Seri Vida (DSV) mendapat perhatian ramai setelah dilancarkan pada dua minggu lepas. Sehingga kini, muzik video yang sudah mendapat jumlah lebih 525 ribu tontonan itu mendapat pujian serta kritikan sehingga dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Kel Wen, pengarah muzik video Muah Muah Raya, dia bersama Dato Seri Vida dipanggil oleh pihak SKMM untuk menerangkan mengenai konsep muzik video tersebut. Perkongsiannya menerusi laman Instagramnya itu mendapat perhatian team Hijabista, untuk menemu bual secara eksklusif berkaitan isu berkenaan.

Kel Wen menerangkan bahawa pertemuannya bersama pihak SKMM bertujuan untuk menerangkan tentang video yang menjadi viral dek kerana mempunyai unsur-unsur LGBTQ yang membuatkan ramai yang memberi komen negatif. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tambahnya lagi, sebenarnya ramai yang tersalah faham mengenai konsep tersebut. Niatnya hanyalah untuk meraikan nilai cinta yang disulami dengan rasa sayang di hari raya, bukan untuk menyebarkan unsur-unsur yang tidak berkaitan sepertimana tanggapan orang ramai terhadap video tersebut.

IKLAN

“Ramai yang tersalah faham mengenai konsep video tersebut dan mempersoalkan tentang konsep LGBT yang ada dalam video tersebut. Konsep LGBTQ yang dimaksudkan ialah seperti lelaki berpakaian dan bersolek seperti wanita. 

Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Lelaki berpakaian dan bersolek persis wanita itu hanyalah simbolik untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang dalam video tersebut. Malah, dari dahulu lagi, kita dapat lihat ada sahaja lelaki berpakaian seperti wanita untuk suka-suka sahaja” ujarnya kecewa.

Kongsinya lagi dengan nada yang kecewa, dia begitu hairan melihat ramai yang memandang serius berkaitan hal itu dan menjadi sangat sensitif sehingga memberi komen-komen yang negatif dan tidak elok.

IKLAN

“Bagi saya, di luar sana ramai sahaja kaum lelaki yang berpakaian wanita untuk tujuan hiburan semata-mata seperti berlakon dan lain-lain . Begitu juga saya. Lainlah sekiranya di dalam video itu, ada babak dua orang lelaki bercium dan sebagainya, itu saya akui merupakan sebuah kesalahan besar yang menyanggah peraturan terutamanya di dalam agama Islam sendiri.

Bagi saya, tarian di dalam video itu juga tidak seksi dan tidak melanggar mana-mana peraturan. Malah, ia tampak molek dan tidak melebih-lebih. Jadi ia bukanlah sebuah isu besar pun. Seperti yang saya katakan tadi, ia hanyalah sekadar hiburan yang sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Sesungguhnya, muzik video Muah Muah Raya ini ialah sebuah hadiah untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dan untuk menjadi peringatan bahawa setiap orang berhak untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah tidak kira umur, saiz, warna kulit, jantina atau apa-apa sahaja,” komen Kel Wen tegas.

IKLAN

Menurut Kel Wen, muzik video Muah Muah Raya diinspirasikan daripada semarak rasa cinta yang ada dalam diri kita. Untuk menjadikan sambutan raya lebih bermakna, Kel Wen selaku pengarah yang menggalas tanggungjawab untuk mencorakkan muzik video tersebut, membawa tarian dan gaya solekan serta fesyen sebegitu hanya semata-mata untuk meraikan definisi cinta untuk semua di hari raya.

Sumber gambar: Instagram DSV & Kel Wen

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI