Penyanyi muda yang baru berusia 22 tahun, Masya Masyitah dikenali ramai, setelah tular menjadi mangsa fesyen, kerana acapkali berpenampilan ‘luarbiasa’ dari imej gadis berhijab.
Bagaimanapun, perkara itu sedikitpun tidak mematahkan semangat hijabi muda ini untuk terus bangkit menjadi sumber inspirasi, kepada golongan seusianya dengan memaparkan aset yang dimiliki hasil dari titik peluh dan jatuh bangunnya dalam industri seni tanah air.
Menerusi hantaran di laman Instagram baru-baru ini, Masya membuatkan rata-rata peminatnya merasa takjub, melihat gambar dirinya bersama sebuah kereta mewah jenis Porsche 718 Cayman.
“Tiada apa yang mustahil atas dunia ini… semua perkara boleh dilakukan dengan keyakinan,” tulis penyanyi lagu Teman Bintang itu.
Kereta mewah tersebut dipercayai dimiliki Marsya apabila dia pernah memaparkan dirinya sedang memandu kenderaan itu dalam satu muat naik di Instastory.
Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan Masya untuk mempunyai kehidupan yang selesa, malah ada diantara mereka yang melabel Masya sebagai ‘Jutawan Muda’.
Untuk rekod, Porsche yang dimiliki oleh Masya Masyitah adalah dari model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dilengkapi dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six berserta transmisi enam nisbah kelajuan.
Ads
Porshe jenis ini dianggarkan bernilai lebih kurang RM 700,000, salute lah dekat sis Masya ni!
Selebriti ini dikenali seorang yang sangat aktif dan gemar melakukan aktiviti lasak. Malah dalam temubual sebelum ini Uyaina Arshad memberitahu amat menggemari sukan kick boxing dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan. Namun siapa sangka, personaliti popular ini telah disahkan menghidap sakit jantung.
Terpanggil untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi, Hijabista menghubungi salah seorang teman baik Uyaina, Syifa Melvin yang juga terkejut apabila mendapat tahu berita berkenaan.
Menurut Syifa, Uyaina mengetahui dia menghidap sakit jantung pada bulan lepas setelah ditahan di wad selama beberapa hari. Sebelum itu memang dia dan teman-teman lain perasan perubahan pada diri Uyaina.
“Kami memang perasan yang dia semakin kurus, nampak tak sihat dan mukanya juga pucat. Jadi sangat terkejut bila dapat panggilan telefon mengatakan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh pengsan sebanyak dua kali di rumahnya. Rupanya Uyaina diserang mild attack ketika itu hingga menyebabkannya terpaksa ditahan beberapa hari di wad.
“Sebenarnya sakit jantung yang dialami Uyaina itu sudah ada sejak dia diahirkan lagi. Cuma bila badan dia berada dalam keadaan stress, tak cukup rehat dan kurang makanan menyebabkan jantung dipam terlalu laju
“Dia pun tak tahu ada mengalami masalah jantung ini hinggalah dimasukkan ke hospital bulan lepas. Masa itu Uyaina mengalami pitam, wajah pucat hingga mengalami pengsan,” ceritanya lagi turut memberitahu Uyaina yang dikenali selama ini seorang yang begitu aktif dan menjaga kesihatannya.
“Apa yang Syifa tahu, Uyaina mermang seorang yang begitu menjaga kesihatannya dan ambil makanan suplemen. Tetapi benda nak jadi dan mungkin juga disebabkan dia terlalu penat hingga berlaku kejadian berkenaan.
“Apa yang Syifa katakan pada Uyaina, jangan overwork body sebab kadang-kadang bila terlampau stress, kurang tidak dan tak cukup makan hingga boleh sebabkan tekanan darah lagi rendah dan boleh berlakunya masalah ini,” ujar Syifa ketika dihubungi.
Tambah Syifa lagi, selepas kejadia itu dia mahu sahabatnya itu kurangkan kerja, makan pada waktunya dan teratur supaya kejadian bulan lalu tidak berulang lagi.
“Buat masa sekarang Uyaina kembali bekerja macam biasa. Dia tengah shooting, habiskan penggambaran untuk rancangan Pesona Pengantin dan turut berlakon drama. Ketika sakit tempohari, dia diberikan cuti sakit seminggu.
“Keadaan dia juga sudah kembali normal, makan pun dah banyak untuk elak kejadian berkenaan berulang. Doktor juga ada nasihatkan supaya Uyaina belajar dari kejadian yang menimpa dirinya bulan lalu.
“Uyaina sendiri kena faham badan dia sekarang sudah tidak boleh terima untuk bekerja keras dan tak boleh stress bagi elak kejadian sama berlaku. Emak Uyaina pun ada nasihatkan kami kalau keluar supaya ingatkan dia untuk lebih jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan,” ujar Syifa yang baru bertemu sahabatnya baru-baru ini.
Apabila ditanya reaksi Uyaina ketika mendapat perkhabaran itu, Syifa memberitahu sahabatnya itu menangis dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Reaksi Uyaina bila dapat tahu dirinya menghidap sakit jantung dia menangis dan memang tak boleh terima. Dia tak percaya bila doktor sahkan dirinya menghidap sakit jantung.
“Bila doktor cakap pasal jantung, dia berharap bukan dirinya sebaliknya orang lain. Dia memang tak boleh percaya dirinya sedang sakit sekarang. Katanya lagi, dia baru 27 tahun dan masih tak percaya kena benda-benda macam ni.
“Tapi kami sebagai sahabat sentiasa beri sokongan dan semangat padanya. Kami beritahu, benda yang jadi ini sebagai beri tanda supaya jangan terlalu stresskan body dan terlalu lebih kerja. Tetapi hakikatnya dia dilahirkan memang dengan masalah itu,” cerita Syifa lagi yang mahu temannya itu sayang pada diri sendiri.
“Sekarang ini Uyaina kena jaga kesihatannya sendiri kerana tidak ada yang lebih layak jaga kecuali dirinya sendiri. Selama ini sepanjang 27 tahun hidup, dia baik-baik sahaja dan sekarang baru tubuh itu nak tunjukan tanda ada masalah begini.
“Alhamdulillah Uyaina semakin positif dan boleh menerima hakikat yang sebenar. Dia masih muda dan kena jaga betul-betul badan kerana nak guna lama. Sebagai kawan, Syifa nasihatkan Uyaina supaya jaga diri, makan dan rehat yang mencukupi,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Kapas merupakan alat pembersih wajah yang amat diperlukan oleh kaum hawa. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa kapas muka didatangkan dalam pelbagai jenis bentuk?
Terdapat kapas muka yang berbentuk bulat, ada juga kapas muka yang berbentuk petak. Malah, setiap jenis ka0as muka mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Jadi sebelum menggunakan kapas muka, apa kata anda cari tahu dahulu apa fungsinya, agar sesuai dengan cara penggunaanya. Jangan sampai tersalah guna sis!
Kapas ini adalah kapas yang paling umum serta sering digunakan dan mudah untuk anda dapatkan. Kapas berbentuk empat segi memiliki tekstur yang lebih tebal berbanding dari kapas yang lain.
Permukaannya juga lebih lebar dan lebih mudah menyerap sebarang cecair. Ini bertujuan memudahkan anda ketika mengaplikasikan skincare contohnya seperti toner atau sebarang produk pembersihan wajah (cleansing product).
Selain itu, kapas ini lebih mudah membuat produk tersapu merata dengan lebih cepat. Kapas berbentuk empat segi ini juga sering digunakan untuk membersihkan wajah dari solekan, hingga ke kuku untuk tujuan pedicure dan manicure!
Kapas ini memiliki tekstur yang lebih lembut dan nipis berbanding kapas empat segi. Oleh itu ianya amat sesuai digunakan terutamanya bagi hijabi yang mempunyai masalah kulit sensitif atau yang sedang ditumbuhi jerawat melata di wajah.
Kapas jenis ini memiliki tekstur yang sedikit kasar pada permukaannya. Namun, ini berkait rapat dengan fungsinya sebagai eksfoliator kulit yang akan membantu menghapuskan kotoran dan sel kulit mati pada wajah anda.
Berbeza dengan kapas biasa, peeling pads ini tidak dianjurkan untuk selalu di pakai setiap hari. Jika terlalu sering digunakan peeling pads akan membuatkan kukit wajah anda menjadi rengsa. Justeru, Hijabista menyarankan agar hijabi memakainya 1-2 kali sahaja dalam seminggu.
Umum sedia maklum bahawa kini kita sedang berada pada hari ketiga di satu lagi bulan mulia selain bulan Ramadhan iaitu bulan Zulhijjah. Di mana pada 10 hari terawal pada bulan ini jika direbut keistimewaanya dengan perlaksanaan ibadah dikatakan bakal memperoleh ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda.
Justeru, bagi kaum hawa khususnya para hijabi yang sedang berjihad menuju jalan yang diredai Allah SWT serta mempunyai hajat, bulan ini hendaklah dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, disini hijabista kongsikan keistimewaan dan kelebihan bulan Zulhijjah menurut sudut pandang dan penjelasan dari pendakwah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Asma’ Harun agar hijabi lebih cakna dan dapat mempertingkatkan ketakwaan serta merebut ganjaran pahala.
Ini adalah bertepatan seperti yang termaktub dalam firman Allah menerusi Surah Al-Fajr ayat 1 – 2 yang berbunyi:
وَالْفَجْرِ, وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Maksudnya: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).”
Tambah, Ustazah Asma lagi, perkara sama turut disebutkan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa ganjaran pahala yang diperoleh ketika melaksanakan ibadah pada bulan Zulhijjah langsung tidak dapat menandingi ganjaran pahala kerana berjihad di jalan Allah SWT.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali. (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Sehubungan itu Ustazah Asma’ mdengaskan bahawa, amatlah beruntung bagi sesiapa yang berkejar-kejar merebut peluang yang cukup istimewa ini untuk memperoleh ganjaran pahala yang telah dijanjikan Allah SWT.
Berikut merupakah tarikh 10 hari terawal yang terpenting dalam bulan Zulhijah dan wajar diberi perhatian khususnya buat kaum hawa melipatgandakan amalan:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh ALLAH untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
“Subhanallah, allahuakbar. 10 hari awal Zulhijjah ini juga disebutkan sebagai pesta ibadah buat umat islam yang terbesar, kerana ganjaran besar disediakan bagi sesiapa yang merebutnya.
“Sahabat semua, mari bersama perbanyakkan amal soleh sepanjang awal bulan Zulhijjah ini, mudah-mudahan asbab inilah kita dapat meraih syurga-NYA.
“Semoga kita tergolong bersama mereka yang diampunkan dosa sebelum dan akan datang,” titipnya.
Haa.. Dah tau kan bertapa besarnya ganjaran pahal sekiranya melipatgandakan amalan pada bulan Zulhijjah?
Ini demikian kerana, didalamnya tersembunyi hari-hari yang amat berkah dan paling bermakna serta penting di sisi Allah. Sebagai umatnya adalah amat digalakkan jika kita mampu menghayati hari-hari penting ini dengan penuh manfaat dan ketaqwaan.
Oleh itu, Hijabista berharap agar para Hijabi sekalian tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala dengan melipatgandakan amal ibadah masing-masing!
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.