Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Rezeki telah berpijak pada penyanyi, Masya Masyitah apabila telah menjadi juara pertandingan mencungkil bangkat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, telah menewaskan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Jelasnya, pertandingan tersebut sudah berlangsung selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewaskan lebih 3000 peserta yang bertanding.
Ads
Kefasihan Masya bertutur bahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas telah berjaya meraih perhatian dan membuatkannya menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Ads
Penyanyi lagu Halimunan itu telah mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia pada peringkat separuh akhir berdasarkan pilihan penonton.
Ads
Selain itu, personalitinya yang menarik dan menyenangkan membuatkan penonton daripada serantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir hingga menjadi juara.
Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer daripada Bon Jovi dan beberapa lagu bahasa Mandarin dan Tagalog.
Mengambil keberkatan Ramadan, pelakon, Elfira Loy mengajak orang ramai membantu keluarga dan individu yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dengan membeli tudung sambil beramal.
Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia enam bulan melancarkan projek amalnya bermula hari pertama Ramadan. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dengan nama The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Koleksi The Maharani Series dilancarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia pada 24 April. Elfira berkata, dia melihat kerjasama yang dijalinkan sebagai satu langkah baik dan sangat bertepatan dengan situasi getir yang melanda seluruh dunia.
“Saya percaya kita boleh memainkan peranan menyumbang pelbagai cara dalam usaha membantu mangsa COVID-19 dan mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup, ketika ini.
“Saya mendapat tahu jenama tudung itu sudah menyalurkan bantuan termasuk mengagihkan topeng muka dan sumbangan keperluan lain di Indonesia. Kini, mereka ingin memanjangkan bantuan di Malaysia pula.
“Tidak salah, berkongsi rezeki dalam membantu keluarga yang memerlukan. Kita negara serumpun,” katanya yang menjadi selebriti pertama disunting bekerjasama dengan jenama tudung berpangkalan di negara seberang itu.
Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.
Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.
“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak mudah untuk berjaya dan tiada apa yang dapat menghalangnya jika sudah menjadi Insan Terpilih dan disertakan dengan usaha yang berterusan. Malah faktor hidup kemiskinan juga tidak menghalang seseorang itu untuk mencapai apa yang diimpikan. Kejayaan manis gadis ini, Nurul Ezzatina Zaidi yang telah berjaya lulus ujian syahadah 30 Juz Al-Quran dan merupakan pelajar pertama dari Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi yang lulus ujian berkenaan.
Majlis yang diadakan selama dua hari pada hujung November lalu dan Nurul Ezzatina lulus ujian hanya dengan empat kesalahan sahaja. Sememangnya bukan mudah untuk menghafal Al-Quran 30 Juz dan Syahadah.
Dalam majlis itu, pada hari pertama dia telah berjaya menghabiskan 20 juzu dan pada hari kedua pula sebanyak 10 juzu lagi.
Dia mula memasuki Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi pada 2014 dan telah mendapat tajaan di Matan Langkawi dan merupakan anak kelahiran pulau lagenda berkenaan.
Sebelum itu Nurul Ezzatina telah menghabiskan hafalan 30 Juz Al-Quran pada 1 Februari 2016 dan pada 27 November lalu jadi hari bersejarah buatnya kerana lulus ujian syahadah.
Adik Ezzatina yang berpegang pada prinsip kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan sentiasa mendapat dorongan daripada ibu bapanya.
Selain itu dia turut mendapat sokongan daripada guru dan rakan yang membantunya merealisasikan impian menjadi seorang hafazah.
Katanya kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagikan masa.
Tambahnya lagi jika mahu berjaya kita perlulah mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Semoga kita memperoleh keberkatan dan rahmat dari-Nya.
Menjadikan media sosial bukan sahaja medan untuk mengeratkan silaturrahim atau berniaga, tetapi juga bagi menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Seperti perkongsia adik kepada selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang menyebarkan dakwah melalui Instagramnya.
Dalam status dimuat naik, Ruby yang juga isteri kepada pelawak dan pelakon Senario, Lan Pet Pet memberitahu ada 11 tanda orang yang berbahagia.
Antaranya adalah kurang bercakap kecuali hal yang perlu, sentiasa merendah diri, memelihara solat serta bersikap pemurah dan baik hati.
1. Kurang bercakap melainkan yang perlu. 2. Tidak berkongsi hal kehidupan peribadi di media sosial. 3. Sentiasa merendah diri, tawadhuk. 4. Berkasih sayang sesama makhluk. 5. Bersahabat dengan orang yang soleh/solehah. 6. Menjauhi daripda yang haram. 7. Tidak rakus dengan dunia. 8. Memelihara solat 5 waktu. 9. Sentiasa mengingati mati. 10. Pemurah dan baik hati. 11. Sibuk dengan Ibadah. .
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.