“Kain satin ni sebenarnya tak moleklah kalau kita nak buat pakai kat luar. Kainnya berkilat, menarik perhatian, nampak lekuk badan.” -Netizen
“Kain satin ni bahaya, sekali kena angin je terus nampak bentuk.” -Netizan
Itu antara komen-komen netizen yang respon terhadap isu tular baru-baru ini di platform media sosial berkaitan pakaian Muslimah yang dihasilkan daripada fabrik satin.
Kredit Foto: pexels.com
Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Malah, ia turut mendapat perhatian daripada pendakwah dan aktivis terkenal Ustazah Asma’ Harun.
Ustazah Asma’ Harun.
Berikut penjelasan dan nasihat Ustazah Asma’ Harun mengenai isu tersebut yang telah dimuat naik di Facebook miliknya.
“Sebenarnya bukan sahaja kain satin, bahkan apa sahaja kain yang sifatnya melekat pada badan dan boleh memperlihatkan lekuk tubuh adalah tidak menepati syariat Islam.
Ads
“Sekarang ramai sudah mula berfikir untuk mencari baju raya, berhati-hatilah dalam memilih pakaian, dikhuatiri hanya kerana ingin mengikut trend semasa kita mengabaikan nilai agama.”
Sekadar gambar hiasan. (Kredit Foto: pexels.com)
KONSEP MENUTUP AURAT BAGI WANITA
Jelas Ustazah Asma’ hukum menutup aurat bagi wanita ketika berhadapan dengan bukan mahram adalah WAJIB.
“Ia satu kewajipan yang tidak ada pertikaian berdasarkan surah al-Ahzab ayat 59 dan juga surah al-Nur ayat 30-31.
“Bila perlu keluar di khalayak, pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.”
Ads
Antara syarat-syarat yang ditetapkan syarak dalam menutup aurat ialah:
1- Pakaian mestilah yang tidak menampakkan bentuk badan.
2- Pakaian mestilah yang tidak menampakkan warna kulit.
3- Pakaian mestilah yang tidak terdedah, tidak nipis, tidak ketat dan seumpamanya sehingga boleh mendatangkan fitnah dan kebinasaan.
BERPAKAIAN & BERHIAS BERLEBIH-LEBIHAN
Menurut Ustazah Asma’ yang juga Pengasas Yayasan AlHijrah dan Penaung NGO Sahabat Amal Care ini, walaupun ramai yang sudah ada kesedaran untuk menutup aurat namun terdapat juga perkara yang tidak diambil perhatian sehingga membawa kepada TABARRUJ (berlebih-lebihan).
“Tabarruj ialah perbuatan wanita berhias secara berlebihan dengan menampakkan perhiasan dan anggota tubuh sehingga menarik perhatian lelaki yang bukan mahram.
Ads
“Bukan itu sahaja, ada juga yang gemar memilih warna-warna terang semata-mata untuk mengikut trend dan mempamerkan kecantikan diri.”
Sekadar gambar hiasan. (Kredit Foto: pexels.com)
Tambah Ustazah Asma’ wanita boleh berhias berlebihan hanya kepada suaminya sahaja. Ia berdasarkan kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah yang menyatakan bahawa:
“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijmak para ulama’ bersepakat adalah HARAM melainkan kepada SUAMINYA SAHAJA.”
Sekadar gambar hiasan. (Kredit Foto: pexels.com)
Kesimpulannya pemilihan fabrik yang tepat, tidak ketat, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh sangat penting kerana ia akan memelihara kemuliaan peribadi seorang wanita.
Sekadar gambar hiasan. (Kredit Foto: pexels.com)
“Pakaian itu mestilah tidak tabarruj (berlebih-lebihan) dan tidak menarik perhatian bukan mahram untuk melihatnya.
“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk difahami dan diambil perhatian bersama,” tulis Ustazah Asma’.
Sumber & Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pasti mempunyai cabaran dan pengalaman yang tersendiri sewaktu sedang hamil. Ada yang mengidam macam-macam, alami mual serta loya dan macam-macam lagi.
Bagi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah, pengalamannya mengandung anak kedua kali ini adalah berbeza seperti yang sebelumnya. Jika dahulu dia sering muntah, namun kali ini dia hanya merasa mual angin sahaja.
“Pregnancy kali ini beza betul. Memang betullah orang ckp, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kali ini tak ada muntah, just mual angin.
Dulu rasa nak melawa je…
“Cuma selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat. Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa.
“Kali ini rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana. Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah.
“Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia. Dah macam-macam ragam. Doakan semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” coretnya di instagram.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa yang sama seperti Aisyah dan meneka mungkin kali ini jantina bayi yang dikandungkan adalah lelaki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hujung minggu mesti ramai yang luangkan masa dekat rumah untuk berehat. Bagi hijabi yang tidak tahu nak buat apa, kata anda mula mengemas rumah dengan buang barang-barang yang tak digunakan lagi. Tahukah anda ramai juga ya suka menjadikan habit menyimpan barang yang tidak diperlukan atas sebab nilai sentimental.
Tidak dinafikan ramai juga manusia yang suka menyimpan barang dirumah mereka kerana rasa sayang pada nilai barang tersebut walaupun ianya hanyalah kotak hadiah, beg kertas berjenama yang cantik atau lain-lain. Kadang-kadang rasa tidak sampai hati nak buang kerana mungkin itu adalah hadiah pemberian dari orang yang kita sayang. Akan tetapi perlu diingatkan, sekiranya anda kerap menyimpan barang akan menyebabkan barang di dalam rumah bertambah dan kelihatan semak.
Pasti anda tidak suka melihat keadaan rumah yang dipenuhi oleh barang-barang. Akan tetapi selalunya orang berpegang pada nilai atau kenangan sesuatu barang tersebut. Jadi terus terbantut niat untuk membuangnya. Menurut kajian life storage, terdapat beberapa cara untuk anda membuang barang kenangan dengan tanpa rasa bersalah. Antaranya adalah:
1. Ketahui antara kehendak dan keperluan
Ramai juga yang tidak tahu membezakan antara keperluan dan juga kehendak. Ini kerana mereka menganggap semua benda adalah penting untuk disimpan. Senang sahaja nak tahu sesuatu benda itu adalah keinginan. Jika anda merasakan anda boleh bernafas tanpa sesuatu barang itu, itu dipanggil keinginan. Jadi anda boleh cuba untuk menilaikan barangan tersebut dengan sebaik mungkin sama ada anda memerlukannya atau tidak.
2. Pilih barang yang membuat anda rasa syukur dan gembira.
Jika anda memilih barangan yang menjadi keperluan hidup anda pasti anda akan rasa lebih bersyukur. Berbanding barang yang hanya anda inginkan hanya kerana mengikut sesuatu trend. Jika anda tanamkan dalam minda pasti anda tidak akan rasa serba salah untuk membuang barang tersebut.
3. Jangan memberi alasan
Kerap memberi alasan juga menyebabkan seseorang itu sukar untuk membuang barang-barang mereka apabila ditanya oleh orang lain. Apabila seseorang itu memberi alasan. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak sedap hati dan jadi malas untuk membuang barang tersebut kerana kerap memikirkan fikiran anda itu betul.
Sekiranya anda terasa seperti ini, langkah yang boleh diambil adalah mungkin anda boleh mendermakan barang-barang itu kepada orang yang memerlukan. Dengan ini, kita akan berasa tenang dan dalam masa yang sama dapat membantu orang yang memerlukan daripada diri kita.
4. Buang secara peringkat
Untuk mengelakkan emosi anda terganggu oleh kerana membuang barang-barang itu, anda digalakkan untuk membuang barang itu mengikut peringkat. Maksudnya, anda ambil sedikit masa untuk barang yang lebih bermakna. Asalkan akhirnya anda buang!
Dengan menggunakan cara ini, anda akan menjadi seorang yang lebih teliti apabila membuang barang dengan tidak terlampau mengikut perasaan.
Jangan rasa serba salah untuk membuang barang yang tidak diperlukan. Fikirkan tentang rumah anda akan kelihatan lebih luas dan selesa jika kita pandai mengatur rumah. Pasti malu apabila tetamu datang ke rumah dan rumah dipenuhi banyak barang. Selain itu, ia juga dapat melatih anda membezakan barang yang sudah tidak diperlukan. Selamat mencuba semua!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam kesibukan itu, Memey turut mempunyai kesempatan untuk menyediakan makanan buat suami dan anak-anak di rumah. Memang a multitasking woman lah!
Bertuah sungguh Norman Hakim dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah rajin turun ke dapur menyediakan hidangan buat mereka sekeluarga.
Walaupun ringkas menunya tetapi tetap nampak menyelarakan! Yang penting menyihatkan memandangkan Norman rajin ke gim setiap hari.
Menariknya lagi, siap dengan food presentation ala-ala hotel! Nampak, betapa istimewanya layanan Memey kepada Norman.
Selalunya Memey akan menyediakan menu-menu tersebut sebelum dia keluar bekerja. Orang tua-tua kata, kalau nak kekal bahagia dan disayangi suami kenalah jaga perutnya, kan?
Air tangan isteri memang mahal. Patutlah ramai yang puji Memey dan digelar isteri solehah.
MAKIN BAHAGIA, MAKIN SWEET!
12 tahun usia perkahwinan bukanlah tempoh masa yang singkat. Lebih sedekad! Memang terserlah kebahagiaan Memey dan Norman sekarang.
Makin sweet pula tu.
Yang penting mereka bahagia dengan cara sendiri di samping tiga cahaya mata yang comel serta bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Dengan jarak usia Memey dan Norman yang sangat jauh iaitu 12 tahun bukan halangan untuk mereka mengecap kebahagiaan bersama.
Ketika bergelar suami isteri, Norman berusia 35 tahun manakala Memey baru berusia 23 tahun.
Untuk info, Memey dan Norman bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey, manakala yang kedua bagi Norman.
Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!