Umum sedia maklum bahawa pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal kini sedang kritikal dan bertarung nyawa di Hospital Ampang Putri akibat mengalami pendarahan kronik dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Sehubungan itu, satu bacaan Yassin secara maya anjuran D Khadijah telah dilaksanakan malam semalam, bertujuan memohon kesembuhan dan kesihatan semula pelakon terbabit.

Semoga Allah Beri Kesembuhan Sempurna

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, malam semalam.

“Atas permintaan dan anjuran D Khadijah jemput semua hadir majlis bacaan Yassin secara live jam 8.30 malam ini di Instagram Ustazah Asma’ Harun, buat adinda Nad Zainal, yang kini sedang bertarung di ICU kerana jangkitan kuman di paru-paru 😰 mohon doakan Allah Ya Salam memberikan kesembuhan yang sempurna 🤲” tulisnya.

Hijabista difahamkan, bacaan Yassin yang diketuai Ustazah Asma’ Harun itu bermula pada jam 8.30 malam dan mendapat sambutan lebih kurang 4,500 orang warga maya, tidak terkecuali rakan-akan artis yang turut bimbang mengenai keadaan Nad Zainal.

IKLAN

Terdahulu, Hijabista ada melaporkan bahawa Nad sedang dirawat dan dipantau oleh doktor di Unit Rawatan Rapi salah sebuah Hospital swasta, kerana mengalami pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Artikel Berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!

Bagaimanapun, keadaan bertukar genting apabila rakan gandingan drama Cina Buta, Ungku Ismail Aziz memaklumkan kepada media bahawa doktor memberitahu Nad kini sedang berada pada fasa kritikal ekoran mengalami pendarahan tanpa henti dan pendarahan yang banyak pada bahagian paru-paru.

IKLAN

Untuk rekod, Nad dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.

Namun, doktor masih belum mengenalpasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad. Justeru, Nad kini berada dalam pemantauan empat doktor serta diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan agar dirinya kembali pulih.

Hijabista mendoakan agar Anad kuat mengharungi dugaan yang diberikan Allah ini, dan kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anak dalam keadaan sihat sejahtera seperti biasa.

IKLAN

Sumber: Instagram Ustazah Asma’ Harun, Nad Zainal & Ungku Ismail

Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI