Sejak mula dipertandingkan pada tahun 1891, angkat berat menjadi sukan yang didominasi oleh kaum lelaki.
Di beberapa negara terutama Asia dan negara Islam, penglibatan atlet wanita masih kurang. Ini kerana tiada peraturan khusus mengenai penggunaan hijab bagi atlet angkat berat.
Ketika itu muncul seorang wanita hebat bernama Kulsoom Abdullah yang merupakan atlet angkat berat wanita berketurunan Pakistan-Amerika Syarikat.
Ibu bapanya berasal dari Pakistan, tetapi dia dilahirkan di Kansas City, Amerika Syarikat.
Dengan keberaniannya, Kulsoom mampu mengubah peraturan dalam dunia angkat berat yang pada awalnya melarang pemakaian hijab.
Pun begitu, keberanian Kulsoom memperjuangkan pemakaian tudung bukan mudah kerana pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi.
Perjuangan Kulsoom Abdullah
Kisah perjuangan Kulsoom sendiri bermula apabila pakaian yang dipakainya dianggap bermasalah ketika menyertai Kejohanan Kebangsaan di Amerika Syarikat.
Ads
Memetik laporan VOA, pada 2010 Kulsoom sepatutnya muncul di Kejohanan Kebangsaan Angkat Berat Amerika Syarikat. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak hadir kerana pakaian dan tudungnya tidak dibenarkan oleh penganjur.
“Di pertandingan kebangsaan semua orang memakai apa yang dipanggil singlet. Ini adalah sut yang ketat dan harus dipotong di atas lutut dan siku. Pakaian itu jelas tidak menutup aurat,” kata Kulsoom Abdullah seperti dipetik Buzz.
Dalam sukan angkat berat, atlet memakai singlet untuk mendedahkan lutut dan siku. Ini bagi memastikan pengadil dapat melihat peserta tidak membengkokkan siku, berdiri tegak, dan tiada peralatan digunakan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet.
Ads
Kulsoom akhirnya mengemukakan permintaan untuk menukar kod pemakaian bagi membolehkannya memakai hijab. Bagaimanapun, USA Weightlifting menolak permintaannya dan perkara itu perlu dibawa kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Isu tersebut mendapat perhatian media nasional dan antarabangsa. Malah, Kulsoom turut mengadakan sidang media dengan bantuan Majlis Hubungan Amerika-Silam, yang akhirnya mendorong IWF menyemak semula kesnya.
“Anda tahu ia sangat menakutkan untuk menjadi orang pertama yang melakukan ini. Saya berharap ia tidak menjadi masalah besar dan mereka akan memenuhi kehendak saya. Tetapi ia menjadi masalah besar apabila banyak media membuat liputan mengenai kisah saya,” tambahnya.
Kepada IWF, Kulsoom berhujah bahawa pakaiannya tidak akan mempengaruhi penilaian pengadil. IWF kemudiannya bersetuju dan membenarkan Kulsoom memakai tudung dan pakaian berlengan panjang dalam pertandingan antarabangsa dan kebangsaan.
Ads
Mula Buka Peluang Kepada Atlet Berhijab
Selain itu, kemenangan Kulsoom turut mengubah sejarah sukan angkat berat. IWF menukar peraturan mereka dan membuka peluang untuk atlet wanita Muslim yang lain.
Pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2011 di Paris, Perancis, Kulsoom Abdullah yang mewakili Pakistan menjadi atlet angkat berat wanita berhijab pertama di peringkat antarabangsa.
“Masih sukar untuk percaya, saya melakukan sesuatu yang telah mempengaruhi ramai wanita lain di seluruh dunia,” kata Kulsoom.
Kredit Foto: Instagram Kulsoom Abdullah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“I tak botak.” Tenang kenyataan selebriti Fatin Afeefa sambil berkongsi rutin hariannya sebagai hijabi ketika menjaga rambut yang sihat, panjang dan lebat.
Sebagai wanita berhijab yang memakai tudung sekitar 6 ke 8 jam sehari, rutin penjagaan rambut yang betul amat penting bagi memastikan mahkota terjaga rapi.
Bagi aktres yang dikenali menerusi Tentang Bulan ini, kecuaian menjaga rambut boleh menyebabkan keguguran atau lebih teruk lagi masalah botak, atau Hijab Alopecia.
Sebagai pengguna setia jenama penjagaan rambut SugardollbyNN, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Afifah Shamsudin sangat menitikberatkan rutin yang betul, sama seperti zaman beliau freehair dahulu.
Kata isteri kepada usahawan Aliff Awang atau Opai ini lagi, “Sesetengah orang fikir buang masa menjaga rambut, mungkin sebab tiada siapa yang melihat ‘aurat’ mereka bila bertudung.
Tapi suami kita melihatnya. Your husband will see… Your botak hair,” kata Fatin Afeefa yang masih rajin membuat rambut di rumah untuk tatapan suami tersayang.
“I tak botak,” terang Fatin Afeefa sambil berkongsi 3 amalan penjagaan rambut yang sihat, panjang dan lebat.
TIP 1: Jangan tidur dengan rambut basah @ lembap
Rambut akan berminyak selagi tak cuci rambut dan bau kepam. Kalau tak cuci 3 hari, 3 hari la rambut penyek, berminyak dan berbau.
TIP 2: Jangan ikat rambut ketat sangat
Jangan beriya sangat ikat kuat-kuat. Fatin beli getah rambut yang murah-murah je di kedai DIY.
TIP 3: Jangan sikat rambut masa basah
Bila basah, rambut kita jadi sangat fragile. Kata Fatin, rambut basah tidak perlu disikat sebelum dikeringkan.
Meskipun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tahun lepas, Fatin Afeefa tetap menggunakan produk penjagaan rambut yang intensif bagi menjaga mahkota kesayangannya.
Memetik temu bual Media Hiburan bersama Fatin Afeefa, beliau pernah mengatakan niatnya berubah kerana ingin menjadi individu yang lebih baik daripada dulu. Keputusan itu diambil sejurus pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2023.
Doakan semoga ibu anak dua ini terus istiqamah berhijab.
Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan menjadi ‘cair’ meleleh, luntur dan menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
Demi mendapat hasil solekan yang baik, anda perlu melakukan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah terlebih dahulu. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
“Selalu saya buat yang asas seperti biasa, tapi yang WAJIB Muna akan pakai adalah face mask malam sebelum tidur, dan pagi sebelum bersiap tu akan pakai juga face mask untuk prep kulit muka biar moist, saya tak mahu tanggung risiko solekan cair jika wajah tak di prep sempurna,” Ujar Muna.
Salah satu cara lagi untuk mengelakkan solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Sama seperti yang di sarankan Muna.
“Tips untuk solekan stay on point, terutama bila cuaca panas adalah jangan pakai foundation tebal sangat. Sebab kalau terlalu tebal, dia akan mudah cair and cakey.
“Jadi Muna akan pastikan kulit mendapat lembapan yang betul dan secukupnya, sebelum bersolek, sebab bila based kulit kita dah cantik pakai foundation sedikit pun dah memadai.
Jangan Lupa ‘Setting Spray’
Selain itu, Muna menambah satu lagi cara untuk mencegah solekan ‘cair’ terutamanya pada waktu tengahari, aplikasikan primer sebelum foundation. Dan selepas bersolek, jangan lupa untuk gunakan setting spray.
“Lagi satu untuk solekan tahan lama jangan lupa gunakan setting spray juga,” ujar Muna
Secara keseluruhan, setting spray akan membentuk lapisan pelindung yang nipis pada solekan anda, dan membuat solekan kekal seharian. Jadi, pastikan anda menggunakan setting spray setiap kali selesai bersolek tau!
Memiliki kulit yang kusam bukan sahaja membuatkan anda nampak lebih berusia dari umur sebenar anda, malah ia juga menghilangkan aura seri wajah. Kesannya, wajah anda nampak tidak bermaya dan pucat!
Justeru, Hijabista berkesempatan menemui pelakon jelita, Yana Samsudin untuk bertanyakan apakah amalan yang dilakukan Yana, agar kulit wajahnya sentiasa kelihatan ‘glowing’ dan berseri.
Jelas Yana, selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, dia mengelakkan diri daripada melakukan satu perkara ini!
Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya Hijabi kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Tambahnya, fungsi solekan sememangnya bertujuan untuk menaikkan seri wajah, tetapi jika kerapkali dilakukan seri wajah akan hilang jika anda tidak lagi ‘rajin’ untuk mengenakan solekan.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Hijabi jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Yana tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...