Betul lah orang kata, kalau makin kurus makin nampak muda! Bila badan makin ringan dan sihat, kecantikan dalaman itu akan ‘auto’ terserlah pada wajah.
Begitulah perubahan terkini yang dapat dilihat pada Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih dikenali sebagai Shu Shukri. Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini kelihatan semakin cantik, pandai bergaya dan confident.
Namun, perubahan paling ketara yang kini menjadi bualan ramai ialah bentuk badannya yang semakin kurus persis anak dara walaupun berstatus ibu anak dua!
Memetik perkongsian video di Instagram Hijabista baru-baru ini, Shu mendedahkan rahsia kurusnya yang sebenar.
“Alhamdulillah..bukan makin cantik sebenarnya. Tapi bila ada satu beban yang Allah SWT dah angkat, ia akan terpancar pada wajah.
“Untuk kurus, Shu memang ada makan supplement di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam. Penting juga menjaga kesihatan mental kita, kesihatan fizikal dan sebagainya.
“Dulu Shu duduk Shah Alam, memang area rumah tu banyak fast food restaurant. Sekarang ni sejak duduk dengan Mama, Abah di Perlis memang mereka sangat strict bab pemakanan. Hari-hari makan homecooked. Memang healthy food, alhamdulillah.”
PEMBAKAR SEMANGAT
Pernah diperlekeh dan dihina hanya kerana bentuk badannya yang ‘berisi’ sebelum ini telah menjadi pembakar semangat kepada wanita berusia 29 tahun ini untuk berubah. Ternyata, usahanya tidak sia-sia.
Ads
“Shu kena hina dan diperendahkan. Gemuklah, buruk, perut dah menggelebeh lah. So itulah pembakar semangat Shu sebenarnya.”
Shu juga mahu membuktikan bahawa dia boleh sayang dirinya sendiri lebih daripada dia sayangkan orang lain.
MASALAH KULIT PALING TERUK
“Pernah satu ketika orang kutuk Shu gila-gila masa baru habis kes mahkamah dulu. Masa tu semua orang tegur perubahan wajah Shu.
Ads
“Sampai ada netizen yang tanya, Shu kena tumbuk kedua-dua belah muka ke? Tapi yang bagi negative comment tu tak banyaklah. Mostly yang positif semua. Netizen kita semua baik-baik.
“Itulah skin problem paling teruk pernah Shu alami. Dengan stres, hormon tak stabil lagi. Baru keguguran pula tu. Memang teruk sangat masa tu. Tak tahu nak buat apa.
Ads
“Akhirnya Shu jumpa skincare yang paling serasi dengan kulit Shu,” jelasnya.
NIKMAT BILA DAH KURUS
“Benda paling Shu happy sangat bila dah kurus ialah dapat beribadah dengan mudah. Kalau dulu, nak bangun tahajud ke nak bangun pagi ke macam malas je. Nak duduk di antara dua sujud pun sakit je buku lali. Sebab badan berat.
“Lepas tu dah dapat pakai baju-baju lama balik. Macam baju-baju yang Shu pakai kat Instagram tu kadang-kadang baju lama masa Shu anak dara dulu. Sebab Shu jenis yang menjaga (penampilan),” akhiri Shu.
Semoga Shu terus gembira bersama anak-anak serta menemui cinta dan kebahagiaannya yang sebenar.
Kredit Foto: Instagram Shu Shukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika melihat paras rupa aktres jelita serta usahawan, Sherry Ibrahim ini pastinya ramai tidak menyangka bahawa dirinya kini sudah berada di garis usia 40-an. Malah, kemulusan kulit wajah dan kecantikkanya terserlah persis gadis di usia 20-an.
Hal ini demikian kerana Sherry sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan. Lihat saja penampilannya yang sentiasa on point dan tubuhnya yang langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan.
Ketika disoal team HIJABISTA, apakah rahsia Sherry kekal menawan, bertenaga dan stylish! Ini respon yang diberikan oleh pelakon, penyanyi, pengacara serta bekas pramugari Sherry Ibrahim!
“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.”
Wajah Sherry Pernah ‘Breakout’ Teruk!
“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”
Nak Kecantikan Terjamin? Tidur Je!
“Tidur yang berkualiti dan secukupnya adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa.
“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat dan bersinar secara natural.”
“Saya gemar berada di dalam bilik sambil menikmati haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.
“Saya elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.
“Saya juga akan tidur secukupnya. Tak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
Meski kini berada pada usia 30-an, namun penampilan ibu muda kepada dua cahaya mata Ayden Adrean dan juga Ara Adreanna yang bertubuh petit dan genit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Menerusi temubual bersama Hijabista sebelum ini, Bella sempat berkongsi ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’
Kurangkan Tekanan
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
Jaga Pemakanan
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
Air Kosong
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Elakkan Diri Dari Menjejaskan Kesihatan Mental
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Singapura Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Bagaimanapun mereka akhirnya berpisah sekali lagi pada 12 Jun 2024, apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun yang sama.
Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Walaupun kelihatan macam jerawat, rosacea sebenarnya bukan jerawat biasa, tapi lebih kepada keradangan kulit yang boleh menyebabkan rasa terbakar atau sensitif.
Faktor seperti cuaca panas, makanan pedas, tekanan dan hormon boleh jadi pencetus utama rosacea ni.
Jadi, kalau sis selalu rasa kulit muka sensitif atau naik bintik-bintik, mungkin itu tanda rosacea yang perlu diambil serius.
Penyebab bagi rosacea adalah masih tidak diketahui oleh pakar kulit. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan kulit dengan sistem imun yang terlebih aktif.
Menurut sumber Dermed Clinic, tahap kebersihan individu juga tidak memberi kesan kepada terjadinya rosacea. Umum juga penting untuk ketahui bahawa keadaan kulit rosacea adalah tidak bersifat berjangkit.
Faktor berikut mungkin menyebabkan kemerahan rosacea menjadi lebih teruk. Jom kita lihat:
Makan makanan pedas dan minuman panas.
Pendedahan terhadap sinar matahari dan angin.
Keadaan suhu yang melampau.
Mengambil wain merah dan minuman berakohol.
Senaman yang melampau.
Pemakaian kosmetik dan produk penjagaan rambut dan juga kulit.
Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Tekanan dalam hidup.
Rawatan
Kulit merah-merah tapi belek bukan jerawat, ini sebenarnya cara rawat rosacea yang sis kena tahu.
Jangan risau, ada cara untuk kawal rosacea! Pertama sekali, pilih skincare yang lembut dan bebas alkohol, sebab kulit rosacea sangat sensitif.
Jangan lupa guna sunscreen setiap hari untuk elakkan rosacea jadi lebih teruk akibat pendedahan matahari.
Selain tu, pastikan sis minum banyak air untuk kekalkan hidrasi kulit. Kalau rosacea semakin teruk, lebih baik berjumpa dengan doktor kulit yang boleh prescribe krim khas atau rawatan laser untuk membantu kurangkan kemerahan dan keradangan.
Jaga kulit dengan betul dan rosacea bukan lagi masalah besar!
Kagum betul dengan semangat yang dimiliki penyanyi dan pelakon muda,Farisha Iris yamg tak pernah lelah menimba ilmu demi masa depan yang lebih baik.Dua tahun...