Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum.
Namun, disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah kulit, sama seperti hijabi diluar sana.
Justeru, HIJABISTA berkesempatan bertanyakan tip dan rahsia kecantikan kulit wajah aktres jelita Elfira Loy. Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai masalah kulit. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah kulit yang dihadapinya!
“Dekat Luar, Walaupun Nampak Macam Bersolek. El Cuma Gunakan Concealer Tiada Foundation,” – Elfira Loy
Ketika ditanya apakah nasihat EL untuk para wanita, El berkata jika mahukan kulit yang sihat dan cantik, ini respon yang diberikan.
“Tak pernah terlambat untuk mulakan! Lagi kita menjaga kulit, lagi banyak perkara yang akan kita pelajari tentang kulit kita. Jadi kita akan tahu produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit dan atasi masalah kulit kita.
“Selalunya dekat luar, walaupun nampak macam El mengenakan solekan. Tetapi El cuma gunakan concealer tiada foundation sahaja. Sebab sekarang ini, El sedang menjaga kulit El dengan lebih baik, daripada mengenakan solekan,” ujarnya.
“Macam El, El akan selalu bercakap perkara-perkara positif dengan kulit El. Contohnya macam, selamat pagi kulit ini untuk pudarkan cela, tolonglah berkesan!,” seloroh Elfira.
Cara Elfira Loy Tangani Masalah Kulitnya!
Ads
“Masalah kulit yang El hadapi adalah kulit sensitif, kulit kering dan senang dehidrasi. Bila El buat analisa kulit El baru tau yang El ada banyak bintik hitam pada kulit, walaupun kalau tengok depan-depan memang tak nampak ketara.
“Dengan masalah-masalah kulit ni, kondisi kulit El macam tak berfungsi, bila El cuba mengenakan solekan, solekan itu tak smooth dan macam tak melekat dengan baik pada permukaan kulit,” katanya.
Sehubungan itu, El turut berkongsikan cara bagaimana dia menangani masalah kulit yang dimilikinya dengan melakukan ‘Exfoliation’. Menurut El cara ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulitnya.
“Selalunya jika El gunakan exfoliator ada bahagian muka terutamanya di bahagian bawah mata yang akan bertukar merah. El tak pasti samada ini berlaku kerana ini adalah bahagian kulit yang paling sensitif.
Tarikan seorang mata dari lirikan mata yang tertumpu untuk menarik perhatian sepasang mata yang melihat. Namun bahagian mata mana yang penting untuk tampak lebih menarik tetapi tidak berlebihan.
Tentu sahaja eyeliner! Eyeliner adalah unsur penting dalam solekan untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih tajam, tegas, bahkan lebar. Ramai hijabi yang ingin mengenakan penampilan ‘The Cat-Eye’ dengan sempurna, namun bukan semua orang dapat mencapainya. Mungkin ada juga yang merasakan eyeliner paling sukar untuk dibersihkan kerana bahan dalaman yang terkandung di dalam eyeliner.
Untuk mencapai asas yang bersih dan sempurna, calitkan sedikit eye primer pada kelopak mata, di bawah mata anda dan di sekitar kawasan mata sebelum mengenakan eyeliner. Tugas utama primer adalah untuk menjadikan kulit lebih licin supaya menjadi lebih mudah untuk memakai eyeliner. Ini akan memberi anda kemasan sempurna dan juga mengekalkan eyeliner untuk masa yang lama.
Mungkin kerana anda menggunakan eyeliner yang kurang elok ataupun tidak sesuai. Jom ikut tip memilih dan senarai dibawah bagi mengetahui jenis-jenis eyeliner terbaik.
Ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan saat ingin memilih eyeliner yang tepat. Berikut poin-poin penting untuk anda memilih!
Eyeliner pada umumnya terbahagi tiga jenis, iaitu cecair, pensil, dan gel. Meskipun semua eyeliner tersebut dituntut memiliki formula waterproof, daya tahan dan hasil finishing riasan yang dihasilkan akan berbeza.
Setiap produk memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dengan demikian, pilih jenis eyeliner yang paling sesuai untuk anda berdasarkan keperluan dan riasan yang anda inginkan.
EYELINER GEL & CECAIR: Riasan mata tajam, tahan lama, sesuai dipakai ketika cuaca panas
Apabila anda mencari eyeliner yang tidak mudah luntur, pilihlah eyeliner jenis gel dan cecair. Formula waterproof-nya dinilai paling lama sehingga sesuai dipakai ketika berlibur di pantai atau kolam renang.
Baik cecair mahupun gel menawarkan pilihan warna yang baik dan membuat riasan mata anda tampak menonjol. Namun, eyeliner cecair adalah yang terbaik apabila ingin membuat garis mata yang tipis dan lembut. Kerana anda dapat membuat garisan yang sangat halus, jenis ini dicadangkan untuk pencinta makeup natural. Ditambah dengan formula waterproof, riasan mata akan sempurna dan lebih tahan lama.
EYELINER PENSIL: Hasil lebih lembut natural, sesuai digunakan oleh pemula
Dibandingkan jenis cecair dan gel, waterproof eyeliner pensil lebih mudah dibersihkan. Jadi, jenis ini kami dicadangkan untuk mekup harian.
Selain berbentuk pensil yang ke bawah, ada juga waterproof eyeliner berbentuk pensil mekanikal yang dapat diisi semula. Mudah diaplikasikan, jenis ini popular digunakan oleh para pemula. Meskipun eyeliner pensil lebih mudah luntur setelah diaplikasikan, Anda tetap boleh mendapatkan efek blur atau kecerunan riasan mata yang menarik. Jenis ini juga sesuai untuk anda yang menginginkan garisan eyeliner yang lembut.
Waterproof eyeliner dikenal tahan air dan peluh. Namun, beberapa eyeliner mungkin akan luntur apabila terkena sebum atau minyak wajah. Karena itu, kami mencadangkan waterproof eyeliner yang tidak hanya tahan air, tetapi juga memiliki formula smudge-proof. Formula ini mencegah kelunturan eyeliner akibat sebum, terutama apabila mata anda sering berminyak atau berpeluh karena beraktiviti. Hasilnya riasan eyeliner anda akan tetap tahan lama dalam jangka waktu lama tanpa perlu retouch.
Semak senarai eyeliner ini sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan alat solek.
Saat melihat eyeliner ini pertama kali, anda akan takjub dengan bentuk aplikatornya yang sangat mudah diaplikasikan. Garis mata yang hitam pekat plus riasan winged eyeliner yang pasti anda dapat ketepatan garisan yang diinginkan. Bagus untuk pemula!
Eyeliner gel ini mampu bertahan lama dan tanpa luntur, serta tentunya waterproof selama 24 jam. Produk ini juga menjadi salah satu kosmetik kegemaran bagi hijabi yang menyenangi riasan mata besar. Tidak heran produk ini sudah memenangkan banyak penghargaan sebagai eyeliner terbaik.
Eyeliner ini bukan sahaja sangat sesuai untuk kulit berminyak, malah eyeliner ini ialah jenis waterproof dan smudge-proo serta dapat bertahan selama 36 jam. Selain itu, ianya selamat digunakan bagi yang mempunyai mata jenis sensitif atau sering menggunakan kanta mata. Eyeliner ini dijamin tidak akan membuatkan mata anda teriritasi atau merengsa.
Jika anda baru mula menggunakan alat solekan dan ingin membeli eyeliner pensel tetapi tidak yakin dimana anda harus bermula? Simply Siti ada jawapannya. Eyeliner pensel ini bukan seperti pensel yang lain, tidak perlu diasah menggunakan pengasah untuk menajamkannya semula. Terbaik untuk kegunaan pada yang baru ingin mula berjinak dalam penggunaan make-up. Mari sokong barang keluaran lokal.
Jika anda sering gagal membuat line yang rapi, cuba eyeliner gel Bobbi Brown ini. Produk ini dibuat dengan tekstur gel yang lembut menggelincir di kulit kelopak mata, sangat mudah diaplikasikan sehingga mampu menciptakan garis sempurna. Eyeliner ini juga tidak akan luntur meski anda berada di tempat yang panas atau lembap.
Bobbi Brown menawarkan belasan pilihan warna yang sangat pekat dan intens. Anda boleh membuat pelbagai riasan mata, dari winged eyeliner, subtle eyes, hingga smokey eyes. Meskipun harganya cukup mahal, produk ini dinilai menjimatkan penggunaan hingga lima bulan.
Produk yang popular daripada Dolly Wink ini bukan sahaja bertekstur lembut serta berkrim malah ia kalis daripada bahan berair seperti peluh, udara persekitaran yang lembap, hujan dan air mata! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu mengoleskan ke kelopak mata dengan satu lapisan sahaja kerana pigmentasinya tinggi dan terang.
Eyeliner ini sangat berbeza dan senang digunakan kerana bentuknya yang seperti roda kecil dapat menghasilkan garisan lurus ataupun geometri. Rodanya sangat kecil dan nipis, jadi tiada masalah jika anda mahu menggunakannya sebagai permulaan. Produk ini merupakan waterproof dan warnanya tidak pudar. Walaupun harga yang diberikan di pasaran sedikit mahal namun ia bersesuaian dengan kualiti produk yang dijual.
Anda tidak akan ada masalah lagi dengan eyeliner yang tidak sekata. Percayalah, kawan anda pasti akan tegur tentang garisan eyeliner anda yang kelihatan kemas dan sempurna.
Pencil eyeliner ini set dalam masa 60 saat, jadi anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk keringkannya. Bukan itu sahaja, eyeliner ini juga mengandungi vitamin E dan aloevera yang sangat baik untuk mata. Selain itu, anda tidak perlu bimbang untuk menajam kan pencil eyeliner tersebut kerana ia merupakan self-sharpening eyeliner.
Eyeliner ini mengandungi paraben free. Pasti anda tertanya-tanya apa itu paraben-free? Paraben-free ialah bahan pengawet yang digunakan untuk melindungi alat solek anda daripada bakteria. Harga yang dijual di pasaran juga sangat murah dan produk ini mempunyai ketahanan sehingga 17 jam. Eyeliner ini merupakan smudge proof, bermakna anda boleh menggunakannya walaupun kulit muka anda berminyak atau berpeluh.
Produk ini boleh dijadikan solusi jika anda yang sering mengeluh karena eyeliner cair membuat kelopak mata berminyak. Oh M’Eye Line mengandung formula lembut yang tidak membuat makeup mata berminyak dan cracking. Anda akan mendapatkan garis mata yang mudah dibentuk dan dijamin cairannya tidak akan meleleh.
Meskipun berbentuk pensil, anda akan dikejutkan oleh warnanya yang begitu pigmented. Produk unggul Rimmel ini sesuai untuk riasan smokey eyes tajam dengan hasil akhir sedikit glossy. Selain itu, eyeliner ini juga mengandung formula heatproof. Tak perlu khuawatir luntur ketika anda sedang beraktiviti di luar!
Dengan memakai eyeliner yang tepat, Anda dapat membuat penampilan yang lebih menarik di pagi raya.Waterproof eyeliner terbaik adalah yang tidak mudah luntur, mampu menjaga riasan mata sehingga membina kepercayana diri setiap hari. Pilih eyeliner yang sesuai dengan keperluan anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ atau ‘napping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah SWT. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar(nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)
Nabi Muhammad SAW telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam (Qiamullail).
Sabda Rasulullah SAW:
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau: “Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”
Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat tahajjud pada malam harinya.
1. Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2. Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3. Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.”(HR. Bukhari).
Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah SAW ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah.
Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan Solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat lain dan atau bertarawih di bulan Ramadhan.
Seharusnya setiap orang muslim pandai dan dapat mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika dan bukannya sepanjang hari walaupun sewaktu berpuasa.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )
.
Firman Allah SWT:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat malam” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’ (17); Ayat : 79)
“Rabb (Tuhan) kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman:
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Daku akan mengabulkannya; Sesiapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Daku akan memberinya; Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Daku akan mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak anda tetap mengalami masalah kulit, walhal dah berusaha memperbaiki keadaan kulit dengan berusaha menggunakan produk kecantikan kulit (skincare) secara konsisten hingga menjadi rutin.
Jika perkara ini berlaku kepada anda, mungkin sahaja anda telah mengalami masalah kerosakkan skin barrier tanpa anda sedar.
Skin barrier merupakan lapisan pelindung kulit yang berada pada bahaian paling luar pada kulit. Ia berfungsi untuk menjaga kulit dari perbagai kerosakan yang berpunca dari faktor eksternal seperti pencemaran, debu dan kotoran, sinar matahari dan sebagainya.
Tetapi apabila skin barrier mulai rosak, masalah kulit akan muncul dan sukar untuk dirawat atau dipulihkan semula.
Skin barrier memiiki fungsi yang sangat penting bagi kulit tau. Sehubungan itu, anda harus berwaspada terhadap beberapa tanda menunjukkan skin barrier bermasalah.
Berikut Hijabista senaraikan lima ciri-ciri skin barrier telah rosak yang wajib Hijabi tahu!
Warna kulit kemerahan adalah ciri paling mudah untuk dikenalpasti bahawa kasus skin barrier telah rosak. Malah rasa gatal dan kerengsaan pada kulit berlaku kerana penggunaan skincare yang mempunyai kandungan seperti asid dan retinol.
Kulit anda terasa gatal? Anda perlu waspada, kerana kulit yang gatal juga merupakan ciri-ciri skin barrier bermasalah. Puncanya adalah kerana skin barrier anda sudah semakin menipis hingga menyebabkab bakteria merebak masuk ke dalam kulit dengan begitu mudah.
Skin barrier yang rosak tak mampu melakukan pembaharuan dan pertumbuhan sel kulit seperti biasa, kerana kadar lembapan semulajadi pada kulit semakin merosot. Akibatnya kulit sis menjadi kering, kusam, dan bersisik
Ciri-ciri yang satu ini sekilas pandang akan terlihat seperti bekas luka terbakar pada wajah, tetapi itu bukan sekadar luka terbakar ya. Hiperpigmentasi ini disebabkan kerana sering terdedah atau terkena pancaran sinar matahari secara langsung. Sehingga munculnya melasma gelap di bahagian wajah, biasanya di sekitar pipi atau dahi.
Apabila pelindung kulit semakin lemah dan tidak mampu lagi untuk melindungi permukaan kulit wajah, hijabi akan mengalami proses regenerasi dan rejuvenasi kulit yang lebih lama, kerana pelindung kulit sudah tak mampu melakukan tugasnya dengan baik.
Contohnya, luka ringan di kulit yang sepatutnya hanya mengambi masa yang singkat untuk sembuh, kini memerlukan waktu yang lebih lama dari kebiasaanya.
Oleh itu, kulit adalah bagian tubuh terpenting yang perlu anda lindungi. Saat kulit anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang Hijabista telah senaraikan diatas.
Adalah lebih baik jika sis lebih mengambil berat dan menjaga kesihatan kulit dengan lebih teliti.
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.