Setiap wanita memang begitu menjaga kecantikan dan penampilan diri. Lebih-lebih lagi jika diri mereka termasuk dalam kalangan selebriti atau ‘public figure’ yang mana kelibat mereka sering menjadi perhatian. Ada pelbagai cara untuk cantik dan terpulang pada cita rasa masing-masing. Bagi Lufya, dia tidak perlukan suntikan vitamin C, botox tau menggunakan bahan terlarang, sebaliknya selesa melakukan rawatan akupuntur untuk muka dan juga badan. Dalam posting terbarunya di laman instagram sedang menunjukkan dia menjalani rawatan akupuntur di bahagian muka dengan kelihatan jarum dicucuk di bahagian tertentu pada wajahnya.
Sekali pandang memang mengerikan tetapi menurut Lufya itu ‘bukan jarum susuk’ kerana dia tidak berminat dengan benda-benda khurafat sedemikian. Menurutnya sudah dua tahun dia mengamalkan rawatan akupuntur ini untuk nampak lebih muda. Dia juga sebelumnya sering mengalami masalah bersin/sinus yang teruk dan sekarang sudah banyak perubahannya.
Lufya ini jarang sekali mengalami bersin terutama sekali pada waktu pagi. Malah melalui rawatan akupuntur di muka dan kepala itu juga menjadikan kulitnya semakin tegang, lebam pada bahagian mata beransur pulih, kulit juga jarang timbul jerawat dan masalah migraine yang dialami juga hilang. Bukan itu sahaja rawatan ini juga turut dapat menaikkan seri wajah. Dan Lufya kini dalam proses menjalani rawatan sama untuk mengecilkan perut, peha dan kawasan tertentu.
Lufya turut memberitahu ketika di awal perkahwinan dia sering datang berurut untuk mendapatkan zuriat dan alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya beberapa bulan selepas berurut dia disahkan mengandung. Dia juga percaya rawatan akupuntur yang dilakukannya kerana dibuat bersama wanita Islam yang mahir dalam bab berkenaan. Selain harganya berpatutan, layanan yang diberikan di pusat rawatan ini juga sangat mesra serta ikhlas dalam merawat setiap pesakit mereka.
Statusnya ini juga turut mengundang reaksi netizen. Malah ramai yang tertarik untuk mencuba rawatan yang sama dan berterima kasih pada Lufya atas perkongsian ilmu berkenaan. @maria_ghazali Fya…patut la cantik skrg…sakit tak ekkk???@tina_kayyy Sakit ke tak…byaknya kt muka fya@_nfs95@lufyalaana sy mygrin terok sgt n kerap tk bole silap mkan sikit kdang tk tertgong rse sakit tk jarim tu ccok kt muke? KREDIT FOTO: INSTAGRAM LUFYA
Siapa tidak mengenali pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad. Sikapnya yang bersahaja disertakan dengan lelucon menjadikan penampilannya tiap kali mengacarakan sesuatu majlis berprestij tidak pernah membosankan. Umum mengetahui sebelum ini saiz badan Sherry memang agak berisi berbanding sekarang ini.
Namun selebriti berbakat besar ini tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk tampil ‘outstanding’ dalam apa jua persembahannya di pentas. Oleh kerana penampilan juga penting dalam memastikan diri lebih konfiden, Sherry juga sebenarnya turut menjalani sesi diet dalam usaha mendapatkan berat badan idaman.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman di gym. Dan kini beratnya telah berkurangan dan dia tekad untuk terus konsisten mengamalkan diet bagi membolehkan targetnya untuk mencapai berat angka 95 KG terlaksana.
Ketika ditemui baru-baru ini, Sherry tidak lokek berkongsi caranya mengamalkan diet bagi memastikan misi mendapat berat badan idaman tercapai.
“Saya sebenarnya memang ada masalah. Memang dari zaman kecil lagi saya berbadan besar. Dari sejak lahir sampai sekarang saya tak pernah melalui zaman kurus, Sebab mak kata kalau saya kurus saya jadi sombong.
“Transformasi yang dilakukan ini sebenarnya tak terlalu mendadak. Saya sendiri tahu dan kenal bentuk badan sendiri, jadi saya buat secara slowly. Macam kawan-kawan saya yang buat (diet) ini boleh kurus dalam tempoh setahun, tapi saya tak. Ini kerana punca utama saya suka makan.
“Dan benda yang saya suka makan adalah benda-benda yang manis. Cuma sekarang saya sudah kurangkan. Contohnya coklat, milo dan sebagainya saya cuba kurangkan pengambilannya,” ujar Sherry yang juga merupakan pengacara Big Stage.
Menurutnya, kalau dulu memang dia akan mengambil makanan manis ini hari-hari dan sekarang dia teruk tolak pengambilannya.
“Kalau saya minum kopi pun saya ambik kopi kosong. Dan saya juga masih lagi meneruskan aktiviti senaman di gym sebab saya tahu kelemahan saya. Saya pernah berhenti tiga bulan, sebelum tu berjaya turunkan 20 kg, tapi bila berhenti terus naik jadi 6 kg.
“Berat saya masih lagi dalam angka 100 kg dan saya tekad untuk dapatkan berat 95 kg. Itulah impian saya dan doakan ye, insya-Allah. Jadi untuk memastikan impian ini tercapai saya memang perlu kawal pemakanan.
“Kalau masa puasa, kita boleh kawal nafsu makan. Tapi lepas tu memang payah. Dan saya rasa sebab semuanya bergantung pada minda kita. Dalam fikiran kita, kalau kita berjaya kawalnya, insyaAllah ia akan dipermudahkan,” tambahnya yang turut mengamalkan diet secara sihat.
Tambah Sherry, dia berjaya untuk tidak makan gula dan kawal untuk tidak makan nasi.
“Alhamdulillah, saya kini boleh mengawalnya. Kalau dulu tak makanan nasi menggigil badan. Jadi saya nak kongsi tip bagi yang baru nak start berdiet ini memandangkan kita sukar untuk pergi gym jadi mulakan dengan dengan benda yang basic dulu, iaitu potong gula terus.
“Insya-Allah kalau boleh potong gula, you can do this lah, why not,” pesan Sherry yang hadir di majlis Sidang Akhbar memperkenalkan hos baru untuk program Bual Bicara ‘Mingguan Wanita’ bagi musim terbaru.
Sherry adalah salah seorang hos baru yang dipilih dan akan bergandingan dengan empat lagi selebriti, iaitu Erra Fazira, Norman Hakim, Siti Elizad dan juga Raden Amir (ERA).
Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing juga turut diberi mandat sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf.
Kriteria dalam pemilihan selebriti ini adalah berdasarkan populariti dan kelebihan serta pengalaman masing-masing dalam mengenali program itu nanti.
Program ‘Mingguan Wanita musim kedua ini kembali serba baharu dan masih mengekalkan kandungan format asal yang dirangka untuk mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, hal ehwal rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu semasa berkaitan kesihatan, kecantikan, fesyen, kemanusiaan, gaya hidup, pengembaraan, motivasi dan sebagainya.
Siaran langsung ‘Mingguan Wanita’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjangh 144 buah episod dan bakal bersiaran secara eksklusif setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di saluran Astri Prima/HD atau boleh juga diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
Pelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Pengacara popular yang pernah menghiasai kaca televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi rasa syukur apabila anaknya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung semalam, Khamis.
Rasa syukurnya itu dikongsikan menerusi hantarannya dalam akaun Instagram dengan memuat turun beberapa gambar jari kaki dan tangan cucunya yang begitu comel! Menurut Normala, kelahiran cucunya itu adalah seperti sebuah amanah yang diturunkan oleh Allah SWT.
Amanah kirim Allah SWT dari syurga..setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.
Tambahnya lagi, mendidik anak bukanlah sebuah proses yang mudah namun pasti akan ada kesenangan yang diberikan oleh Allah SWT. Turut teruja dengan kelahiran cucunya itu, Normala juga mendoakan agar cucunya itu menjadi anak yang soleh dan berpesan kepada anaknya supaya menjadi ibu dan ayah yang diredhai-Nya.
Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat. Moga jadi anak yang Solleh Amin. Moga kita menjadi ibu ayah yang diredhai-Nya.
Bersama-sama dengan tanda pagar #tokmamasyukursangat, perkongsian itu juga turut mendapat komen positif dari netizen yang turut teruja dengan kelahiran cucunya itu.
Team Hijabista turut mendoakan agar cucu Normala diberikan kesihata yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. Tidak lupa juga kepada Ruhila, selamat menjalani proses berpantang ya!
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.